Khamis, 19 Mei 2011

PKR bakal diharamkan, suara rakyat semakin meningkat

PETALING JAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada Khamis mempertahankan tindakan mengeluarkan notis tunjuk sebab pembatalan pertubuhan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).






Pendaftar Pertubuhan, Datuk Abdul rahman Othman berkata, tindakan susulan berhubung notis berkenaan hanya akan diambil selepas pihaknya menerima jawapan bertulis daripada parti itu.

"Tindakan kita ikut prosedur, kalau ada apa-apa pertikaian, parti itu hanya perlu jawab notis berkenaan.

"Mereka diberi peluang untuk memberi penjelasan mengenai kedudukan sebenar," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Beliau menegaskan PKR hanya perlu menjawab notis berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan seperti yang diarahkan pihaknya.

"Kita minta mereka jawab, jadi mereka hanya perlu jawab surat berkenaan dengan penjelasan dan bukti di pihak mereka... itu sahaja," katanya.

Ditanya dakwaan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail bahawa ROS berniat jahat kerana menggunakan fasal undang-undang yang salah serta tidak wujud dalam Perlembagaan parti itu, Abdul Rahman berkata perkara itu terpulang kepada tafsiran parti itu.

"Terpulang kepada mereka, kita akan dapat tahu kedudukan sebenar selepas melihat sendiri surat jawapan mereka nanti," katanya.

Pada 9 Mei lalu, berdasarkan Seksyen 13(2) Kenyataan Sebelum Pendaftaran Dibatalkan, Akta Pertubuhan 1966, ROS mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada PKR kerana dikatakan dengan sengaja melanggar peruntukan undang-undang berdaftar pertubuhan.

Menerusi maklumat ROS, PKR dengan sengaja melanggar Fasal 32.2.1 Undang-undang Berdaftar Parti kerana memecat keahlian Rajagopal Andaikkalam pada 1 dan 27 April 2009 tanpa terlebih dahulu disoal siasat dan dibicarakan oleh Lembaga Disiplin.

BERITA TERDAHULU

PETALING JAYA, 19 Mei — Pendaftar Pertubuhan (RoS) mendakwa PKR telah melanggar perlembagaan sendiri apabila memutuskan untuk memecat seorang ahlinya tanpa didengar oleh lembaga disiplin lebih dua tahun lalu, ketika pilihan raya kecil Bukit Selambau.

Bagaimanapun PKR mendakwa peruntukan dimaksudkan RoS tidak wujud dalam perlembagaanya dan menegaskan agensi Kementerian Dalam Negeri itu bertindak dengan niat jahat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Pilihan raya umum tergempat disebut-sebut akan diadakan Julai ini.

Surat dikeluarkan Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman bertarikh 9 Mei menyebut PKR telah melanggar Fasal 32.2.1 Perlembagaan PKR dengan memecat A. Rajagopal pada 1 April 2009 dan 27 April 2009 tanpa disiasat dan didengar oleh lembaga disiplin.

Malah dalam suratnya, Abdul Rahman berkata, di bawah Seksyen 13 (2) Akta Pertubuhan, RoS akan membatalkan pendaftaran PKR selepas 9 Jun ini melainkan ia memberikan alasan memuaskan.

Pada sidang media di sini tengah hari ini, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, Fasal 32 tiada subseksyen dan ia juga bukan berkaitan dengan prosedur disiplin.

“Ia hanya mengatakan bahawa sekiranya ada sebarang pertikaian dalam interpretasi perlembagaan atau perkara-perkara berkaitan kongres nasional, intepretasi majlis pimpinan pusat akan diambil kira sebagai muktamad,” kata Saifuddin. (M.I)



PBO: Nampak gayanya, BN menang tanpa bertanding la macam ni. hahahhahahha ..

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: