Rabu, 13 April 2011

Taib: Lepas pencen .. nak jadi penasihat la pulak.. apa maknanya?

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberi bayangan bahawa beliau akan berperanan sebagai penasihat selepas bersara daripada politik.

Dalam wawancara yang disiarkan menerusi rangkaian televisyen milik Media Prima, Astro Awani dan AEC semasa siaran berita jam 8 malam semalam, ketua menteri yang telah berkuasa 30 tahun itu berkata beliau mahu membantu penggantinya selepas bersara.










"Saya kini 75 tahun dan tidak mahu bersara apabila saya bertongkat dan tidak boleh beri jaminan dapat beri bantuan kepada pengganti saya bagi memastikan momentum pembangunan diteruskan.


"(Jika saya terlalu tua, pengganti saya) tidak akan mendapat bantuan bagi menyelesaikan isu dalam parti dan membina pasukan yang boleh bekerejasama bagi memastikan semua polisi dilaksanakan dengan lancar,” katanya.


Dalam wawancara itu, Taib juga berkata adalah penting bagi beliau memastikan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) digunakan sepenuhnya dan strategi yang dirancangnya dikongsi bersama penggantinya.


Wawancara itu adalah sebahagian daripada kempen media BN bagi menangkis serangan pembangkang yang mendakwa ketua menteri itu telah berkhidmat terlalu lama. Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga berulang kali berkata Taib akan berundur tidak lama lagi. (malaysiakini)

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: