Mohd. Safee berkata, beliau tidak keberatan untuk kembali beraksi dengan skuad negara menentang Hong Kong dalam satu perlawanan persahabatan, namun harus memastikan ketiadaannya tidak menjejaskan kelab yang diwakilinya itu.
"Saya tidak ada masalah untuk kembali beraksi dengan pasukan kebangsaan.
“Setakat ini belum ada tawaran rasmi sahaja lagi mengenainya,” kata Mohd. Safee ketika ditemui pemberita selepas dilantik sebagai duta Tune Talk, sebuah perkhidmatan prabayar mudah alih, di sini hari ini.
Turut sama dilantik sebagai duta syarikat berkenaan ialah penjaga gol kebangsaan, Mohd. Khairul Fahmi Che Mat.
Mohd. Safee dilapor akan dipanggil menyarung jersi kebangsaan menentang Hong Kong pada 3 Jun ini, tetapi pada masa yang sama kelab yang disertainya di Indonesia, Pelita Jaya FC juga berdepan perlawanan getir dalam Liga Super Indonesia menentang Persija Jakarta pada 5 Jun. - UM
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan