Rabu, 18 Mei 2011

Hampir diperkosa pekerja asing

KAJANG – Berbekalkan kata-kata manis dan penampilan segak serta memandu sebuah kenderaan jenis Kembara, seorang wanita tempatan hampir menjadi mangsa nafsu serakah seorang lelaki warga asing yang telah lama tinggal di negara ini.






Mungkin disebabkan kesunyian, lelaki berkenaan yang bekerja sebagai buruh binaan berusia 37 tahun menggunakan kesempatan cuti hujung minggu untuk memikat wanita di hadapan sebuah pasaraya di pekan Semenyih.

Ternyata usahanya berjaya apabila wanita tempatan berkenaan yang berusia 47 tahun termakan dengan kata-kata manis sebelum menaiki kenderaan bersama lelaki berkenaan bersiar-siar sekitar Semenyih.

Namun perkenalan singkat berkenaan ternyata hampir membawa padah kepada wanita berkenaan apabila ia dibawa ke rumah kedai di kawasan Perindustrian Ria, Semenyih sebelum dicabul dan hampir diperkosa lelaki gersang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Superintenden Ab Rashid Ab Wahab berkata, tindakan nekad wanita berkenaan yang bertindak agresif dan menjerit meminta tolong berjaya menyelamatkannya.

“Wanita berkenaan berjaya diselamatkan oleh anggota polis peronda yang berada di sekitar kawasan dan lelaki berkenaan akhirnya berjaya ditahan kira-kira jam 12 tengahari pada hari sama,” katanya kepada media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kajang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, semalam.

Hadir sama menyaksikan majlis berkenaan, Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Senior Asisten Datuk Jamaluddin Abd Majid; Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Azman Ayob dan pegawai kanan polis IPD Kajang.

Menurutnya, lelaki berkenaan mempunyai dokumen perjalanan sah dan dipercayai tidak mempunyai lesen memandu kenderaan.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa mendakwa lelaki berkenaan meramas payudaranya dan cuba untuk merogolnya sebelum mangsa bertindak meronta untuk membebaskan diri.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan,” katanya. (SH)

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: