Ahad, 22 Julai 2018

Gadis 15 tahun dinoda bapa tiri

POLIS menahan buruh lelaki kerana disyaki merogol anak tirinya yang berusia 15 tahun sebanyak dua kali di Langkawi, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek berusia 33 tahun itu ditahan pada 10.15 malam, susulan laporan polis dibuat mangsa sendiri.

Katanya, suspek ditahan di rumahnya oleh sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi.

"Berdasarkan pengakuan awal suspek, dia mengaku merogol mangsa yang sudah tidak bersekolah sebanyak dua kali iaitu pada Jun dan Julai tahun lalu di rumah mereka.

"Siasatan awal, kejadian pertama berlaku dalam bilik tidur, manakala kali kedua di bilik air ketika ibu kandung mangsa tiada di rumah," katanya ketika dihubungi di Langkawi, hari ini.

Mohd Iqbal berkata, mangsa pernah memaklumkan perbuatan terkutuk bapa tiri itu kepada ibu kandungnya selepas kejadian berulang kali kedua tetapi tidak diendahkan dan tiada laporan polis dibuat.

"Mangsa hanya tampil membuat laporan polis semalam, selepas didesak abang kandungnya yang tinggal berasingan sebaik dimaklumkan kejadian menimpanya.

"Kita menghantar mangsa ke Hospital Langkawi untuk menjalani pemeriksaan dan polis akan mendapatkan perintah reman hari ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: