Jumaat, 2 Mei 2014

INILAH PRESIDEN CUEPACS YANG GELARKAN KAKITANGAN AWAM YANG HADIR SAMA HIMPUNAN BANTAH PELAKSANAAN GST SEBAGAI PENGKHIANAT!!!!


Penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) di Dataran Merdeka hari ini dianggap sebagai pengkhianat dan
tidak layak bergelar penjawat awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda berkata penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan yang menentang
kerajaan itu melanggar Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan yang telah dibuat.

"Sebelum ini saya sudah maklumkan bahawa penjawat awam tidak boleh terlibat dalam apa jua perhimpunan yang menentang kerajaan kerana mereka telah pun melafazkan
Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan... jadi suka atau tidak mereka perlu akur.

"Sekiranya mereka tidak berpuas hati dan ingin menyertai perhimpunan, mereka boleh keluar daripada menjadi penjawat awam. Kita berhasrat untuk menjadikan
negara Malaysia sebagai negara maju tetapi sekiranya perkara seperti ini berlaku ia boleh membantutkan perjalanan yang telah dirancang," katanya.
{baca lagi klik butang papar ... }



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 di Dewan Wawasan di sini hari ini yang disempurnakan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azih berkata penjawat awam yang menyertai perhimpunan CBP hari ini boleh dikenakan tindakan sekiranya didapati bersalah.

"Jangan pula cakap mereka dianiaya sekiranya dikenakan tindakan tatatertib. Ini salah mereka sendiri kerana mahu menyertai perhimpunan ini sedangkan awal-awal
lagi saya telah mengeluarkan kenyataan supaya penjawat awam tidak boleh turut serta.

"Perdana Menteri sentiasa membuka pintu kepada Cuepacs mendengar rintihan dan keluhan pekerja dalam sektor awam, yang mampu menyelesaikan sedikit sebanyak
tekanan hidup dan melihat apa yang diperlukan dalam sektor awam. Jadi tidak perlu melibatkan diri dalam perhimpunan," katanya.

Beliau berkata Najib turut meminta penjawat awam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan paling penting mengharapkan agar penjawat awam dapat membantu
usaha menyuntik pendapatan negara bagi menampung kos sara hidup penjawat awam.

"Bagi meningkatkan pendapatan negara, produktiviti daripada semua penjawat awam diperlukan dan bagi mengekalkannya, semua pihak perlu menggembleng tenaga.
Cuepacs dan kerajaan masing-masing mahukan sesuatu jadi di sini kita perlu bersama-sama berusaha untuk memenuhi kehendak satu sama lain," katanya.

- Bernama

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Artikel Berkaitan



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

jenis akujanji mcm sirul dan azilah.

mesti akur jgn bantah sikit pun.

kakitangan awam adalah rakyat juga yg mengundi bebas dlm pilihanraya.

mereka akur dlm tugas yg mereka laksanakan tetapi sepatutnya berhak menyuarakan pandangan.

mereka yg menguruskan kerja2 pejabat berkaitan GST akur dalam kerja yg dibuat tapi mereka juga berhak menyatakan tidak setuju dgn GST sebagai kapasiti rakyat malaysia.

apakah negara ini sudah menjadi komunis?

Tanpa Nama berkata...

Muka pun macam sial...x tahu ke rakyat sudah susah kerana GST, semua barang naik harga...inilah pemimpin melayu yang korup...bangsat melayu...akhirnya orang2 melayu lebih percayakan bangsa cina daripada bangsa melayu sendiri...