Jumaat, 16 Disember 2022

Tanah runtuh: 69 orang dikhuatiri tertimbus di tapak perkhemahan Batang Kali

  • KUALA LUMPUR: Kira-kira 69 orang dikhuatiri terperangkap dan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, pada awal pagi Jumaat.
  • Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian.
  • "Menurut laporan awal komander operasi, kejadian tanah runtuh berlaku di tepi jalan berhampiran 'Father Organic Farm' dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan.
  • "Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan satu ekar.
  • "Maklumat awal daripada pihak polis mendapati, terdapat 100 orang berada di tapak perkhemahan tersebut yang mungkin menjadi mangsa runtuhan," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
  • Bagaimanapun, Norazam berkata, setakat jam 5.30 pagi, seramai 31 mangsa telah ditemukan dalam keadaan selamat.
  • "Pasukan unit K9 dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, BBP Kota Anggerik, BBP Kajang, BBP Andalas turut digerakkan ke lokasi kejadian.
  • "Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) turun telah diaktifkan untuk penyelamatan mangsa yang masih terperangkap," ujarnya.
  • -astro awani.

Khamis, 15 Disember 2022

SOSMA: Bermula krisis dan prinsip dalam kerajaan perpaduan

  • Berbeza pandangan itu biasa, malah meraikan perbezaan itu perlu.
  • Namun apakah keikhlasan untuk menerima perbezaan itu bakal mengadai prinsip perjuangan?
  • SOSMA, UUEC, dan beribu-ribu lagi bom jangka menanti untuk meletus.
  • Jika tidak ditangani dengan baik, banyak kemungkinan boleh berlaku.
  • Aku telusuri tik tok sekali sekali.
  • Tengok ulasan pemimpin UMNO.
  • Masalah 1MDB tak selesai lagi. Menuntut keadilan.
  • Itu satu masalah antara BN dan PH.
  • Bolehkah terus bertahan.
  • Atau mereka membuka ruang untuk PN menyerang?
p/s: bagi yang tak faham isu SOSMA. elok banyak baca dulu .... menyanggah tak semestinya tak sayang.

Selasa, 13 Disember 2022

Enam ujian getir menanti Anwar, jika tidak .. tumbang!

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melepasi enam ‘ujian’ untuk memastikan kerajaan campuran yang dipimpinnya dapat dipertahankan.
    1. Ujian pertama Anwar adalah  memilih Yang Dipertuan Dewan Rakyat baharu pada 19 Disember ini.
    2. Anwar kemudian akan berhadapan dengan undi percaya yang akan dibuat ke atas beliau pada 20 Disember.
    3. Perhimpunan Agung UMNO pada 11 hingga 14 Januari depan juga akan menjadi satu ujian terhadap Anwar apabila pemilihan parti itu berlangsung.
    4. Anwar juga berhadapan dengan ujian terhadap undi Usul Terima Kasih di Parlimen atas Titah Ucapan Diraja pada Pembukaan Parlimen.
    5. Undi kelulusan Bajet 2023 juga akan menjadi ujian terhadap Anwar sama ada beliau diterima sebagai perdana menteri atau tidak.
    6. Ujian terakhir pilihan raya umum di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
  • Perikatan Nasional (PN) akan melakukan apa sahaja untuk meraih keuntungan di enam pilihan raya itu bagi menggulingkan kerajaan yang diterajui Anwar.

Parti AMANAH bakal terkubur?

  • AMANAH menang 8 kerusi dari 54 kerusi yang mereka tandingi.
  • Tokoh seperti Khalid Samad, Mujahid dan beberapa tokoh lagi dalam AMANAH tumbang.
  • Biarpun kalah menang dalam sesuatu PRU itu perkara biasa, jangan dipandang enteng kekalahan itu.
  • Mudah untuk beri alasan, PAS mainkan isu kaum dan agama.
  • Tetapi lebih sukar untuk mencipta kemenangan.
  • Sehingga kini, PH masih belum dapat menangkis serangan PAS melalui permainan isu kaum dan agama.
  • Apa AMANAH perlu buat?
  • Dari lapan mampukah kerusi AMANAH bertambah atau terus berkurang pada PRU 16?

Isnin, 12 Disember 2022

Gaji dan elaun ahli parlimen memang melampau!

  • BANYAK warganet mengulas apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyentuh mengenai bebanan kewangan yang kerajaan terpaksa tanggung kerana pembayaran emolumen (gaji) dan pencen kepada penjawat awam.
  • Antara komen warganet yang paling terbaik dibaca ialah tulisan ini: “Bayaran pencen yang paling membebankan kerajaan sebenarnya ialah kepada ahli politik, iaitu lebih tinggi elaun daripada gaji!”
  • Elaun ini khususnya untuk jawatan Perdana Menteri, timbalan perdana menteri, menteri besar, ketua menteri, menteri, Exco, ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
  • Sepatutnya mereka bukan penjawat awam dan hilang kelayakan daripada menerima skim pencen kerana hanya memegang jawatan selama 60 bulan.
  • Mereka sepatutnya tidak layak menerima pencen penuh, berbanding dengan kakitangan awam yang perlu bekerja selama 240 bulan untuk memenuhi syarat dapat menerima pencen.
  • Cuba lihat contoh emolumen untuk seorang Menteri Kabinet:
  • 1) Gaji asas = RM18,000. 2) Elaun keraian = RM10,500. 3) Elaun perumahan = RM10,800. 4) Elaun rakyat = RM10,650. 5) Elaun tempat letak kereta = RM10,650.
  • Sebenarnya mereka tidak membayar untuk meletak kenderaan itu kerana menggunakan kenderaan rasmi.
  • Selain itu, kerajaan juga terpaksa membayar emolumen sebanyak RM16,000 sebulan kepada 222 ahli Dewan Rakyat dan RM11,000 sebulan kepada 70 ahli Dewan Negara.
  • Bayangkan setiap pilihan raya (sekali setiap lima tahun) wakil yang dipilih berubah dan mereka semua hidup lama, berapa kos pencen untuk bekas wakil yang dipilih?
  • Ini lebih membazir dan membebankan berbanding penjawat awam yang berada pada gred rendah seperti pembantu umum Gred 11 dengan gaji hanya RM1,216 dan selepas berkhidmat lebih 30 tahun, gajinya adalah serendah RM2,983.
  • Jadi, pencen hanya berjumlah RM1,491.50 sebulan selama 15 tahun (selepas usia 60 tahun), jika kita mengambil jangka hayat rakyat Malaysia sehingga 75 tahun.
  • Nota 1: Elaun tempat letak kereta kenderaan menteri lebih tinggi daripada gaji Gred 44!
  • Nota 2: Jika gaji gred terendah pekerja kerajaan adalah RM1,500 termasuk elaun, maka gaji seorang menteri bersamaan dengan 37 pembantu umum Gred 11.
  • Ahli-ahli politik yang memegang jawatan, kononnya untuk membela nasib rakyat, sebenarnya hanya mempertahankan nasib mereka sendiri.
  • Ini mesti diperbetulkan. Ini belum termasuk ahli politik yang mengambil kesempatan daripada peluang-peluang lain untuk membuat keuntungan.
baca banyak lagi mennarik: baca di sini.

Ahad, 11 Disember 2022

19 Disember ujian terbesar Anwar selepas bentuk Kabinet

  • UNDI percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menguji keabsahannya sebagai Perdana Menteri pada 19 Disember ini adalah ujian besar beliau selepas melengkapkan pembentukan Kabinet Kerajaan Perpaduan, yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) mendominasi senarai dengan 28 jawatan termasuk 15 menteri.
  • Sama ada parti-parti menyokongnya sebagai Perdana Menteri puas hati dengan pengumuman itu bergantung kepada pengiraan undi percaya menyebelahi Ahli Parlimen Tambun berkenaan atau sebaliknya setelah 222 ahli Parlimen perlu mengundi secara rahsia untuk bersetuju atau tidak.
  • Setakat ini, berdasarkan jumlah tidak rasmi, Anwar mempunyai 148 sokongan atau cukup dua pertiga iaitu melibatkan PH yang mempunyai 82 kerusi, Barisan Nasional (30 kerusi), Gabungan Parti Sarawak (23 kerusi), Gabungan Parti Sabah (enam kerusi), Parti Warisan Sabah (tiga kerusi), Parti Bangsa Malaysia (satu kerusi) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (satu kerusi) serta dua wakil rakyat Bebas.
  • Perikatan Nasional (PN) pula yang memutuskan tidak menyertai Kerajaan Perpaduan mempunyai 74 kerusi Parlimen.
  • Jika melihat senarai Jemaah Kabinet diumumkan Anwar, PH selaku parti tunggak Kerajaan Perpaduan menguasai senarai yang membabitkan 15 menteri dan 13 timbalan menteri, diikuti BN iaitu 12 jawatan termasuk enam menteri.
  • GPS pula diberikan 11 jawatan (lima menteri dan enam timbalan menteri) manakala GRS mendapat enam tempat (satu menteri dan lima timbalan menteri) seterusnya Warisan memperoleh satu jawatan timbalan menteri.
  • Sementara itu, PBM dan KDM masing-masing yang mempunyai seorang wakil dalam Parlimen dan turut bersama Anwar tidak diberikan tempat dalam Kabinet. Begitu juga nasib sama dialami dua wakil Bebas iaitu Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda dan Ahli Parlimen Tenom, Riduan Robin.
  • Sehingga kini, Presiden PBM, Datuk Larry Sng menyatakan kekecewaan kerana tiada wakilnya iaitu beliau sendiri sebagai Ahli Parlimen Julau tidak berada dalam Kabinet manakala seorang wakil rakyat KDM dan dua ahli Parlimen belum menyatakan pendirian.
https://t.me/c/1346053187/57613

Sabtu, 10 Disember 2022

Kerajaan luar tabii

  1. Apabila pemimpin PAS menggunakan istilah kerajaan perpaduan sebagai kerajaan luar tabii, aku rasa ianya cukup melampau.
  2. Kerajaan perpaduan yang mendapat restu dan izin YDPA disamakan sebagai kerajaan luar tabii? Derhaka jenis apakah ini?
  3. Luar tabii sinonim dengan kes liwat. Apakah pemimpin PAS terus-menerus mengaitkan kes Anwar Ibrahim dalam kes liwat dengan kerajaan yang beliau terajui sekarang?
  4. Tidak adakah lagi perkatan yang lebih baik dari parti Islam untuk melabel musuh politiknya?
  5. Ini kerajaan 'luar tabii' (https://www.malaysiakini.com/news/646683)
  6. Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, kerajaan hari ini diasaskan dalam gabungan luar tabie, melanggari semua ikrar dan sumpah sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan semasa kempen. (https://www.utusan.com.my/nasional/2022/12/pas-hairan-kabinet-tiada-timbalan-menteri-agama-perpaduan/ )
  7. Nampaknya gemar sungguh puak situ menggunakan label luar tabii.
  8. Dan ketika mereka sibuk dengan luar tabii, pemimpin ini jugalah merayu kepada kerajaan persekutuan (kerajaan luar tabii seperti kata PAS) untuk tidak menminggirkan mereka.
  9. Bantu pesawah di Kedah kata Sanusi.
  10. Jangan pinggirkan kami di Kelantan kata Nik Amar.
  11. Move on ... PRU dah habis. gunalah bahasa yang lebih baik.
  12. Jangan cepat kafirkan orang. Jangan cepat tuduh orang tidak beriman. Kamu pemimpin bahagia. yang merana penyokong. bergaduh sesama umat.