Isnin, 17 September 2018

Ada kemungkinan Azmin Ali akan lompat parti?

Jika Azmin Ali kalah dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR tidak lama lagi, aku berpendapat tidak mustahil dia akan keluar parti dan masuk salah satu parti yang sedia ada.

Dalam satu video yang aku tonton, ketika soal jawab antara pemimpin UMNO dengan Najib, mereka ada mengulas kemungkinan besar kerusi utama untuk Azmin akan diberi BERSATU. Malangnya aku gagal jumpa balik video tu di dalam youtube.

Sebenarnya 'kirsis' Azmin Ali bukan baru dalam PKR. Ketika kemelut Menteri Besar Selangor tahun 2013, memang kecoh.

Baca artikel ini


Jadi kalau Anwar kata pilih pemimpin yang bukan untuk agenda peribadi. Faham sendirilah ..

Berbalik kepada Azmin, desas desus kuat mengatakan Azmin ingin menjawat jawatan nombor satu dalam PKR. Sampai sekarang beliau belum menafikan perjumpaan beliau dengan Anwar di Turki.

Susah juga kalau ada pemimpin yang untuk perut sendiri dari yang lain.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Unknown berkata...

Elok la Azmin Ali buat langkah 1000 keluar dan masuk Parti lain yeob. Bukan nya perkara baru kerenah si Azmin ni dalam menangani persoalan politik Refomasi. Jika di toleh kebelakang, sejak zaman awal penubuhan Keadilan, semak kembali berapa ramai Tentera2 yg begitu setia berjuang membina Keadilan, akhirnya mereka diketepikan, ada tulisan yang saya masih ingat tetapi tak dapat nak kongsi disini, memang didalam pengetahuan ramai kawan2 awalan Keadilan dimana mereka secara senyap di kempen supaya kalahkan kumpulan yg sangat berjasa semasa penubuhan Keadilan.

Elok jugala, Azmin Ali bawa sekali semua puak2 Ngok-Ngek-Ngok-Ngek ini, supaya PKR dapat bergerak pantas bersama dengan Harapan, tak akan berulang PERISTIWA NEGERI YANG PALING COROT MENGISHTIHARKAN PH SEBELUM PRU 14. Nasib baik Allah bersama dengan Raayat semua dan membantu walau[un rancangan jahat puak2 dalaman, akhirnya PH berjaya kita semua kini.

Raayat semua dah tau dan faham, analisa Invoke dan lain2, yang dari awal menolok PAS yg sudah bercelaru, tetapi si Azmin MB ni mati-matian nak bawa saboteur dalaman, sekarang semua dah faham, mana yg kata tanpa PAS PH AKAN KALAH DI SELANGOR? lagi banyak menang iyya.

kalau la Raayat bulih sama2 mengundi dalam Pemilihan PKR - cuba la buat Undian Atas Talian, SIAPA AKAN RAAYAT SOKONG ANTARA AZMAIN ALI & RAFIZI RAMLI sebagai Timbalan Presiden? Saya yakin Rafizi akan menang besar. Tak kan anak si Azmin yg kempen BUANG DSAI tu idea dia mai seniri2 masa dok lepak dengan kengkawan, sudah tentu ada sdikit info pemiliran pak dia.

Tanpa Nama berkata...

sekiranya azmin kalah dalam pemilihan kali ni agaknya parti mana dia akan join ? adakah UMNO ? adakah PPBM ? adakah DAP ? atau adakah PAN .. (maaf ini adalah lawak paling bodoh bagi mereka yang mempunyai akal yang waras)
Rasanya Azmin tak akan rela dirinya dipergunakan oleh Tun sekiranya Azmin terasa ingin mengimbau balik apa yang telah terjadi pada tahun 1987 dulu dimana kemenangan Mahathir sebagai Presiden UMNO ke atas Tengku Razaleigh (Ku Li ) dipertikaikan lalu mahathir mengambil langkah mengharamkan UMNO dan menubuhkan Parti UMNO Baru (yang ada sekarang). Kalau Syed Saddiq tak tahu tentang kisah ini memang boleh difahami sebab syed saddiq lahir 5 tahun selepas peristiwa itu, Sedangkan sebelum itu Jawatan Presiden UMNO tidak ada pertandingan sebab tiada siapa yang mahu merebut jawatan presiden UMNO. Manakala selepas tidak jadi PM mahathir mengisytiharkan dua kali keluar dari UMNO sebelum menubuhkan PPBM dan masyarakat umum tahu setakat mana kekuatan PPBM tu sendiri dan tak mustahil mahathir akan membubarkan PPBM itu bila dia merasa kedudukan dia tak terjamin seperti mana masa dia di dalam UMNO dulu.
Rasanya Azmin tentu lebih pandai bab-bab politik dari kitorang ni

MAT berkata...

dalam politik tiada siapA yang bolih kata tidak untuk kepentingan diri cuba tengok ahli politik mana ahli keluarga yang miskin anak anak siap tunjuk kereta adakah mereka mewah kerana belajar pandai atau kersna bapa atau ibu ahli politik.jangan lah percaya sangat jika ada ahli politik berkata mereka berjuang untuk agama bangsa dan tanah air.

ayah berkata...

Lebih elok jika Anwar tidak menunut jawatan PM dan Rafizi tidak merebut jawatan Naib Presiden. Apakah tindakan kedua2nya bukan untuk kepentingan diri? Berani sesiapa bangkit dan mengatakan Anwar dan Rafizi bertandiing untuk kepentingan negara.

Jika perjuangan mereka untuk kepentingan negara mengapakah diadakan PRK Port Dickson? Mengapakah Wan Azizah atau Nurul tak kosongkan kerusi masing2 untuk Anwar? Kedudukan mereka lebih penting berbanding nasib negara?

Toksahlah tudu Azmin itu dan ini kalau tuduhan sama tak dikenakan kepada Anwar dan Rafizi.

Saya bukan ahli PKR atau anggota "Kartel Azmin" tetapi seoran yang tidak mempunyai kepentingan politik. Dok perhatikan politikus membohongi rakyat dan pengundi untuk kepentingan peribadi masing2. Cukup2lah merendahkan martabat Azmin Ali.

Tanpa Nama berkata...

pada pekiraan aku Azmin akan pilih PPBM, kerana Tun Mahathir akan menjadi PM selama 2 penggal (bukan 2 tahun). Dalam masa itu Tun Mahathir akan memerhati kesetian Azmin dan berkemungkinan akan dilantik sebagai TPM. Jika Anwar jadi PM nasib Tun Mahathir dalam bahaya, dendam Anuar masih membara. Penjara menanti Tun Mahathir dan keluarga.