Ahad, 22 Julai 2018

Asyraf Wajdi Dusuki lebih pakai otak dari pemimpin ni

Tertarik dengan ulasan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang menyebut jangan zalim dalam menilai Pakatan Harapan kerana baru dua bulan memerintah seperti berikut

"Dari awal saya kata jangan kita berlaku zalim dan berlaku tidak adil kepada kerajaan HARAPAN yang baru dua bulan memerintah.

"Takkan baru dua bulan memerintah kita terus hukum bahawa masa depan Islam sudah pun hancur berkecai (di bawah HARAPAN). Tidak adil begitu," katanya dalam forum anjuran NGO Ikram di Shah Alam semalam.
https://m.malaysiakini.com/news/435330


Nampaknya beliau lebih pakai otak dari pembangkang yang lain, terutama mereka yang tidak sabar dalam menuntut janji. Mereka yang tidak sabar itu majoriti datang dari penyokong pembangkang. Bukan penyokong Pakatan Harapan.

"HARAPAN mesti dikalahkan dalam PRK Sungai Kandis. Ia menjadi satu isyarat kepada kerajaan HARAPAN bahawa rakyat tidak mahu terus dipermainkan dengan kegagalan HARAPAN menunaikan janji pilihan raya," katanya.
Nasruddin memetik antara "kegagalan" itu ialah menghapuskan tol, menurunkan harga minyak, dan menghapuskan hutang peneroka Felda.
Menyifatkan kerajaan HARAPAN sebagai perkauman, Nasrudin menambah bahawa kerajaan baru itu juga "terlalu" membuka jalan kepada pihak tertentu mempersendakan Islam.
"Suara-suara yang mengundang keresahan umat Islam makin marak bebas dan tidak diambil tindakan yang wajar oleh pihak kerajaan HARAPAN.
"Seperti gesaan agar sekolah tahfiz ditutup, terlalu memberi muka kepada LGBT, pemikiran antihadis, posisi penting dalam sektor kehakiman dan undang-undang tidak diberikan kepada orang Islam, pemikiran liberal, terdapat individu yang didakwa menyokong gerakan pengganas jadi pemimpin kerajaan, dominasi DAP yang sangat skeptikal terhadap perjuangan Islam dalam HARAPAN dan sebagainya ~Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan
https://m.malaysiakini.com/news/435334


Sebuah parti berasaskan Islam, yang mendokong perjuangan Islam, mengamalkan politik longkang. Sepatutnya berhujah dengan fakta yang lebih menyakinkan. bukan sekadar tembak peluru tabur lepas tu lari.

Itu hanya imaginasi liar Nasrudin Hassan yang bermain politik.

Jika sebelum PRU 14, PAS sanggup buat apa sahaja untuk bertanding walau di situ ada pertandingan tiga penjuru. Kali ini untuk menutup kelemahan diri, peluru tabur digunakan. Islam jenis apakah yang digunakan untuk menghalalkan perkara tersebut?

ada pakcik kampung yang tegar PAS dulu kata,

"PAS guna hukum dan nas untuk label orang lain, bila kena batang hidung, dia guna nas dan hukum yang lain pula"

Telinga aku masih berfungsi dengan baik, begitulah kata penyokong tegar PAS selama 40 tahun!

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: