Rabu, 30 Mac 2011

BN akan kalah jika tiada mi segera"

SHAH ALAM 29 MAC : Pemberian projek yang lazimnya disebut mi segera semasa pilihanraya kecil menyalahi undang-undang dan tidak boleh dihalalkan atas alasan
membela rakyat, kata Presiden Pemantau Pilihan Raya Bersih dan Adil (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh.








Beliau berkata pemberian projek, majlis makanan dan lain-lain semata-mata waktu kempen pilihan raya yang bertujuan mendapatkan undi rakyat harus ditolak
sebagai rasuah.

"Di mana dan apakah bantuan itu diberi dalam tempoh kempen? Dalam keadaan kapasiti apa, bentuk bantuan yang bagaimana dan apakah ucapan dan kenyataan-kenyataan
dibuat ketika (imbuhan) diberi harus diambilkira." kata beliau.

"Kalau semuanya menunjukkan bahawa adanya unsur kempen dan menggunakan kapasiti pegawai kerajaan dan menteri, maka ia boleh dianggap sebagai satu kesalahan
mengikut akta kesalahan pilihanraya."

Syed Ibrahim mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz bahawa pemberian bantuan kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh
ditakrif sebagai rasuah.

Nazri memberi alasan bantuan yang disampaikan kepada rakyat menjelang pilihan raya adalah kerana kerajaan mahu memenuhi janji yang diberikan jika menang
PKR berkenaan.

Alasan itu kelihatan cara licik menteri berkenaan mengelak persoalan sama ada janji-janji itu adalah berupa sogokan terus kepada pengundi.

Syed Ibrahim berkata hakikat adalah pengundi disogokan dengan "gula-gula" pilihan raya demi memancing undi.

"Persoalannya adalah mengapa begitu banyak sekali bantuan yang berlaku dalam tempoh kempen pilihanraya itu? Bukankah itu boleh ditafsirkan sebagai satu
kaedah pembelian undi dengan cara mempengaruhi pengundi melalui pemberian bantuan ataupun barangan dan sebagainya," kata beliau

Tambah beliau, sesebuah negara yang bebas tidak sepatutnya berlaku keadaan di mana kerajaan hanya menyalurkan bantuan yang banyak apabila mempunyai kepentingan
dalam pilihan raya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Awang Hadi semalam mengatakan BN seolah-olah menanamkan persepsi bahawa rakyat harus mendoakan pilihanraya kecil untuk mendapatkan
prasarana dan imbuhan lain daripada pemerintah. (tvs news)

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: