Rabu, 4 Mei 2011

Anak derhaka: belasah, gelar ibu sebagai 'babi'

PBO amat sedih dengan sikap anak-anak kini. Boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja laporan akhbar mengenai anak derhaka ke atas orang tua mereka.

Sedarkah kita, neraka bagi anak-anak derhaka yang tidak diampunkan orang tua mereka?Jika hari ini kita derhaka kepada ibu bapa, suatu hari nanti anak-anak pula mungkin derhaka kepada kita. lagi dengan klik butang papar ...









AMPANG: Seorang ibu bukan saja dipukul dua anaknya, malah dihalau dari rumah ekoran tidak memberi wang yang diminta dalam kejadian di Kampung Pandan Dalam,
kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, ibu berusia 41 tahun terbabit mengalami lebam di muka dan badan selepas dipukul anak lelaki dan perempuannya.

Kejadian dikatakan bermula apabila anak lelaki mangsa yang berusia 19 tahun dan baru balik dari berjumpa rakannya tiba-tiba meminta wang, namun mangsa memberi
alasan tiada wang menyebabkan anaknya itu bertindak kejam memukul mangsa selama beberapa minit.

Sumber polis berkata, mangsa turut dicekik anaknya selain kepalanya dihentak pada dinding.
Katanya, pertelingkahan dua beranak itu bertambah parah apabila anak perempuan mangsa yang berusia 20 tahun pula campur tangan dengan turut bertindak memarahi
dan memukul ibu mereka tanpa belas kasihan.
“Anak perempuan mangsa turut menghalau mangsa keluar dari rumah dengan memaki hamun menggunakan perkataan tidak sepatutnya termasuk menggunakan panggilan
‘babi’.

PBO kata lagi: sudahkah anda menziarahi orang tua di kampung? Cukupkah makan minum mereka hari ini?

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: