Selasa, 3 Mei 2011

MEMALUKAN:Malaysia setaraf dengan Angola dalam kebebasan media

Tanpa media pengampu siapalah BN / UMNO. Gamaknya inilah punca kenapa Malaysia setaraf denggan Angola dalam kebebasan media. Hebat sungguh sebuah negara yang mengamalkanprinsip DEMOKRASI. Demokrasi kepala hotak macam ni.







Malaysia terus jatuh dalam senarai kebebasan media apabila diletakkan pada kedudukan 143 dari 196 negara yang disenaraikan sempena
Hari Kebebasan Media hari ini.

PBO ingat makin maju makin baik kedudukan tapi makin teruk. Ini semua kerana fobia kepada kekalahan.

Malaysia diletakkan setaraf dengan Angola dan Madagascar, dua buah negara Afrika iaitu dalam kategori tidak bebas.

Ahacks, sungguh memalukan.

Malaysia mendapat 64 markah dari 100 markah yang diberikan. Lagi banyak markah lagi tidak bebas sesebuah negara dalam medianya.

Indeks kebebasan media Malaysia terus menjunam dari tahun ke tahun berbanding di kedudukan 92 pada tahun 2006, 124 (2007), 132 (2008), 131 (2009) dan 141
(2010).

Lepas ni pihak bertanggungjawab mesti jawab laporan itu tidak tepat. PBO nak tanya habis apa yang tepat? Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab meletakkan jawatan akibat kemerosotan ini.

Terbaru kes pemecatan Hatta yang mendapat liputan luas akhbar alternatif dalam internet. Hatta akan merujuk kes pemecatannya dalam Kementerian Sumber Manusia. (baca sini)

Dan PBO petik ulasan seorang EXCO Selangor dalam perkara pemecatan ini;


“Demi kepentingan politik Umno, hak rakyat untuk menerima maklumat yang tepat yang berlandaskan fakta dan berhemah, dan pembangunan intelek rakyat digadaikan,”
ujarnya yang juga ahli Parlimen Seputeh dalam satu kenyataan.

(baca sini)

PBO kata lagi, mereka tidak berani sebenarnya untuk bertarung pada padang yang rata.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: