Rata-rata masyarakat yang ditemui Tv Selangor meluahkan pandangan mereka berhubung tindakan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung penyediaan akaun e-mel berkenaan.
Malah ramai juga yang berpandangan mereka lebih selesa dengan akses e-mel sedia ada yang dinikmati secara percuma seperti e-mel Yahoo, Gmail malah laman sosial peribadi seperti Facebook dan Twitter.
Menurut pelajar International Education College (INTEC) UiTM, kerajaan sepatutnya menggunakan wang tersebut untuk mempertingkatkan lagi taraf pendidikan di Malaysia, dan bukannya untuk tujuan yang tidak menguntungkan rakyat.
"Wang RM50 juta itu boleh digunakan untuk membantu golongan miskin ataupun untuk meningkatkan pendidikan di negara kita berbanding digunakan untuk mewujudkan projek e-mel tersebut,"katanya.
Sementara itu, menurut salah seorang rakan beliau, Khairul Akmal yang juga pelajar Universiti Teknologi MARA berpendapat, pelbagai cara boleh dilakukan oleh Perdana Menteri untuk mendekatkan beliau dengan rakyat selain daripada mewujudkan akaun e-mel dan dengan kos yang tinggi.
"RM50 juta itu tak berbaloi untuk e-mel 1Malaysia sebab tak masuk akal RM50 juta, kalau kerajaan mahu dekati rakyat boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti penganjuran karnival tapi untuk projek e-mel itu sangat tidak munasabah," ujar beliau.
Sementara itu bagi suri rumah, Rohaidah pula, jumlah yang dilaburkan untuk tujuan menubuhkan akaun e-mel adalah suatu yang pelik dan dianggap sebagai tidak
masuk akal, sedangkan rakyat masih lagi tidak mempunyai pendapatan yang selesa untuk menampung kos hidup.
"Saya rasa lebih baik kerajaan Malaysia memperuntukkan perbelanjaan itu kepada perkara-perkara yang lebih berfaedah dan tidak membuat peruntukkan untuk projek yang bukan-bukan sekaligus mendatangkan pembaziran,"katanya.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merasmikan projek berkenaan yang membolehkan komunikasi secara langsung dan selamat di antara rakyat dan
kerajaan.
Portal web itu akan dibangunkan oleh Tricubes Berhad, antara lain menyediakan perkhidmatan seperti rangkaian sosial dan pembayaran bil atas talian.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika diminta mengulas hal ini semalam berkata, ia satu lagi projek BN untuk memperkayakan kroni tertentu Najib dan membazirkan wang rakyat. (tvsnews)
*dalam masa yang sama PM mengatakan;
"Sebelum saya tidur, biar saya jelaskan bahawa e-mel 1Malaysia adalah projek sektor swasta. Ia tidak membabitkan wang awam dan keseluruhannya adalah sukarela,” kata Najib dalam Twitternya awal hari ini.
selanjutnya di sini
Apa reaksi para pembaca? PBO kata walau ianya atas sukarela tapi apakah projek itu diberikan kepada pihak yang dikatakan mempunyai masalah kewangan? Kenapa dan mengapa? Mesti ada yang tersirat.
0 respon:
Catat Ulasan