Isnin, 23 Mei 2011

Demonstrasi BERSIH v2 mungkin hanya dalam stadium?

JOHOR BAHRU 22 Mei - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke Kabinet, bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.






Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, menerusi kaedah itu soal keselamatan sepanjang demonstrasi yang berlangsung di stadium terbabit akan dipantau sepenuhnya oleh polis.

"Untuk tujuan itu (demonstrasi di stadium) kita akan pinda akta tertentu dan bawa ke Kabinet melalui Peguam Negara untuk kelulusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pulai, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu yang merancang untuk mengadakan demonstrasi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai depan.

Parti Pas merupakan antara penganjur Bersih selain PKR, DAP dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain, yang pernah mengadakan demonstrasi di tempat-tempat awam dan jalanan sebelum ini.

Hishammuddin berkata, sebenarnya rakyat sedar kaedah yang dilakukan mereka semasa berdemonstrasi sudah lapuk kerana ia sekadar memaki hamun, menyumpah seranah dan fitnah-memfitnah, yang tidak memberi manfaat kepada orang ramai.

"Jika diamati, niat dan agenda mereka yang menganjurkan demonstrasi jalanan adalah semata-mata untuk mewujudkan keadaan huru-hara dan memberi gambaran kepada dunia yang negara kita tidak stabil.

"Mereka lakukan itu semua demi memuaskan nafsu dan kepentingan peribadi pemimpin tertentu dan soal keselamatan dan ketenteraman orang awam bukanlah menjadi keutamaan," katanya. (UM)

PBO: lawak lawak betul Pak Menteri.



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: