Isnin, 18 April 2011

Mayat berasap

MERSING: Dua anggota Gerup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memasang pukat di Pantai Sekakap di sini, semalam, terkejut menemui mayat
seorang wanita disumbat dalam beg beroda dalam keadaan berasap akibat dibakar.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, kedua-dua komando berusia 20-an berpangkalan di Kem Iskandar dan tidak bertugas, menyangka ada pihak membakar beg itu
kira-kira 25 meter dari lokasi mereka memasang pukat lalu menghampirinya.
Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid berkata, sebaik menghampiri mereka mula curiga kerana berbau busuk.

“Kecurigaan menyebabkan mereka tidak mengusik beg sebaliknya terus menghubungi polis.
“Sepasukan pegawai dan anggota ke lokasi kejadian dan pemeriksaan mendapati beg itu disumbat dengan mayat seorang wanita dipercayai berbangsa Melayu,”
katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing, semalam.
Menurut Mohd Nor, siasatan awal mendapati mangsa mungkin mati dibunuh dalam tempoh tidak sampai 24 jam di tempat lain sebelum disumbat dalam beg dan dibuang
di kawasan semak.

Click Here

Selain itu, mayat mangsa berumur antara 16 hingga 25 tahun itu sukar dikenal pasti kerana rentung 95 peratus.
“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui. Bagaimanapun, kami menemui dua rantai yang boleh digunakan untuk membantu siasatan.

Type-0/0cd7c54c-1d0a-42ea-b408-1a8ccb47c72f

“Satu rantai dipakai di kaki kiri manakala satu lagi rantai leher dengan perkataan sama ada ‘Suemzar’ atau ‘Suemzan’. Kami tidak menolak ia mungkin nama
mangsa,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Mohd Nor, masih terlalu awal untuk mengesahkan perkara berkenaan.
Pada masa sama, IPD Mersing turut mendapatkan bantuan Unit Forensik serta Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bagi melakukan
siasatan di lokasi kejadian.
“Mayat dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga diminta tampil untuk membuat pengecaman,” katanya.
Mereka mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Mersing, Asisten Superintendan Aziz Che Embong di talian 07-7992222.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: