Ahad, 10 April 2011

Wanita vietnam hampir bogel mati di hotel

IPOH: Hubungan cinta dua benua sepasang kekasih berakhir tragedi apabila seorang daripadanya mati dibunuh di sebuah hotel di Sitiawan, kira-kira 80 kilometer
dari sini, petang kelmarin.

Ia berikutan penemuan mayat gadis warga Vietnam berusia 23 tahun dalam keadaan hampir bogel dengan hanya berseluar dalam, kira-kira jam 1.30 petang.
Mayat ditemui oleh seorang pekerja hotel yang sebelum itu melakukan rutin pembersihan bilik apabila mengesyaki perkara buruk selepas melihat mangsa diselimuti
cadar dan kaku serta tidak menyahut apabila dipanggil beberapa kali.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman (gambar) berkata, pekerja terbabit yang ketakutan bergegas keluar untuk memaklumkan kepada
pengurusan hotel yang kemudian melaporkan kepada polis.
“Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat kecederaan dan pendarahan teruk di kepala kesan pukulan objek tumpul.
“Sehubungan itu, polis kini mengesan seorang lelaki tempatan dikenali Pan Hin Keong, 40, dengan alamat terakhirnya di No 476, Kampung Jering, Ayer Tawar,
Sitiawan untuk membantu siasatan,” katanya. Menurutnya, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi IPD Manjung di talian 05-683522.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: