Khamis, 28 April 2011

Warga emas ditangkap khalwat

KANGAR: Memalukan apabila sepasang warga emas mengaku bersekedudukan ketika dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam atas kesalahan berkhalwat pada awal tahun ini.

Tertuduh, Salleh Nyan, 66, duda dan pasangannya yang juga janda, Azizah Saad, 60, membuat pengakuan berkenaan apabila dihadapkan di depan Hakim Syarie Azeman Omar.










Pendakwaan dilakukan Pendakwa Raya Syarie, Fakhrurrazi Mahdzir.


Mengikut pertuduhan, warga emas terbabit berkurung di dalam rumah di No 254, Kampung Permatang Pauh, Simpang Empat, dekat sini, kira-kira jam 2.25 pagi pada 17 Januari lalu.


Berdasarkan fakta kes, ketika serbuan dilakukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), kedua-dua tertuduh enggan membuka pintu biarpun diketuk beberapa kali.


Tertuduh lelaki didakwa mengikut Seksyen 9(1) Enakmen Jenayah dalam Syarak Negeri Perlis 1991 manakala Azizah dituduh mengikut Seksyen 9(1)(2) enakmen sama yang boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.




Fakhrurrazi dalam prosiding berkata, kedua-dua tertuduh orang berusia dan kelakuan berdua-duaan sehingga lewat pagi boleh menimbulkan syak dan mendorong kepada zina.


Katanya, mereka perlu dikenakan hukuman yang boleh memberi pengajaran termasuk sebagai ingatan kepada orang lain.



“Justeru, saya mohon mahkamah mengenakan denda maksimum terhadap tertuduh,” katanya.


Salleh dalam rayuannya memohon mahkamah mengurangkan denda dengan alasan tidak mampu untuk bekerja, menghidap kencing manis, darah tinggi dan sudah bertaubat dengan tidak mengulangi perbuatan itu.


Azeman menjatuhkan hukuman denda kepada Salleh sebanyak RM2,200 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda, manakala Azizah didenda RM2,000 atau penjara dua bulan jika gagal menjelaskan denda. (HM)




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: