Ahad, 11 Disember 2022

19 Disember ujian terbesar Anwar selepas bentuk Kabinet

  • UNDI percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menguji keabsahannya sebagai Perdana Menteri pada 19 Disember ini adalah ujian besar beliau selepas melengkapkan pembentukan Kabinet Kerajaan Perpaduan, yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) mendominasi senarai dengan 28 jawatan termasuk 15 menteri.
  • Sama ada parti-parti menyokongnya sebagai Perdana Menteri puas hati dengan pengumuman itu bergantung kepada pengiraan undi percaya menyebelahi Ahli Parlimen Tambun berkenaan atau sebaliknya setelah 222 ahli Parlimen perlu mengundi secara rahsia untuk bersetuju atau tidak.
  • Setakat ini, berdasarkan jumlah tidak rasmi, Anwar mempunyai 148 sokongan atau cukup dua pertiga iaitu melibatkan PH yang mempunyai 82 kerusi, Barisan Nasional (30 kerusi), Gabungan Parti Sarawak (23 kerusi), Gabungan Parti Sabah (enam kerusi), Parti Warisan Sabah (tiga kerusi), Parti Bangsa Malaysia (satu kerusi) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (satu kerusi) serta dua wakil rakyat Bebas.
  • Perikatan Nasional (PN) pula yang memutuskan tidak menyertai Kerajaan Perpaduan mempunyai 74 kerusi Parlimen.
  • Jika melihat senarai Jemaah Kabinet diumumkan Anwar, PH selaku parti tunggak Kerajaan Perpaduan menguasai senarai yang membabitkan 15 menteri dan 13 timbalan menteri, diikuti BN iaitu 12 jawatan termasuk enam menteri.
  • GPS pula diberikan 11 jawatan (lima menteri dan enam timbalan menteri) manakala GRS mendapat enam tempat (satu menteri dan lima timbalan menteri) seterusnya Warisan memperoleh satu jawatan timbalan menteri.
  • Sementara itu, PBM dan KDM masing-masing yang mempunyai seorang wakil dalam Parlimen dan turut bersama Anwar tidak diberikan tempat dalam Kabinet. Begitu juga nasib sama dialami dua wakil Bebas iaitu Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda dan Ahli Parlimen Tenom, Riduan Robin.
  • Sehingga kini, Presiden PBM, Datuk Larry Sng menyatakan kekecewaan kerana tiada wakilnya iaitu beliau sendiri sebagai Ahli Parlimen Julau tidak berada dalam Kabinet manakala seorang wakil rakyat KDM dan dua ahli Parlimen belum menyatakan pendirian.
https://t.me/c/1346053187/57613

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: