Sebagai gantinya tanah perladangan seluas 367,000 hektar milik Felda akan diagihkan kepada sekurang-kurang 79,000 anak-anak generasi kedua bawah Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK).
Pengerusinya, Mazlan Aliman (tengah) berkata NGO itu bersedia menjalankan pendaftaran bulan depan bagi menyaring permohonan anggotanya untuk mendapatkan tanah.
"Kami sedar proses saringan mungkin mengambil masa, jadi kami akan edarkan borang permohonan pada perhimpunan kami 28 Mei ini dan membuat saringan selepas itu.
"Kami akan bekerjawasama jawatankuasa kemajuan kampung (JKKK), agensi parti (komponen Pakatan) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan untuk memungut permohonan dan melakukan saringan,” kata Mazlan pada sidang akhbar hari ini.
Menurutnya, anak-anak peneroka di bawah lingkungan pendapatan tertentu dan bekas anggota tentera yang dijanjikan tanah apabila mereka bersara yang menyertai skim itu akan diberikan keutamaan.
"Jika kita beri 10 ekar setiap orang, sekitar 79,000 orang akan mendapat faedah tetapi kita sedang mempertimbangkan memberi lima ekar kepada setiap orang supaya lebih ramai dapat memiliki tanah,” kata Mazlan.
Beliau juga berkata ANAK akan mencadangkan kepada Pakatan supaya memasukkan dalam manifestonya bahawa semua hutang oleh peneroka kerana kos menanam semula melalui Felda dimansuhkan.
"Beberapa bulan lalu, seorang lelaki di Negeri Sembilan menunjukkan kepada saya bahawa hutangnya telah bertambah kepada RM95,000... ini sesuatu yang membebankan," katanya.
PBO: isu sekarang adalah ramai generasi kedua Felda tidak mempunyai tanah. Jadi wajar Felda berbuat sesuatu.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan