BERITA TERKINI MH370

| KEMASKINI TERKINI LIK SINI



| ARKIB PENUH MH370 DI SINI:

MALAYSIA TANGGUH PENDEDAHAN MAKLUMAT PENTING MH370

| kemaskini 16 April 2014

SEKILAS PANDANG: Wah, rupanya Putrajaya boleh bertindak balas dengan pantas apabila ia mahu!

Hanya beberapa jam selepas CNN melaporkan semalam (10 April) bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melancarkan pesawat carian pada pagi kehilangan MH370, Putrajaya telah membalas dengan penafian.

papar

Polis siasat dakaan CNN mengenai co-pilot membuat panggilan telefon


{baca lagi klik butang papar ... }


KUALA LUMPUR - Benarkah telefon bimbit milik pembantu juruterbang MH370, Fariq Ahmad Hamid dihidupkan dan dikesan di Pulau Pinang, seperti didakwa sumber dari Amerika Syarikat (AS)?

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, apabila ditanya berkata, polis masih menyiasat perkara itu dan sebarang spekulasi mengenainya boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa.

“Saya tidak mahu komen selagi tiada pengesahan. (Kita perlu) memastikan keluarga yang di bawah siasatan tidak tersinggung dari segi emosi dan kedudukan mereka," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Katanya, polis dan agensi risikan antarabangsa sedang menyiasat dan maklumat (yang tidak tepat) akan jejaskan siasatan mereka.

Laman web CNN, semalam memetik sumber rasmi dari AS bahawa telefon bimbit milik Fariq telah dihidupkan dan ia dapat dikesan oleh menara telekomunikasi di Pulau Pinang. Bagaimanapun tiada panggilan dibuat.

Maklumat itu mendorong pasukan penyiasat melihat jutaan rekod panggilan telefon jika ada panggilan telefon yang dibuat dari pesawat itu selepas ia dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu.

Panggilan itu dikatakan dilakukan ketika pesawat tersebut berada pada ketinggian 5,000 kaki dan terbang merentasi Pulau Pinang.

Laporan CNN menyebut, sumber pasukan penyiasat AS itu berkata, telefon bimbit milik Fariq cuba mengesan isyarat telekomunikasi kira-kira 30 minit selepas MH370 membuat pusingan balik ke Semenanjung Malaysia.



Proses tuntutan waris MH370 - Perspektif undang-undang




Nasib penumpang MH370

| kemaskini 14 April 2014

Apabila pasukan pencarian membuat kesimpulan tiada harapan bateri dapat bertahan lagi, mereka akan menggunakan Bluefin-21, sejenis peranti sonar untuk mencari di dasar lautan,

{baca lagi klik butang papar ... }



Nasib anak kapal dan penumpang pesawat MH370 hanya dapat diketahui sekiranya lokasi dua perakam berupa kotak hitam dijumpai, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar).

Hishammuddin pada sidang media hari ini sekali lagi menegaskan betapa pentingnya penemuan kotak hitam tersebut supaya misteri kehilangannya terungkai.

Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan tidak ada yang mencurigakan dengan senarai penumpang, tetapi menurut Hishammuddin perkara itu tidak bermakna semua rekod penumpang adalah bersih.

Katanya, polis masih menyiasat kaitan penumpang dengan empat isu utama iaitu kemungkinan berlakunya rampasan, pengganas, masalah peribadi dan psikologi.

"Perkara ini masih dalam siasatan dan saya tak rasa Ketua Polis Negara bermaksud untuk kata rekod mereka semua bersih kerana selagi kita tak jumpa maklumat baru terutamanya membabitkan data kotak hitam'," katanya seperti dilaporkan CNN.

Juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, menjadi tumpuan apabila dikaitkan dengan kehilangan pesawat tersebut.

Penyiasat turut mempercayai perbualan terakhir "Selamat malam, Malaysian 370" datang daripada suara Zaharie.

Beberapa bulan kebelakangan, Zaharie di laman sosial menyiarkan video cara menjimatkan penggunaan sistem penyaman udara untuk mengurangkan bil elektrik dan memaparkan gambar gajet selain menunjukkan hobi suka memasak dan makanan.

Beliau juga meminati bidang politik apabila menyeru orang ramai mengundi kerajaan sekarang. Tetapi tiada satu tanda dalam laman sosial miliknya mempunyai kaitan dengan kehilangan MH370.

Pencarian masih diteruskan walaupun sudah lebih 35 hari pesawat hilang daripada radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

11 pesawat udara tentera, satu pesawat udara awam dan 14 kapal menyertai pasukan pencarian, menurut Pusat Koordinasi Agensi Bersama Australia.

Pihak berkuasa Keselamatan Maritim Australia merancang meluaskan pencarian 22,203 batu persegi (57,506 kilometer persegi).

Ia terletak kira-kira 1,367 batu (2,200 kilometer) di utara Perth.

Semalam, pencarian kapal Australia Ocean Shield masih menggunakan pengesan “ping” yang dikenali sebagai TPL dengan harapan dapat menemui signal baru yang mengaitkan dengan perakam suara kokpit dan data pesawat, kata Komander Tentera Laut Amerika Syarikat, William Marks yang mengetuai pasukan pencarian.

Bateri kotak hitam itu dikatakan mampu bertahan 30 hari tetapi pengeluar menjangkakannya dapat bertahan lebih lama.

Apabila pasukan pencarian membuat kesimpulan tiada harapan bateri dapat bertahan lagi, mereka akan menggunakan Bluefin-21, sejenis peranti sonar untuk mencari di dasar lautan,

Bagaimanapun fungsi Bluefin lebih lambat daripada TPL, kata Marks.

Pada 5 April lalu, TPL dapat mengesan dua signal ping. Tiga hari kemudian, dua lagi signal dikesan.

Keempat-empat signal itu terletak dalam kedudukan 17 batu antara satu sama lain.

Ping kelima pula dikesan pada Khamis lalu, namun dikatakan "tidak ada kaitan dengan kotak hitam", kata Ketua Koordinator Misi Mencari Asutralia Angus Houston pada keesokan harinya. – 13 April, 2014.


Co-pilot telefon semasa kejadian .. kerajaan nafi

|kemaskini 13 April 2014

ADA maklumat .. kerajaan nafi, ada teori kerajaan nafi .. kerajaan tengah siasat, tengah cari di Lautan Hindi ..

Apa yang dicari ..?

OKey .. ini berita mengenai pembantu juruterbang yang didakwa menelefon seseorang semasa berada diruang di ruang udara P.Pinang. Apa kata Hisammuddin ..?
{baca lagi klik butang papar ... }


Tiada maklumat mengenai panggilan pada hari kejadian - Hishammuddin

Pemangku menteri pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak mempunyai maklumat mengenai panggilan yang dilaporkan oleh akhbar News Straits Times, yang dikatakan dibuat daripada dalam pesawat MH370 pada hari kehilangan pesawat malang terbabit 8 Mac lalu.

Jelas beliau, adalah mustahil pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai perkara terbabit sebelum ini.

Akhbar News Straits Times dalam laporan eksklusifnya hari ini mendakwa terdapat panggilan telah dibuat daripada telefon bimbit milik pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid ketika pesawat terbabit terbang serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang pada hari kejadian.

Akhbar terbabit yang merujuk kepada sumber yang enggan dikenali memberitahu, panggilan terbabit bagaimanapun terputus sebelum sambungan berjaya dilakukan.

Beliau dalam pada itu meminta mana-mana pihak agar tidak mengambil kesempatan melaporkan perkara yang tidak mempunyai asas yang kukuh kerana selain boleh menjejaskan siasatan, ia juga boleh mengguris perasaan ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370.

Hishammuddin berkata demikian selepas menghadiri program Doa Untuk MH370 anjuran UMNO Parlimen Sembrong di Masjid Nurul Iman, Taman Seri Lambak, Kluang, Johor.

Seramai kira-kira 500 jemaah hadir untuk melakukan sembahyang hajat dan mendoakan keselamatan penumpang dan anak kapal MH370 yang masih belum ditemui.


Pencarian MH370 hari ke 37

| kemaskini April 13, 2014

{baca lagi klik butang papar ... }


Meskipun tiada sebarang isyarat akustik dikesan dalam tempoh 48 jam lepas, misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di Lautan Hindi diteruskan hari ini dengan kawasan pencarian lebih luas.

Memasuki hari ke-37, Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC) berkata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia merancang melakukan pencarian visual membabitkan kawasan seluas kira-kira 57,506km persegi berbanding 41,393km persegi pada semalam.

Aset digunakan dalam operasi pencarian hari ini turut diperhebat dengan tambahan dua pesawat tentera berbanding sembilan pesawat semalam.
"Sejumlah 11 pesawat tentera, sebuah pesawat awam dan 14 kapal akan membantu usaha mencari hari ini," menurut JACC dalam kenyataan pada hari ini dan menurutnya, misi pencarian bertumpu di kawasan kira-kira 2,200km barat laut Perth.

Dalam usaha untuk mengecilkan misi pencarian di dasar laut sebelum Kenderaan Dalam Air Automatik digunakan, JACC berkata Kapal Pertahanan Australia Ocean Shield menerusi alat Pengesan Pinger Ditunda akan cuba mengesan lokasi isyarat kotak hitam pesawat itu.

Tatkala pesawat AP-3C Orion meneruskan tinjauan akustik, kapal oseanografi HMS Echo dan Ocean Shield turut melakukan operasi pencarian di kawasan berkenaan, menurut JACC.

"Keadaan cuaca hari ini diramalkan berlaku tiupan angin barat laut dengan hujan sekejap-sekejap, ombak setinggi satu meter dalam jarak penghilatan 5km dalam keadaan hujan," menurut kenyataan itu.

Rabu lepas, Ketua Penyelaras JACC Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata Kenderaan Dalam Air Automatik akan dikerahkan sebaik sahaja tiada isyarat dikesan.

Pihak berkuasa menganggarkan bateri kotak hitam mungkin boleh bertahan 10 hari lebih lama daripada jangka hayat 30 hari sebelum ia berhenti menghantar isyarat getaran.

Kotak hitam pesawat itu yang merekodkan rakaman data penerbangan dan rakaman suara dalam kokpit, mungkin dapat memberi jawapan kepada persaolan tentang apa yang berlaku kepada MH370 yang melencong beribu-ribu kilometer daripada laluan biasa Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.

Terkini + Panas!! Pembantu juruterbang MH370 buat panggilan telefon ketika terbang rendah 5000 kaki

| kemaskini : 12 April 2014


Satu panggilan telefon telah dibuat oleh salah seorang anak kapal pesawat MH370 sewaktu pesawat itu terbang serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang pada hari kehilangannya.

Menurut laporan eksklusif akhbar New Straits Times, sumber panggilan tersebut datangnya dari telefon bimbit milik pembantu juruterbang. (Akhbar tersebut telah menamakan pembantu juruterbang tersebut sebagai Fariq Abdul Rahman, sedangkan nama sebenarnya ialah Fariq Abdul Hamid)

Setakat jam 9.21 pagi tiada sebarang pembetulan dibuat menerusi portal akhbar tersebut.

{baca lagi klik butang papar ... }
papar

Isyarat yang dikesan tiada kaitan dengan kotak hitam - JACC

Kemas kini: April 11, 2014
{baca lagi klik butang papar ... }


Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata penilaian awal kepada isyarat yang dikesan oleh pesawat RAAF, AP-3C Orion pada Khamis, telah dikenalpasti tiada kaitannya dengan pesawat MH370.

“JACC telah menganalisis data akustik yang dikesan dan telah mengesahkan bahawa signal yang dilaporkan oleh kapal pertahanan Ocean Shield tiada hubungan dengan kotak hitam pesawat MH370” kata Houston.

Analisis lanjut terus dijalankan oleh Pusat Analisis Akustik Australia.

Hari ini Ocean Shield akan menyambung usaha pencarian bersama ping locator dalam mencari isyarat yang mungkin ada hubungan dengan kotak hitam pesawat.

Adalah penting untuk mengambil seberapa banyak maklumat yang boleh sementara bateri pengesan petunjuk bawah air masih aktif.

Pesawat AP-3C Orion bersama kapal Ocean Shield akan meneruskan usaha carian akustik dan tiga lagi misi yang dirancang hari ini.

Keputusan bilakah Kapal Selam Autonomi akan digunakan bergantung kepada nasihat pakar dari kapal Ocean Shield dan keputusan tersebut dijangka dibuat dalam beberapa hari lagi.



Pakar sahkan isyarat detikan daripada kotak hitam

update 10 April 2014
{baca lagi klik butang papar ... }



PERTH - AUSTRALIA. Para pakar di Australia dan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa isyarat detikan yang dikesan kapal-kapal mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang di selatan Lautan Hindi merupakan peranti buatan manusia dan bukan bunyi semula jadi lautan, demikian menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).

Ketua Penyelarasnya, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata para pakar dari Pusat Analisis Akustik Bersama Australia (AJACC) di New South Wales dan pengeluar kotak hitam di Amerika Syarikat, mengesahkan bahawa isyarat 33.31 khz itu adalah daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada isyarat itu datang daripada kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370.

"Dua isyarat yang dikesan kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield ialah pada 4.27 petang dan 10.17 malam semalam," katanya dalam sidang akhbar mengenai perkembangan usaha menjejaki pesawat MAS Penerbangan MH370 di sini hari ini.

Beliau berkata isyarat pertama berlangsung selama 5 minit dan 32 saat dan yang kedua, 7 minit.

Pada Isnin, kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan dua bunyi akustik detikan dalam pencariannya selepas mengesan isyarat itu kali pertama pada Ahad, manakala kapal China Haixun 01 pula mengesan dua isyarat pada Jumaat dan Sabtu.

Houston berkata isyarat-isyarat itu semakin lemah dan ini mungkin disebabkan bateri kotak hitam hampir luput atau alat itu digerakkan oleh arus lautan.

"Lebih banyak isyarat-isyarat itu yang dapat kami kesan, kami dapat memperhalusi kawasan carian dengan lebih baik," katanya.

Katanya buat masa ini, kawasan carian bagi Ocean Shield adalah 25km persegi menggunakan 'towed pinger locater', manakala carian di udara akan bermula di kawasan yang ditetapkan.

Houston berkata satu daripada cabaran dalam usaha mencari di dasar lautan ialah kelodak di dasar lautan yang boleh menghalang rakaman kamera visual dalam usaha mencari pesawat itu.

Katanya kelodak itu mungkin sedalam 10 meter atau lebih.

Sementara itu, pada sidang akhbar yang sama, Komander Pasukan Petugas Khas 658, Komodor Peter Leavy berkata mereka telah meletakkan 84 pelampung sonar yang dibiarkan terapung di kawasan carian di lautan bagi membantu Ocean Shield mengesan isyarat.

Katanya alat itu mempunyai beberapa sensor yang boleh mengesan sebarang isyarat sedalam 1,000 kaki (304.8 meter).

Beliau juga berkata penggunanan kapal selam tidak sesuai disebabkan keupayaan selamannya terhad berbanding kedalaman lautan iaitu 4,500 meter. - Bernama


TERKINI MH370: Kapal China kesan isyarat kotak hitam dari laut

{baca lagi klik butang papar ... }
papar


MH370 dalam kenangan





Hari ke 29 pencarian MH370 babitkan 10 pesawat, 3 jet dan 11 kapal

update: 5 April 2014

  • Operasi turut membabitkan kapal pertahanan Australia ADV Ocean Shield dan kapal hidrografi Tentera Laut Diraja British HMS Echo yang meneruskan pencarian di bawah permukaan air.
{baca lagi klik butang papar ... }


KUALA LUMPUR: Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 memasuki hari ke-29 membabitkan 10 pesawat tentera, tiga jet awam dan 11 kapal dikerah menjejaki pesawat yang hilang itu.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam kenyataan di sini hari ini berkata operasi itu turut membabitkan kapal pertahanan Australia ADV Ocean Shield dan kapal hidrografi Tentera Laut Diraja British HMS Echo yang meneruskan pencarian di bawah permukaan air.

“Operasi pencarian hari ini meliputi kawasan seluas 217,000 kilometer persegi, yang terletak kira-kira 1,700km di barat laut Perth, Australia,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pencarian hari ini memberi tumpuan kepada tiga kawasan dalam sekitar yang sama dan keadaan cuaca hari ini cerah dan hujan diramal berlaku di kawasan pencarian.

Menurutnya, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia akan terus memberi tumpuan di kawasan tempat pesawat itu berakhir mengikut analisis teknikal membabitkan pelbagai aspek yang pertama kali dilakukan berdasarkan komunikasi satelit dan prestasi pesawat, yang disalurkan pasukan penyiasat nahas udara antarabangsa terdiri daripada penganalisis dari Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Australia.

Menyelaraskan pencarian MH370

JACC dilancarkan pada 1 April lepas di Perth, Australia bagi menyelaraskan pencarian pesawat MAS MH370 di selatan Lautan Hindi.



Usaha mencari kotak hitam dipergiat




Kapal selam robotik diperlukan untuk fasa seterusnya - Najib

| update: 3 April 2014
{baca lagi klik butang papar ... }


PERTH: Sebuah kapal selam robotik atau dron bawah permukaan air diperlukan untuk fasa seterusnya dalam operasi mencari dan mengesan (SAR) pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah berbincang dengan rakan sejawatannya dari Australia, Tony Abbott mengenai keperluan untuk mendapatkan bantuan daripada negara-negara lain bagi teknologi berkenaan.

Najib berkata, teknologi itu diperlukan sebaik bateri kotak hitam kehabisan (dalam tempoh empat hari).

Dron bawah permukaan air adalah antara perkara penting yang dibincangkan kedua-dua pemimpin dalam pertemuan di Commonwealth Centre, di sini, hari ini.

Peralatan itu pernah digunakan untuk membantu mengesan pesawat Air France 447 yang terhempas di Atlantik pada tahun 2009.


MH370: Malang bertimpa buat Pak Selamat, bapa kepada Khairul Amri

{baca lagi klik butang papar ... }
papar

Kupasan penuh Transkrip pesawat MH370

| updated: 2 April 2014


Mh370: Seminggu sahaja lagi tinggal untuk mencari kotak hitam sebelum ianya lenyap!!

Bagaimanapun, dengan ketibaan kapal Ocean Shield yang dilengkapi alat pengesan isyarat, dan kapal selam kecil tanpa pemandu Bluefin 21 yang dijangka tiba di kawasan pencarian pada Khamis, harapan tinggi disandarkan bagi mengesan kotak hitam itu.

{baca lagi klik butang papar ... }


KUALA LUMPUR - Selepas 25 hari pesawat MH370 hilang, pihak berkuasa kini mempunyai tempoh seminggu untuk mencari bukti fizikal terutamanya kotak hitam pesawat itu kerana isyarat daripada perakam itu bakal lenyap tidak lama lagi.

Isyarat yang dipancarkan daripada kotak hitam itu menggunakan kuasa bateri yang akan berakhir selepas 30 hari, dan adalah sukar bagi operasi pencarian menjejakinya tanpa isyarat khususnya di kawasan luas seperti di Lautan Hindi.

Operasi pencarian oleh pelbagai negara telah mengenal pasti kawasan seluas 254,000 kilometer persegi di Lautan Hindi, iaitu kira-kira 1,850km dari barat Perth di Australia, sebagai kemungkinan lokasi pesawat itu berakhir.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam berkata, 10 pesawat termasuk sebuah pesawat awam dan 10 kapal telah memulakan perjalanan ke kawasan carian untuk mencari serpihan yang mungkin mempunyai kaitan dengan MH370 itu.

Jika mereka menemui serpihan itu dan mengesahkannya daripada pesawat berkenaan, ia akan membantu pasukan mencari untuk mengecilkan kawasan pencarian kotak hitam itu.

Bagaimanapun, dengan ketibaan kapal Ocean Shield yang dilengkapi alat pengesan isyarat, dan kapal selam kecil tanpa pemandu Bluefin 21 yang dijangka tiba di kawasan pencarian pada Khamis, harapan tinggi disandarkan bagi mengesan kotak hitam itu.

Mengenai objek berpotensi yang dikesan pada Sabtu, Hishammuddin berkata lima objek diambil oleh kapal perang tentera laut Australia OHMAS Success dan Haixun, sebuah kapal dari China.

"Bagaimanapun, didapati tiada ada satu pun objek itu yang berkaitan dengan MH370," katanya kepada pemberita dalam sidang media mengenai perkembangan terkini berhubung misi pencarian MH370 di sini, semalam.

Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di "selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit oleh firma telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB).

Najib juga akan melawat Perth, Australia pada Rabu ini untuk melihat sendiri operasi mencari pesawat yang hilang di Lautan Hindi itu.

"Perdana Menteri kami memutuskan pergi ke Perth pada Rabu bagi lawatan kerja ke pangkalan tentera udara Pearce untuk melihat sendiri operasi dan mengucapkan terima kasih kepada kakitangan yang terlibat dalam usaha mencari pelbagai negara ini, termasuklah kakitangan dari Malaysia," kata Hishammuddin.

Sementara itu, rakan kongsi kod MAS, China Southern Airlines, telah bersetuju untuk bekerjasama dengan MAS dalam memberi bantuan kepada anggota keluarga penumpang pesawat MH370.

Namun, ketua pegawai eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata syarikat penerbangan nasional itu memikul lebih tanggungjawab di atas kehilangan MH370 kerana pesawat itu dimiliki MAS.

Penerbangan MH370 turut dipasarkan sebagai Penerbangan 748 (CZ748) China Southern Airlines, dengan ada penumpang yang memegang tiket syarikat penerbangan China itu.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika berada di Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama


MH370: Isteri, anak kepada Kapten Zahari buat pendedahan yang mengejutkan!


Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam pr oses ingin menceraikan isterinya. Beliau didakwa enggan menghadiri sesi kaunseling perkahwinan. Beliau banyak menghabiskan masa dengan simulator penerbangannya berbanding dengan keluarga.
{baca lagi klik butang papar ... }
papar

Mimpi seorang ustaz yang bertemu pesawat MH370 di sebuah pulau

Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.

Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.

{baca lagi klik butang papar ... }
papar

MH370: Gempar!! Keluarga mangsa dapat 'misscall' dari mangsa pada 11 dan 13 Mac 2014

"Saya lihat ada missed call pada tanggal 11 dan tanggal 13 Mac, dari iPad yang dipegang firman,"ujar January.
{baca lagi klik butang papar ... }
papar

MH370: 'Turn back': Abd Rahim akui kenyataan tidak tepat

{baca lagi klik butang papar ... }


SHAH ALAM - Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abd Rahim Bakri mengakui, kenyataan beliau yang mengatakan MH370 berpatah balik (turn back) berkemungkinan setelah menerima arahan dari pusat kawalan adalah tidak tepat.

“Saya ingin menjelaskan bahawa ia hanya merupakan andaian saya semata-mata serta kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku.

“Selepas membuat semakan, saya ingin tegaskan bahawa andaian saya adalah tidak tepat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, ketika perbahasan di Parlimen Abd Rahim berkata, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM ) tidak mengambil tindakan terhadap MH370 yang membuat turn back ketika melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia arahan daripada menara kawalan udara (ATC), Subang.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan daripada Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut) yang mempersoalkan tindakan Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud memaklumkan ada berlaku ‘turn back' sehari selepas kehilangan MH370.


Perkembangan operasi mencari di Australia - 26.3.2014


Misi MH370 ditangguhkan akibat cuaca buruk

|kemaskini: 25 Mac 2014


Cabaran SAR berdepan lautan 'ganas'

|kemaskini: 25 Mac 2014


Ujarnya, ketinggian ombak yang boleh mencecah 40 kaki dengan angin kuat menambah kesukaran mencari serpihan objek yang dikaitkan dengan MH370 yang hilang
{baca lagi klik butang papar ... }




Video terkini MH370 | pesawat di sahkan terhempas di Lautan Hindi

Berita terkini MH370 dilaporkan dan disahkan koordinat terakhir di lautan Hindi



Terbaru: Pesawat MH70 sah 'berakhir' di selatan Lautan Hindi

+ | UPDATED 24 MAC 2014

KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.


{baca lagi klik butang papar ... }


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Jelas Najib, satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut.

"Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini," katanya.

Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

"Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi," katanya.

Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini.

Mh370: India sertai misi carian di Lautan Hindi

| 24.3.2014

{baca lagi klik butang papar ... }


Dua pesawat peninjau maritim jarak jauh India berlepas dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang pagi tadi bagi menyertai misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 di Lautan Hindi.

Pesawat P8-I milik Tentera Laut India dan C-130J Tentera Udara India itu mampu terbang untuk tempoh yang lama selain dilengkapi peralatan elektro optronik dan peralatan penjejak infra merah yang canggih.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur semalam, pesawat P8-I turut dilengkapi radar serta peralatan khas bagi operasi mencari dan menyelamat.

Selepas mendengar taklimat terperinci di Pusat Penyelarasan Penyelamat Aeronautik (ARCC) pada Sabtu, kedua-dua pesawat bertolak ke kawasan pencarian.

Kenyataan itu menyebut kedua-dua pesawat tiba di Kuala Lumpur pada 21 Mac berikutan komitmen Perdana Menteri India Manmohan Singh bagi membantu Malaysia dalam pencarian pesawat MH370.

India menyertai misi pencarian itu sejak 11 Mac lepas di Laut Andaman dan Teluk Benggala dengan menggerakkan lima kapal serta enam pesawat Tentera Laut negara itu selain Pengawal Pantai India dari Markas Andaman dan Nicobarp.


MH370: Pesawat SAR kesan palet kayu, tali pinggang di Lautan Hindi

{baca lagi klik butang papar ... }

Pegawai Australia berkata, sebuah pesawat yang terbabit dalam misi mencari pesawat MH370 mengesan palet kayu bersama tali pinggang atau pengikat dikesan di kawasan terpencil di Lautan Hindi.

Objek itu dikesan oleh pesawat awam yang membantu dalam misi berkenaan semalam.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengesahkan bahawa "objek pertama ketika pencarian secara visual setakat ini'.

"Sebahagian daripada objek itu ialah palet kayu dan sejumlah barangan lain serta tali pinggang berlainan warna di keliling dan tali pengikat berlainan ukuran," kata Penyelaras Operasi pesawat AMSA, Mike Barton. - AFP



MH370: Wanita ketuai Tentera Laut Australia cari pesawat

updated: 22 Mac 2014
{baca lagi klik butang papar ... }



MELBOURNE 22 Mac - Seorang wanita Australia memainkan peranan penting dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac
lalu.

Kapten Allison Norris adalah Pegawai Memerintah kapal kedua terbesar tentera laut Australia, HMAS Success, yang akan tiba di kawasan pencarian pagi Sabtu,
memberitahu News Corp menerusi telefon satelit, beliau dan 220 anak kapal sudah bersedia untuk berdepan apa juga cabaran.

Norris menjangkakan operasi mencari berdepan kesukaran berikutan keadaan cuaca dijangka merosot pada hujung minggu ini dengan keadaan laut bergelora dan
ombak setinggi tiga dan empat atau 2.5 meter dan tiupan angin sederhana.

"Ini tidak menjejaskan keupayaan kami dalam misi mencari," katanya.

Sekiranya menemui sebarang serpihan daripada pesawat hilang itu, anak kapal akan cuba mengambilnya dengan menggunakan bot penyelamat dan mungkin kren,
katanya kepada akhbar itu.

Norris berkata anak kapal sedar akan betapa pentingnya operasi itu dan mereka telah diberikan taklimat mengenai apa yang perlu dicari.

Misi mereka - mencari objek sepanjang 24 meter yang mungkin dapat merungkai misteri kehilangan pesawat itu, katanya.

Norris menyertai tentera laut sejak 1987 sebagai pegawai dan pakar perang.

Beliau merupakan pegawai memerintah kapal frigat HMAS Melbourne sebelum ditugaskan di daratan dan kemudiannya dilantik pegawai memerintah HMAS Success
pada Disember 2012.

Beliau merupakan pegawai eksekutif di Melbourne semasa dikerahkan bertugas di Teluk di bawah operasi "Operation Catalyst" dan pernah berkhidmat di HMAS
Sydney di Timur Tengah.

Pada 2010 beliau disenaraikan sebagai finalis bagi kategori komuniti dan kerajaan bagi bahagian ACT anugerah 'Telstra Business Woman'.

MH370, pesawat Boeing 777-200ER yang dalam penerbangan ke Beijing, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah
berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - BERNAMA


Bayangan operasi pencarian lebih besar?

Update: 21 Mac 2014





MH370: AMSA akui imej satelit 'tidak jelas'



Satelit Australia kesan objek dipercayai MH370

{baca lagi klik butang papar ... }


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata di Canberra pada Khamis bahawa imej satelit telah menunjukkan dua objek yang boleh dikaitkan
kepada pesawat Malaysia yang hilang pada 8 Mac, menurut agensi berita Reuters.

Agensi berita itu memetik Abbot sebagai berkata dalam ucapannya di Parlimen "bahawa maklumat baharu dan kredibel telah diperolehi berhubung misi mencari
... di selatan Lautan Hindi."

"Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah menerima maklumat berdasarkan imej satelit mengenai objek-objek yang mungkin boleh dikaitkan
dengan pencarian," kata Abbot dan menambah pesawat Boeing 777-200ER dalam penerbangan ke kawasan objek-objek ditemui itu.

AMSA berkata ia akan mengadakan taklimat media di Canberra kelak, lapor Rueters.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang kira-kira sejam selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa
KL pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac. Ia dijadual tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.

Pengumuman di Australia dibuat pada hari ke-13 usaha pencarian antarabangsa terhadap pesawat itu yang menurut data satelit, melencong daripada laluan di
Laut China Selatan dan menuju Lautan Hindi.

Kawasan pencarian diperluas meliputi di barat Malaysia, termasuk Lautan Hindi, apabila didapati pesawat telah terbang selama tujuh jam selepas itu.

Usaha pencarian kemudian ditumpukan di dua koridor iaitu koridor utara yang merintangi dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand,
dan koridor selatan dari Indonesia hingga selatan Lautan Hindi. - Bernama


Perkembangan Terkini MH370, 19 Mac 2014

{baca lagi klik butang papar ... }


KUALA LUMPUR - Berikut kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada taklimat media mengenai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 di Sepang, Selangor hari ini:

Kenyataan pengenalan

Pencarian MH370 diteruskan. Seperti yang saya nyatakan dalam sidang akhbar semalam, usaha kini membabitkan masyarakat antarabangsa.

Fokus utama kami kekal operasi mencari dan menyelamat. Kami kini berusaha mengecilkan koridor carian melalui:

- pengumpulan maklumat satelit
- menganalisis data radar
- menambah aset udara, laut serta darat, dan
- menambah bilangan pakar teknikal.

Kami turut mengambil langkah untuk menangani keperluan keluarga pada masa yang sukar ini.


Perkembangan terkini operasi

Saya akan mulakan dengan memberi taklimat berhubung perkembangan terkini operasi.

Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, pencarian MH370 membabitkan cabaran dari segi diplomatik, teknikal dan logistik.

Sehubungan itu, pasukan teknikal utama yang mengendali operasi mencari dan menyelamat dipecah kepada tiga kumpulan:

- satu pasukan diplomatik diketuai Kementerian Luar
- satu pasukan penempatan aset dan logistik diketuai Angkatan Tentera Malaysia
- satu kumpulan teknikal yang mengekalkan kawalan keseluruhan operasi diketuai Jabatan Penerbangan Awam.

Di barisan depan diplomatik, kesemua 26 negara yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat telahpun secara lisan bersetuju membantu operasi ini dan Malaysia secara rasmi sudah memohon kerjasama dari semua negara yang berkaitan.

Sejumlah aset kini hanya menunggu kebenaran diplomatik bagi memulakan operasi.

Sebaik menerima kebenaran rasmi, kami boleh mempercepat penempatan aset di sepanjang koridor carian.

Seperti yang saya nyatakan semalam, meskipun pencarian masih diselaras oleh Malaysia, rakan kita kini mengambil alih operasi di wilayah mereka dan di sektor yang dipersetujui. Kami mengalu-alukan langkah ini dan sekali lagi, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kita atas bantuan serta sokongan mereka yang berterusan.

Saya boleh mengesahkan bahawa kami menerima beberapa data radar namun tidak boleh mendedahkan maklumat yang diperoleh dari negara lain.

Saya merayu kepada semua rakan kita untuk terus secara sukarela memberi sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan dan pencarian MH370.

Mengenai laporan bahawa pesawat itu dilihat di Maldives, saya boleh mengesahkan bahawa panglima angkatan tentera telahpun menghubungi rakan sejawatan beliau di Maldives, yang kemudian mengesahkan bahawa laporan itu adalah tidak benar.


Titik Laluan

Saya sedar tentang spekulasi yang menyatakan bahawa titik laluan ditambah kepada laluan penerbangan pesawat itu. Saya boleh mengesahkan bahawa pesawat itu terbang di laluan normal sehingga ke titik laluan IGARI.

Tiada titik laluan tambahan didokumen di pelan penerbangan MH370 dan ini menggambarkan laluan normal sepanjang perjalanan pesawat itu ke Beijing.


Siasatan Polis

Berhubung siasatan polis, sepertimana yang disahkan oleh ketua polis negara, kes ini diklasifikasi di bawah Seksyen 130C Kanun Keseksaan. Semua penumpang, anak kapal dan kakitangan yang mengendali pesawat sedang disiasat.

Kami berkongsi semua maklumat berkaitan kes ini dengan semua agensi penyiasatan antarabangsa yang memerlukannya.

Kami telahpun menerima laporan berkaitan latar belakang penumpang dari semua negara kecuali Ukraine dan Rusia, yang kedua-dua rakyatnya turut berada dalam pesawat itu. Setakat ini, tiada maklumat yang didapati signifikan berkaitan mana-mana penumpang.

Kepakaran tempatan dan antarabangsa diambil untuk meneliti simulator penerbangan juruterbang terbabit. Beberapa data didapati telahpun dipadam daripada simulator itu dan kerja-kerja forensik untuk mendapatkannya kembali sedang dilakukan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa penumpang, juruterbang dan anak kapal adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Demi keluarga mereka, saya minta agar kita jangan membuat sebarang spekulasi yang boleh menyulitkan lagi keadaan.


Pasukan Peringkat Tinggi

Saya ingin mengumumkan bahawa sebagai tambahan kepada pasukan sedia ada di lapangan, Malaysia kini menghimpun satu pasukan peringkat tinggi yang akan berlepas ke Beijing secepat mungkin.

Pasukan ini akan memberi taklimat dan perkembangan kepada waris berkaitan situasi terkini dan pelan operasi mencari serta menyelamat.

Pasukan itu termasuk wakil dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar, Tentera Udara Diraja Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam dan Malaysia Airlines.

Pasukan itu akan diketuai Leftenan Jeneral Dato' Sri Ackbal Abdul Samad (Komander Operasi Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia), dibantu oleh Ahmad Nizar Zolfakar (Pengarah, Perkhidmatan Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam) serta membabitkan seorang juruterbang kanan pesawat 777.


Kenyataan Penutup

Kami akan berusaha bersungguh-sungguh. Fokus utama kami ialah operasi mencari dan menyelamat. Kami kini melakukan segalanya bagi mengecilkan kedua-dua koridor carian. - Bernama



Sidang akhbar MH370 - 18.3.2014




Di mana MH370 boleh mendarat?

{baca lagi klik butang papar ... }

MAKLUMAT data mendapati pesawat MH370 berhubung enam kali dengan satelit dan yang terakhir direkodkan pada jam 8.11 pagi pada waktu tempatan 8 Mac lalu bukti pesawat itu tidak mengalami masalah teknikal meskipun transporder sudah dimatikan berhampiran sempadan kawalan trafik udara antara Malaysia dan Vietnam.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, berdasarkan data satelit berkenaan, kajian dilakukan pakar bagi menentukan laluan yang digunakan MH370.

Menurutnya, isyarat itu dikesan pada tempoh pesawat hilang daripada titik Igari untuk sempadan kawalan trafik udara Vietnam dan Malaysia dan ‘air turn back’ ke Selat Melaka.

Sidang media semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pesawat berkenaan mempunyai tempoh 30 minit sahaja selepas itu untuk melakukan penerbangan sebelum kehabisan minyak.

Walau bagaimanapun beliau sebelum itu turut menafikan pesawat berkenaan mendarat di Pengkalan Tentera Diego Garcia milik AS di Lautan Hindi.

Jadi ke mana pesawat yang hendak kehabisan minyak boleh melakukan pendaratan cemas?

Seperti yang diketahui umum di kawasan Lautan Hindi cukup luas dan mempunyai banyak pulau-pulau kecil.

Menurut pakar, MH370 boleh mendarat dengan selamat pada landasan pendek yang bukan khas untuk kegunaan pesawat komersial sepertinya.

Jika mendarat dengan kawalan juruterbang di laut, pesawat dianggarkan mengambil masa tiga minit untuk meluncur sebelum terhenti dan terapung sebelum tenggelam jika air memasuki kabin sepenuhnya.

Berbeza dengan sebarang pendaratan di daratan seperti padang pasir, pesawat boleh mengalami banyak kerosakan kerana permukaan tidak rata dan keras yang boleh menyebabkan MH370 melambung atau terhempas di luar kawalan.

Jika teori ini tepat, MH370 yang dilaporkan dikendalikan secara manual oleh seseorang yang mahir di dalam kokpit akan melalui kawasan Kepulauan Andaman selepas isyarat terakhir dipercayai dari pesawat itu dikesan radar Tentera Udara Diraja Malaysia di situ.

Pulau Nicobar yang terletak Lautan Hindi mempunyai tiga landasan kapal terbang tinggal yang sudah tidak digunakan. Salah satu daripadanya adalah Lapangan Terbang Campbell Bay yang terletak 190 kilometer Utara Kepulauan Sumatera.

Selain itu, terdapat sebuah lagi landasan kapal terbang dibina tentera Jepun pada tahun 1942 hingga 1945. Landasan ini kemudiannya diubahsuai dan dipanjangkan sehingga 8,886 kaki oleh Tentera Udara India pada 1967.

Sebuah lagi landasan kapal terbang terletak di Utara antara Pulau Andaman dan Nicobar. Ialah Landasan Kapal Terbang Shibpur yang kini juga sudah tidak lagi digunakan.

Landasan kapal terbang tinggal juga wujud di Pulau Koko yang dikatakan dimiliki oleh tentera Myanmar dan sesetengahnya mengatakan ianya kini di bawah kekuasaan China.

Pilihan terakhir, MH370 juga boleh mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Veer Savarkar atau lebih dikenali sebagai ‘Portblair’ milik Negara India di pulau yang sama yang difahamkan kini dalam proses pengubahsuaian.


MH370: Masih ada harapan

UPDATE: 17 Mac 2014


Video: Pemeriksaan Terakhir Terhadap Juruterbang MH370


MH370 dicari 25 negara

{baca lagi klik butang papar ... }

SEPANG - Gerakan mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masuk hari kesembilan semalam memasuki fasa baharu apabila Malaysia meminta kerjasama 11 buah negara yang terletak di kawasan koridor utara dan selatan bagi membantu negara ini menjejaki pesawat yang hilang secara misteri sejak 8 Mac lalu.

Dengan penambahan 11 buah negara itu, operasi mencari dan menyelamat MH370 membawa 239 penumpang termasuk anak kapal kini bertambah daripada 14 buah negara kepada 25 buah negara semalam.

Negara-negara di koridor utara antaranya melibatkan Pakistan, Laos, Vietnam, Kyrgyztan, Turkmenistan, Uzbekistan dan Kazakhstan manakala bagi koridor selatan pula melibatkan negara Indonesia dan Australia.



Vietnam hentikan operasi mencari MH370



Polis siasat jurutera MH370

{baca lagi klik butang papar ... }



KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat para jurutera pesawat yang mempunyai kaitan tugas dengan kehilangan penerbangan MH370 sebelum pesawat itu berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, Sabtu lepas.

"Sebagai prosedur biasa, polis sedang menyiasat semua anak kapal dan penumpang MH370 serta jurutera," kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengenai operasi SAR, Hishammuddin berkata, pegawai Malaysia sedang meminta bantuan daripada 15 buah negara di dua koridor iaitu Koridor Utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan dan Koridor selatan dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Beliau berkata, negara-negera berkenaan ialah Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, China, Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia, Australia dan Perancis.

"Pegawai Malaysia sedang berbincang dengan semua rakan kongsi cara terbaik untuk menggunakan aset di sepanjang dua koridor tersebut," katanya.

Hishammuddin berkata, perbincangan tersebut termasuk meminta negara-negara berkenaan terus menyediakan bantuan carian pesawat itu seperti data satelit dan analisis, keupayaan carian di darat, data radar serta aset maritim dan udara.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penerbangan MH370 menyimpang daripada laluan asalnya menuju ke Beijing dan kemudian terbang ke arah barat Semenanjung Malaysia sebelum membelok ke arah barat laut.

Komunikasi terakhir pesawat dengan satelit berlaku di satu daripada dua koridor - utara atau selatan.

Berhubung tindakan polis memeriksa rumah juruterbang pesawat MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, 27, di Shah Alam semalam, Hishammuddin berkata, penyiasat sedang memeriksa simulator penerbangan milik Kapten Zaharie di rumahnya.

"Kami memohon orang awam supaya jangan membuat kesimpulan berhubung siasatan polis ini," katanya. - Bernama



H370: 'Air turn back' kuatkan teori rampasan

{baca lagi klik butang papar ... }


SHAH ALAM – Pengesahan pesawat MAS MH370 berpatah balik menguatkan lagi kemungkinan pesawat itu dirampas.

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Datuk Ishak Yeop Hamzah berkata, ia juga berdasarkan lingkungan kawasan pesawat itu boleh pergi, yang
menyimpang daripada laluan asalnya ke Beijing, China setelah komunikasi terakhir dengan satelit pada jam 8.11 pagi, Sabtu minggu lalu.

“Ini bermakna ada seseorang yang berjaya masuk ke dalam kokpit dan menyuruh juruterbang pergi ke destinasi dikehendakinya. Teori rampasan ini dikuatkan
lagi dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa pesawat itu dipandu oleh orang yang arif mengenai penerbangan.

“Individu yang merampas pesawat itu mungkin memberi arahan kepada juruterbang. Ataupun mungkin individu itu sendiri yang membawa pesawat itu,” katanya
kepada Sinar Harian, semalam.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media mengesahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan radar utama merupakan pesawat MH370
yang telah menyimpang dari laluan asalnya.

Berikutan itu, pencarian MH370 kini ditumpukan di dua koridor iaitu Koridor Utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan dan Koridor Selatan
bertumpu dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Mengulas lanjut, Ishak berkata, motif rampasan dan individu yang melakukannya masih samar berikutan banyak faktor boleh dikaitkan sambil tidak menolak
ia dilakukan lebih daripada seorang.

“Mungkin rampasan itu dilakukan kumpulan pengganas yang tidak digazet. Kebiasaannya dalam rampasan pesawat, motifnya untuk meminta wang tebusan.

“Walaupun hingga kini masih tiada tuntutan dibuat, bukan bermakna tidak berlaku rampasan. Ada kemungkinan pesawat tidak mendarat di tempat yang diingini
membuatkan tuntutan tidak dapat dibuat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau lebih cenderung melihat motif peribadi sebagai faktor rampasan pesawat.

Oleh itu, katanya, siasatan teliti terhadap karakter dan latar belakang anak kapal dan penumpang penting bagi mengenal pasti punca rampasan dilakukan.

“Profiling penting kerana mungkin ada penumpang yang sakit jiwa dan sebagainya. Rampasan pesawat bukan mudah, tetapi kalau seseorang itu mengalami gangguan
mental, apa saja dia boleh lakukan,” katanya.


MH370: Rampasan dilakukan secara berkumpulan

{baca lagi klik butang papar ... }


SIDANG media Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam merungkaikan beberapa aspek penting dalam pencarian MH370.

Aspek penting didedahkan adalah pesawat sebelum ini didakwa membuat pusingan balik adalah milik MH370.

Maklumat terbaharu ini menguatkan lagi teori rampasan dibangkitkan ramai pihak.

Namun, jika benar pesawat ini dikawal seseorang bagaimana cara ia dilakukan?

Pesawat Boeing 777 ini bukan sembarangan pesawat, ia adalah pesawat dilengkapi ciri keselamatan yang canggih.

Ini termasuk, pintu menghubungkan kokpit dengan pesawat hanya boleh dibuka dari kokpit.

Sumber enggan namanya didedahkan memberitahu, jika seseorang mahu merampas pesawat, adalah sukar untuknya memasuki kokpit.

Ini kerana, hanya juruterbang dan pembantu juruterbang sahaja yang boleh membuka pintu tersebut.

"Ia sukar dilakukan melainkan mendapatkan bantuan 'orang dalam'. Jika ini berlaku adalah lebih mudah seseorang merampas pesawat," katanya.

Jika seseorang mampu memasuki kokpit pesawat, transponder boleh dimatikan secara manual kerana transponder mudah dikendalikan.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut kerana siasatan masih berjalan.

Apabila ditanya adakah wujud cara lain untuk mengawal pesawat selain dari memasuki kokpit, beliau berkata, terdapat cara lain namun sukar dilakukan.

Jika seseorang mempunyai kemahiran tinggi dalam menggodam, tidak mustahil mampu menggodam sistem pesawat.

Ini kerana, pesawat Boeing 777 mempunyai sistem berkomputer iaitu 'fly by wire system' yang mungkin boleh digodam oleh seseorang yang berkemahiran tinggi.


Fakta penting selepas sidang akhbar Perdana Menteri berkaitan MH370 - 15 Mac 2014

  1. Komunikasi akhir MH370 jam 8.11 pagi Sabtu 8 Mac sebelum ianya hilang,
  2. PM dalam sidang media tergempar mengumumkan kemungkinan seseorang dalam pesawat itu sengaja mengubah haluan penerbangan.
  3. Semua operasi menyelamat di Laut China Selatan diberhentikan
  4. Pencarian diteruskan di dua kawasan koridor Utara dan Koridor Selatan
  5. kemungkinan pesawat berada di koridor utara menghala ke sempadan Khazakstan dan Turkmenistan sebelum menghala ke utara Thailand
  6. Teori kedua, pesawat tersebut sama ada melalui perjalanan ke Indonesia menuju ke Laut Hindi.

Terkini: PM tidak sahkan MH370 dirampas, misi diteruskan ke dua koridor baru

- kemaskini 3.13 PM 15 Mac 2014 {baca lagi klik butang papar ... }
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengesahkan laporan media berhubung pesawat MH370 dirampas dan pencarian pesawat ini sedang memasuki fasa baru ke arah dua koridor baru di utara Malaysia dan satu lagi di selatan negara ini. Koridor utara adalah menuju ke Turkmenistan, Kazakhstan serta utara Thailand manakala koridor selatan ialah di Indonesia dan selatan Lautan Hindi. Perdana menteri berkata demikian pada sidang medianya sebentar tadi. Pada sidang media itu, Najib yang membaca teks tanpa menerima sebarang soalan media, berkata Malaysia akan terus meningkatkan usaha mencari dan berharap maklumat baru yang diperolehi akan membawa kepada satu langkah mendekati penemuan pesawat itu. Najib berkata, komunikasi terakhir MH370 dengan satelit adalah pada 8.11 pagi waktu tempatan Sabtu lalu (hari kehilangan pesawat) di Selat Melaka. Katanya, penyiasatan menunjukkan pergerakan penumpang kapal terbang itu dan hubungan telekomunikasi dibuat dengan sengaja namun beliau menolak ia satu rampasan. – 15 Mac, 2014.

Belum ada bukti MH370 di Lautan Hindi

MH370: Ada beberapa cara transponder dimatikan

{baca lagi klik butang papar ... }
- Pihak berkuasa sedang meneliti empat hingga lima kemungkinan mengenai bagaimana transponder pesawat MH370 boleh dimatikan, kata Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Bercakap dalam sidang media harian mengenai perkembangan terkini berhubung kehilangan pesawat MAS itu hari ini, Hishammuddin berkata antara kemungkinan tersebut ialah akibat letupan, dimatikan secara sengaja atau dalam keadaan dures. "Kami melihat semua kemungkinan, sebab itu saya tidak mahu membuat spekulasi," katanya menjawab soalan sama ada wujud bukti kedua-dua transponder pesawat dimatikan secara sistematik. Ditanya sama ada pihak berkuasa tempatan menerima signal 'pings' atau denyut elektronik daripada pesawat yang boleh membantu siasatan dalam menentukan laluan dan lokasinya, Hishammuddin berkata banyak pegawai tidak bernama membuat pelbagai cadangan. "Kami sedang menyiasat dan meneliti secara mendalam siapa (sumber itu), dari mana dan mengenai apa," katanya. Menurut laporan Wall Street Journal, penerbangan MH370 telah menghantar satu siri 'pings' atau denyut elektronik dengan yang terakhir dihantar dari lokasi di atas permukaan air pada altitud jajap Sementara itu, Hishammuddin turut menyangkal dakwaan pihak berkuasa Malaysia menghalang Rolls-Royce dan Boeing daripada menghebahkan maklumat berkaitan pesawat. "Kami tidak memberi sebarang tekanan kepada mereka. Mereka bekerjasama dengan kami sejak awal," katanya. Rolls-Royce semalam bersetuju dengan penafian kerajaan Malaysia bahawa laporan mengenai pesawat penumpang MAS itu mungkin terbang selama empat jam setelah hilang daripada imbasan radar, sebagai tidak benar. Pesawat ke Beijing dengan 239 penumpang serta anak kapal itu hilang daripada radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac lepas. - Bernama

Pencarian MH370 diperluas ke Lautan Hindi

{baca lagi klik butang papar ... }
PANG - Usaha mencari pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas terus dipergiatkan dan kini diperluaskan sehingga ke Lautan Hindi, meskipun kemungkinan untuk menyelamat semakin tipis. Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menoleh ke belakang dalam usaha pencarian itu supaya perkembangan baharu dapat disampaikan kepada anggota keluarga yang terlibat. "Saya sendiri susah nak berdepan dengan keluarga terlibat, lebih-lebih lagi tiada maklumat dan perkembangan yang boleh dimaklumkan kepada mereka," katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 di sini, hari ini. Ditanya mengapa kawasan pencarian diperluas, Hishammuddin berkata: "Kami tidak menemui pesawat itu dalam kawasan yang diliputi." - Bernama

Satelit terima isyarat ‘ping’ dari pesawat hilang

{baca lagi klik butang papar ... }
Satelit menerima gelombang elektronik daripada pesawat Malaysia Airlines MH370 selepas hilang pada Sabtu namun isyarat itu tidak memberi maklumat ke mana hala tuju pesawat, menurut dua sumber penyiasatan semalam. Namun isyarat 'ping' menunjukkan sistem penyelenggaraan dihidupkan dan bersedia untuk berkomunikasi dengan satelit menunjukkan pesawat dengan 239 penumpang itu masih boleh berkomunikasi selepas gagal dihubungi menara kawalan. Sistem menghantar ping sekali dalam masa sejam, menurut sumber yang mendengar isyarat sedemikian lima atau enam kali. Namun, ping sahaja tidak menjadi bukti pesawat itu berada di udara, menurut sumber. Pencarian antarabangsa menjejaki pesawat itu yang meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Beijing sekurang-kurangnya melibatkan 12 negara. Kapal dan pesawat kini digerakkan menuju ke Teluk Thailand, Laut Andaman dan perairan di sekitar Malaysia. Amerika Syarikat menghantar kapal dan pesawat berkata kawasan pencarian akan diluaskan kepada Lautan Hindi selaras dengan teori pesawat itu menuju ke barat sejam selepas berlepas dari Malaysia. ~14. Mac 2014 sumber

Imejsatelit China adalah berita palsu

)

MH370: 4 jam terbang dari lokasi terakhir?

) )

#MH370: Mayat pula ditemui di perairan Selat Melaka

KUALA LUMPUR: Mayat yang dilaporkan ditemui di perairan Selat Melaka pada awal hari ini disahkan bukan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang sehingga ini masih hilang selepas dikesan kali terakhir pada Sabtu lalu. {baca lagi klik butang papar ... }
Polis Indonesia mengesahkan mayat itu sebagai Abdi Sasmita, 54 tahun, warga Desa Bangun Sari di Deli Serdang, Sumatera Utara. Lelaki itu disahkan seorang pemancing yang hilang di perairan dekat Pantai Kuala Aceh, pada petang Ahad. "Berdasarkan laporan, dia terjatuh setelah kapal yang dia tumpangi bersama tiga orang lainnya dihentam ombak," kata pegawai polis Indonesia seperti dipetik oleh laman web berita Merdeka.com. Mayat itu dibawa ke Pelabuhan Ujung Bom, Tanjung Tiram, Batubara sebelum dipindahkan ke hospital. Sementara itu, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mengesahkan tiada mayat ditemui setakat ini. Menjawab soalan wartawan ketika sidang media itu, Hishammuddin menegaskan tidak ada sebarang mayat ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 setakat ini. "Tidak ada mayat yang boleh dikaitkan dengan penumpang MH370 ditemui setakat ini," katanya dalam sidang media di Hotel Sama-Sama, di sini, hari ini. Hishammuddin juga mengesahkan sebuah objek berupa rakit yang ditemui sekumpulan nelayan di Port Dickson tiada kaitan dengan pesawat MH370. Katanya, sehingga kini tiada sebarang petunjuk yang ditemui boleh dikaitkan dengan pesawat Boeing 777-200 milik MAS. Malah, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga hari ini menegaskan pesawat yang berpatah balik yang dikesan radar tentera Malaysia awal pagi Sabtu tidak dapat disahkan sebagai MH370. Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-mayat-ditemui-di-selat-melaka-bukan-penumpang-pesawat-yang-hilang-31732?cp

Carian diperluas ke lautan Andaman

Carian antarabangsa bagi pesawat MH370 yang hilang sejak sabtu lepas kini diperluakan ke Laut Andaman, beratus-ratus kilometer di barat dari tempat carian asal, lapor AFP. {baca lagi klik butang papar ... }
Astro Awani | Kemas kini: Mac 12, 2014 Carian antarabangsa bagi pesawat MH370 yang hilang sejak sabtu lepas kini diperluakan ke Laut Andaman, beratus-ratus kilometer di barat dari tempat carian asal, lapor AFP. Agensi berita itu melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan perkara berkenaan. "Ya , di atas Sumatera adalah Laut Andaman," kata Azharuddin kepaad AFP apabila diminta mengesahkan sama ada kapal dan pesawat mencari MH370 sudah menuju ke Laut Andaman. Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 masuk hari kelima hari ini selepas Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) hilang awal pagi Sabtu. Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu dijadualkan mendarat di Beijing jam 6.30 pagi Sabtu tetapi dilaporkan hilang dari radar jam 1.30 pagi hari yang sama.

pencarian 11 Mac 2014

Perkembangan terkini pesawat MAS hilang|MH370 KL - Beijing Ia telah dilaporkan hilang atau terhempas di laut china selatan berhampiran Vietnam memetik laporan media Vietnam. Boeing 777-200 Model Pesawat MAS #apakah ini juruterbang tersebut?

