Jumaat, 20 Mei 2011

BONGKAR: Susu 1Malaysia - kroni, halal status, dakwaan kandungan membahayakan

Ingatkan bila pengstrukturan baru susu percuma ke sekolah diperkenalkan tragedi pelajar cirit birit berakhir. Namun semuanya meleset. Terbaru menurut sebuah media portal Pahang Daily Online, 70 murid di dua buah sekolah cirit birit akibat minum susu 1 Malaysia.

Dan menurut Utusan hari ini, 42 murid tahun 1 hingga 3 di Johor Bharu yang keracunan makanan (disyaki minum susu 1 Malaysia) dibenarkan pulang.

Apa muslihatnya. baca lagi ...




SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan masih menunggu laporan penuh ujian susu 1Malaysia yang kandungan produknya didakwa hanya terdapat 40 peratus susu dan 60 peratus bahan lain selain diragui status halalnya.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin berkata, buat masa ini pihaknya sedang menjalankan ujian terutama kandungan yang terdapat dalam susu berkenaan sama ada ia dijamin selamat atau sebaliknya.

“Saya perlu tunggu laporan penuh dan setelah meneliti setiap aspek baru boleh ambil tindakan, susah saya hendak komen lanjut kerana perlu meneliti laporan termasuk dakwaan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebelum tindakan susulan diambil.

“Kerajaan pasti bertindak sekiranya terdapat maklumat dan aduan berhubung produk makanan yang diragui kandungannya, jika ada bukti kemukakan laporan, pasti kita akan menjalankan siasatan dan uji produk tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Kelmarian, Yang Dipertuan PIBG, Sekolah Kebangsaan (SK) Kubur Panjang, Shaharol Niza Omar berkata, susu 1Malaysia itu dikesan tidak menggunakan logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan diimport dari sebuah syarikat di Korea.

Produk itu juga dikhuatir mengandungi Melamin kerana kandungan susu hanya 40 peratus manakala 60 peratus lagi mengandungi bahan lain, antaranya ialah High Fructose Corn Syrup (HFCS) yang selalu ditemui dalam jagung.

Kajian di Amerika Syarikat mendapati pengambilan HFCS meningkatkan kadar obesiti tiga kali ganda dan kadar peningkatan diabetes sebanyak tujuh kali ganda.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 September 2010, menyatakan susu itu akan dibekalkan oleh pengeluar tempatan.

sumber klik sini

Manakala seperti yang disebutkan tadi, laporan akhbar Utusan mengenai isu ini boleh rujuk

42 murid keracunan dibenar pulang

Ambil sampel susu UHT Korea

Dan menurut Pahang Daily Online:

(1) 70 murid di Kuantan cirit birit akibat minum susu 1 Malaysia

(2) Batalkan Projek Susu Sekolah 1Malaysia, Kerana Ia Jelas "Satu Lagi Projek" Kayakan Kroni Najib Razak Serta Muhyiddin Yassin Sebenarnya !

JAKIM tampil dengan pengesahan bahawa Susu 1 Malaysia adalah halal. sila rujuk sini

PBO kata kalau tak ada angin takkan pokok bergoyang? Kalau baca laporan Sinar Harian, ada juga disebut obesiti. hahahah susu 1 Malaysia vs nasi lemak la gayanya kan?

Jika benar laporan Pahang Daily Online, agihan kontrak susu 1 Malaysia untuk kroni, maka begitulah budaya pemimpin UMNO. Mengkayakan kroni, mengaut untungsendiri. Jadi kepada rakyat Malaysia. Kenapa pilih UMNO? Sebarkan segera.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: