Sabtu, 16 April 2011

PRN Sarawak: PKR menang di DUN Krian (tidak rasmi)

SARATOK: KEADILAN berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri N34 KRIAN dengan memperoleh majoriti kira-kira 3,000 undi.

Keputusan tidak rasmi itu diumumkan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, di laman twitternya. selanjutnya klik papar







Kerusi berkenaan yang ditandingi tiga penjuru, menyaksikan Calon KEADILAN, Ali Anak Biju menang di 45 peti undi dan hanya kalah di tiga peti undi sahaja.

Beliau menewaskan Liman ak Sujang dari SNAP, Datuk Peter Nyarok ak Entrie dari BN-SPDP dan Banyi ak Beriak (bebas).

DUN Krian mempunyai kira-kira 10,800 penggundi dengan lebih 90 peratus pengundi adalah dari kalangan kaum Iban.

DUN ini terletak dalam Parlimen Saratok.

Ali, sebelum ini berkata, selepas berkempen di 61 kawasan yang melibatkan 250 rumah panjang di kawasan Krian, sambutan daripada masyarakat terutama kaum Iban terhadap KEADILAN dan Pakatan Rakyat adalah di luar jangkaan.

“Kita Optimis KEADILAN akan menawan DUN Krian pada pilihan raya kali ini,” katanya sebelum ini. KD

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: