Khamis, 28 April 2011

Apa reaksi anda ke atas kenyataan CUEPACS ini?

KANGAR 27 April — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah.

lagi klik papar ....







Penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka, kata Omar kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis, berkata, CUEPACS juga mencadangkan agar bantuan sara hidup (COLA) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan.

Ini kerana katanya, kos sara hidup di luar bandar juga semakin meningkat seperti di bandar.

Omar berkata, CUEPACS juga mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang.

"Mana ada rumah yang boleh disewa RM180 sebulan di kawasan bandar malah di luar bandar juga sewa rumah telah meningkat,” katanya. — Bernama

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

Iyooo...lah tu....asal 1 Mei...ajo kau bersuara...kau beri harapan yg tinggi lagi kpd penjawat awam....tapi hakikatnya...'pimai-pimai tang tu '....

Sobonarnya Pak Omar.....kito test market sikit...gertak , psiko...kerajaan Barang Naik tu....Buat MOGOK...baru depa layan kot....Ada berani Pak Omar...asyik nak berlembut aje...memang kena tibai aje le..penjawat awam ni....

Tanpa Nama berkata...

Ikut ko lah omar weeeh.....dulu zaman pak lah buat penyelarasan sehinggakan kami dari kumpulan siswazah jadi macam rakyat "cap ayam" jer.
Kali ni nak buat lagi sekali......sudah-sudah lah tu..kalau nak cari pengaruh jadi orang politik lagi bagus.
MELUAT.

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak buat penyelarasan buat betul2...Jgn buat janji di siang hari jer. Faham ke Encik Omar..Minta betul2 gertak banyak2 baru be end mau dengar !

Tanpa Nama berkata...

Omaq hang nak klentong masa ni ya, lepas hari pekerja, kenyataan hang pun hilang gitu gitu saja

Tanpa Nama berkata...

aku tengok penjawat awam masih ramai dok kedai kopi masa pejabat