Ulama sudah bersuara, para NGO Islam dan bukan Islam sudah bersuara, bahkan badan agama bukan Islampun sudah bersuara, demikian juga rakyat prihatin yang lain sudah juga bersuara.
Semuanya sudah bersuara membantah, menghecam dan menyatakan rasa jijik yang amat sangat akan perbuatan menayangkan video lucah politik yang mereka anggap sangat memudaratkan bagi rakyat Malaysia.
Maknanya majoriti besar rakyat Malaysia sudah bersuara, mengecam dan memandang jijik perlakuan politik fitnah yang demikian berleluasa. Ini juga bermakna,
hanya golongan yang amat kecil jumlahnya dan berkepentingan yang merasa puas dengan perlakuan fitnah jijik seumpama itu.
Kenyataan keras yang terbaru ialah dari Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang menyifatkan tindakan pihak tertentu termasuk media tradisional menyiarkan gambar
aksi seks yang bertentangan dengan hukum Islam dan norma masyarakat Melayu. Malah perkembangan itu turut dikecam oleh Rangkaian Memacu Arus Perjuangan
(MAP), yang memandang serius pendedahan video seks di YouTube baru-baru ini.
Yang paling lantang dan lebih dulu mengecam perbuatan memfitnah individu tertentu melalui tayangan video lucah ialah tokoh pemikir Islam terkemuka, Prof.
Madya Dr. Asri Zainal Abidin. Bahkan beliau menyeru supaya semua kalangan rakyat membantah perbuatan keji ini.
Sementara itu beberapa orang mufti telahpun bersuara membantah perlakuan menyebarkan fitnah dan aib seseorang kepada orang ramai.
Para mufti itu menyatakan kebimbangan yang amat sangat bahawa perbuatan seumpama ini akan merosakan nama baik Islam, malah minda rakyat seluruhnya.
Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Md Nor berkata, pihaknya kesal dengan tindakan itu dan menyifatkan langkah tersebut berniat jahat dan melampaui batasan
akhlak, moral dan budaya.
Atas nama apa alasan sekalipun, katanya, penyebaran ini adalah satu tindakan jahat, fitnah dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya malah menyalahi
etika kewartawanan yang serius.
“Trend membuka aib dan menyebar fitnah bukan norma budaya Melayu Islam, malah menyalahi undang-undang dan etika mana sekalipun di dunia ini,” katanya.
Menurutnya, pihaknya juga berhasrat untuk memohon campur tangan Majlis Raja-Raja sekiranya pihak berkuasa dan kerajaan gagal untuk menghentikan penyebaran
rakaman video seks itu.
“Menyedari kegagalan pihak berkuasa sedia ada, PUM akan memohon campur tangan Majlis Raja-Raja untuk bertindak dengan segera bagi mengambil tindakan menghentikan
kejahatan dan maksiat yang dipromosikan ini,” katanya.
Beliau berkata, individu yang terlibat dalam pembikinan dan penyebaran rakaman video seks itu melakukan perbuatan haram di sisi agama Islam.
Menurut PUM lagi, mereka ini bukan sahaja merosakkan diri, keluarga dan masyarakat, malah turut mempromosikan kejahatan yang bakal mengundang laknat dan
bala daripada Allah.
Menurut Dr. Mohd Roslan, pihaknya kesal kerana media telah menjatuhkan ‘hukuman’ setelah keaiban dan fitnah didedahkan.
Beliau juga menegaskan pihaknya turut kesal dengan ‘golongan’ yang bersungguh-sungguh mahu menjadikan rakaman video seks itu sebagai tumpuan perhatian
dalam negara berbanding isu-isu nasional lain.
“Saling cabar-mencabar dalam Parlimen untuk menyaksi video lucah menandakan kerendahan akal budi wakil rakyat ketika mereka dianggap sebagai insan yang
mempunyai daya pemikiran dan budi yang tinggi,” kata Setiausaha Agung PUM itu.
Dalam pada itu, Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) memandang serius pendedahan video seks di YouTube membabitkan nama pemimpin pembangkang.
“Ia amat keterlaluan dan mencemarkan nilai budaya politik Malaysia. Sama ada video tersebut tulen atau tidak bukanlah menjadi persoalan pada tahap ini,
tetapi yang lebih penting adalah mengawal penyebarannya agar tidak menimbulkan keresahan di kalangan rakyat,” kata presidennya Mustafsa Kamil Ayub.
“MAP menyeru semua pihak bergerak ke arah politik nilai yang menekankan kepada penjagaan akhlak sesama insan, proses undang-undang yang telus, mengutamakan
kepentingan rakyat serta menjaga kemurnian budaya murni Malaysia,” katanya.
Sementara itu. sangat menarik untuk diperhatikan bagaimana puluhan ribu orang yang menyertai solat hajat dan munajat di Stadium Melawati, Shah Alam minggu
lalu adalah manifestasi rakyat secara sepontan beramai-ramai membantah video fitnah tersebut.
Kemudian dituruti dengan ceramah perdana menentang fitnah yang diadakan oleh Pakatan Rakyat di Staidum Subang Jaya, Selangor yang dihadiri lebih empat
ribu orang di mana penceramahnya Haji Muhamad Sabu, pemimpin PKR Kelana Jaya, Syed Shahir bin Syed Muhamad, Adun Seria Setia, Nik Nazmi dan pemimpin Pakatan
yang lain.
Dun Subang Jaya adalah kawasan elite pelbagai kaum dimenangi oleh Hannah Yeoh dari DAP dalam PRU Ke-12 2008 dulu. Ceramah Pakatan Rakyat pada malam tersebut
dihadiri oleh pelbagai kaum dan ini memberi gambaran bahawa penduduk kawasan ini menolak fitnah politik melalui penayangan video lucah.
Dalam perkembangan selanjutnya, ceramah umum di pelbagai tempat di seluruh negara oleh Pakatan Rakyat dijangka akan memberi tumpuan menentang penayangan
video fitnah yang akan merosakkan minda rakyat. Isu ini dijangka akan terus hangat, mungkin sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Sementara itu, laporan yang diterima berkata bahawa majoriti kalangan rakyat di pedalaman juga menganggap video lucah ini sebagai suatu fitnah besar yang
tidak dapat diterima oleh mereka yang waras fikirannya.
Laporan juga diterima Kuching bahawa pengundi di Sarawak tidak menunjukkan minat terhadap isu video fitnah ini, justru pengundi di sana lebih memberikan
tumpan kepada isu tanah adat, masaalah kemiskinan yang berterusan dan sebagainya.
sumber klik sini
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan