"Ketika memeriksa rakaman dengan lebih teliti, perakam suara yang dibina dalam kamera itu mendedahkan nama lelaki yang disebut 'Fais'," katanya kepada wartawan selepas menghadiri sidang dewan negeri di Shah Alam, petang senmalam.
Abdul Khalid bagaimanapun berkata beliau masih perlu melihat rakaman itu tetapi mahu memberikan penyiasat itu masa yang secukupnya untuk menyiapkan siasatan.
Beliau berkata laporan polis tidak akan dibuat ketika ini oleh kerana kerajaan negeri ingin menyiasat insiden itu terlebih dulu.
Pada Ogos 2010, Menteri Besar mendedahkan bahawa sebuah kamera ditemui tersembunyi di pejabatnya yang merakam aktivitinya.
Beliau berkata beliau mengesan kamera Fuji itu pada belebas di balik tirai di pejabatnya bila baterinya lemah dan beliau mendengar suatu bunyi.
PBO:
Nampak gayanya macam orang terdesak untuk menyiasat aktiviti pemimpin pakatan rakyat.
Semoga kebenaran akan lebih terserlah
sumber
0 respon:
Catat Ulasan