Selasa, 26 April 2011

PANAS: Majlis Fatwa berbohong isu poco-poco?

PBO pelik dengan isu poco-poco yang mula diharamkan di negeri Perak. Majlis Fatwa dikatakan telah mengeluarkan kenyataan ianya boleh ditarikan dinegeri-negeri lain selain Perak selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan.

sila rujuk sini

Namun Harussani telah menzahirkan perasaan hairan dengan Majlis Fatwa yang mengatakan perkara itu tidak pernah dibincangkan tetapi fatwa / kenyataan telah dikeluarkan.

PBO pelik, takkan Majlis Fatwa pun nak berbohong?Apakah kepentingan tarian poco-poco ini kepada sesetengah individu (sudah tentu VVIP)?

Namun setelah PBO membaca artikel akhbar ini, segalanya mungkin terjawab. Media negara ini sudah berada di tahap parah. Rakyat menjadi mangsa. Wartawan / pengarah media yang memangnya bangang dan menjadi barua kepada sesetengah individu yang berkepentingan.

Jika wartawan tidak bangang, siapakah yang membuat kenyataan mengelirukan? Majlis Fatwa?

Sila ikuti dengan menekan butang papar:










KUALA LUMPUR, 26 April — Tan Sri Harussani Zakaria mempertikaikan laporan media minggu lalu bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memutuskan untuk membenarkan
umat Islam menyertai tarian poco-poco di negeri-negeri lain kecuali Perak yang sudah pun membuat fatwa mengharamkannya.

Justeru, tegas Mufti Perak ini, isu tarian poco-poco tidak pernah dibincang pada muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang berakhir Jumaat lalu.

Kata Harussani, beliau hanya memberi penerangan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung pengharaman tarian poco-poco di Perak dan tiada keputusan rasmi
dibuat ketika itu.

“Dalam mesyuarat kita tidak bincangkan langsung pasal tarian poco-poco, apa yang berlaku saya hanya memberikan penerangan kenapa ia diharamkan . . . kita
tidak bincangkan secara umum isu ini.

“Sebab itu saya terkejut apabila dalam akhbar kata Majlis Fatwa Kebangsaan benarkan tarian poco-poco di negeri lain, kita tidak bincangkan pun perkara ini
. . . jadi bagaimana boleh kata macam itu,” katanya.

Harussani (gambar) juga berkata, beliau sudah mendapatkan penjelasan daripada Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin
dan dimaklumkan media telah salah faham.

“Saya percaya Abdul Shukor tidak bermaksud seperti itu, tapi media tidak faham dan macam nak hentam saya,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Kata Harussani, Abdul Shukor hanya mengatakan mana-mana tarian yang diamalkan tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Abdul Shukor hanya kata mana-mana tarian kena ikut garis panduan yang ditetapkan pada 2007 termasuk etika berpakaian, tiada lelaki dan perempuan, tahyul
dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

“Dan, Abdul Shukor juga kata mufti-mufti boleh ikut garis panduan itu dan mana-mana tarian yang menjurus kepada pemujaan adalah haram... macam tarian poco-poco
ia sudah jelas haram,” katanya.

Di akhir mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan Jumaat lalu, Abdul Shukor berkata, umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan
termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

Kata beliau, umat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan dikeluarkan badan itu sejak 2007, yang antara lain tidak melakukan
ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.

Bagaimanapun, tambah Abdul Shukor, jawatankuasa itu menghormati keputusan Perak mengharamkan poco-poco di negeri itu sejak Januari lalu.

Justeru kata Harussani, hasil kajian Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak selain merujuk kepada garis panduan yang ditetap telah memutuskan tarian poco-poco
adalah haram dan tidak boleh diamalkan di negeri itu.

Selain itu, tegas beliau pengharaman tarian poco-poco tidak akan ditarik balik walaupun dipertikaikan banyak pihak termasuk sesetengah tokoh pemimpin agama.

“Tarian poco-poco adalah haram, macam mana kita nak tarik benda yang sudah haram . . . lagipun kita sudah fatwakan pengharaman tarian poco-poco di Perak.

“Benda haram kita tidak boleh nak ubah walaupun ia hanya untuk senaman. Kita dah buat kajian dan telah mengikut garis panduan, sebab itu kita putuskan tarian
poco-poco haram, yang haram kita tidak akan tarik balik,” tegas beliau.

Pada 6 April lalu, Harussani memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau tidak akan menarik balik keputusan mengharamkan tarian poco-poco, sebaliknya
bersedia untuk memberi penjelasan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

Beliau berkata Jawatankuasa Fatwa negeri itu membuat keputusan mengharamkan tarian poco-poco selepas membuat kajian dan penelitian mendalam.




sumber sini

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

kalau majlis petua pun penipu kepada siapa orang islam nak letak kepercayaan???