Biodata Kapten Pesawat MAS MH370

Nama Penuh: Zaharie Bin Ahmad Shah Warganegara: Malaysia Umur: 53 Tahun Pekerjaan: Kapten Juruterbang Pesawat Boeing 777 Tahun Berkhidmat: 1981 Pengalaman: 18,365 Jam Penerbangan Syarikat Penerbangan: MAS

Ada dua 'penumpang misteri' yang menaiki MH 370

{baca lagi klik butang papar ... }
PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Itali, Luigi Maraldi yang namanya disenaraikan sebagai penumpang menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang pada Sabtu, sebenarnya tidak menaiki pesawat itu. Dilaporkan terdapat individu lain menggunakan pasport Maraldi untuk menaiki pesawat tersebut. Dia bagaimanapun masih hidup dan berada di Thailand untuk bercuti. Pegawai Kementerian Luar Itali, yang tidak mahu dikenali, mengesahkan Maraldi membuat laporan mengenai pasportnya dicuri pada Ogos tahun lalu. Menurut sebuah akhbar Itali, La Repubblica, Maraldi pulang ke negaranya selepas pasportnya dicuri dan telah dikeluarkan pasport yang baharu. Sebaik sahaja mendapat berita mengenai pesawat yang hilang, pegawai kementerian pergi ke rumah ibu bapa Maraldi untuk memaklumkan mengenai perkara itu tetapi sebaliknya diberitahu bahawa anak lelaki mereka masih hidup dan berada di Thailand, dan telah menghubungi ibu bapanya bagi memberitahu dirinya berada dalam keadaan baik. "Saya baik, saya tidak menaiki penerbangan itu," kata Maraldi kepada ibu bapanya. Akhbar harian London, Mirror melaporkan bahawa terdapat penumpang kedua yang berada di dalam penerbangan itu turut menggunakan pasport yang dicuri. Pihak berkuasa Austria mengesahkan bahawa Christan Kozel "selamat dan berada dalam keadaan baik. " Kozel memberitahu akhbar Austria, De Standard bahawa pasportnya telah dicuri ketika berkunjung ke Thailand dua tahun lalu. Bagaimanapun masih tidak jelas mengenai siapa yang menggunakan dua nama tersebut untuk menaiki pesawat MH370.

PASPORT CURI TAMBAH LAGI MISTERI KEHILANGAN PESAWAT MH 370

Menurut laporan agensi berita asing, penumpang Luigi Maraldi, 37, disenaraikan dalam senarai penumpang penerbangan yang dikeluarkan oleh Malaysia Airlines sebelumnya, tetapi akhbar Itali Corriere Della Serra melaporkan dia tidak berada dalam pesawat itu. {baca lagi klik butang papar ... }
Pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan wujud unsur jenayah berikutan laporan bahawa seorang warga Itali yang disenaraikan dalam penerbangan MH370 tidak pernah menaiki pesawat tersebut. Menurut laporan agensi berita asing, penumpang Luigi Maraldi, 37, disenaraikan dalam senarai penumpang penerbangan yang dikeluarkan oleh Malaysia Airlines sebelumnya, tetapi akhbar Itali Corriere Della Serra melaporkan dia tidak berada dalam pesawat itu. Maraldi dilaporkan kehilangan pasportnya di Thailand Ogos lepas. "Mereka (pihak berkuasa Malaysia) mempunyainya (maklumat) tetapi ia masih dalam (semakan)," kata Timbalan Menteri Pengangkutan Aziz Kaprawi kepada pemberita lewat petang ini di sebuah hotel di KLIA. Menurut Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman Penerbangan, pihak berkuasa telah meneliti semua rakaman CCTV penumpang serta bagasi. "Setakat ini kita puas hati," katanya, sambil menambah maklumat lanjut tidak boleh didedahkan atas sebab-sebab keselamatan. MK

Kehilangan MH370 Misteri Bagi Pakar Penerbangan

Thomas, yang terlibat dengan industri penerbangan selama 35 tahun menjangkakan letupan mungkin berpunca daripada sama ada bom pengganas mahupun pintu kargo tercabut dari pesawat. {baca lagi klik butang papar ... }
Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 awal hari ini menimbulkan tanda tanya kepada pakar penerbangan sehingga menimbulkan spekulasi bencana seperti letupan atau kehilangan pintu fret yang menyebabkan kehilangan pesawat, lapor Sydney Morning Herald. Pakat penerbangan dan editor airlineratings.com Geoffrey Thomas berkata kepada akhbar milik Fairfax Media itu beliau menjangkakan pesawat tersebut berkemungkinan terlibat dengan "bencana letupan mengejut" kerana tiada sebarang panggilan kecemasan atau amaran dibuat. Pesawat Boeing 777-200 dengan 239 penumpang putus hubungan dengan pusat kawalan udara Subang dua jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing. Ia merupakan pesawat perkongsian kod antara MAS dengan China Southern Airlines. Thomas, yang terlibat dengan industri penerbangan selama 35 tahun menjangkakan letupan mungkin berpunca daripada sama ada bom pengganas mahupun pintu kargo tercabut dari pesawat. Namun beliau berkata, insiden seperti itu tidak berlaku sejak 1970, dan tidak pernah berlaku masalah teknikal terhadap Boeing 777 sejak ia dilancarkan pada 1995. Akhbar Australian itu memetik Thomas berkata pesawat jenis itu hanya terlibat dalam nahas sekali disebabkan "kesilapan juruterbang" apabila pesawat berkenaan melanggar tembok ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco tahun lalu. Tiga terkorban dan ratusan penumpang mengalami kecederaan. "Industri ini terkejut. Malaysia Airlines mempunyai reputasi yang cukup baik dan rekod cemerlang dengan juruterbangnya, dan Boeing 777 adalah tunjang kepada kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia," katanya. Komentar penerbangan yang lain bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana siasatan lanjut perlu dilakukan. "Ia mempunyai keupayaan yang tinggi, mengagumkan dan kenderaan yang mewah," lapor pakar akademik Central Queensland University, Ron Bishop kepada Fairfax Media. Dianggarkan sekitar 924 "777" sedang beroperasi dengan jumlah terbesar dimiliki syarikat penerbangan Emirates (87). Pesawat berkenaan turut digunakan Virgin. "Ia pesawat yang dipercayai dan terbukti mampu terbang untuk tempoh masa melebihi jutaan jam. Kesemuanya direkodkan dengan pesawat ini, jadi amat mengejutkan mendengar berita ini," kata Professor Bishop. "Perkara seumpama ini sangat, sangat jarang berlaku hari ini – umpama menang loteri." Thomas turut menolak kemungkinan pembantu juruterbang berusia 27 tahun itu kurang pengalaman terbang mengambilkira beliau mempunyai 2,700 jam rekod penerbangan, berbanding 18,000 jam oleh ketua juruterbangnya. "Pembantu juruterbang Malaysia Airlines sangat terlatih dan beliau ini mempunyai pengalaman lebih tujuh tahun dengan syarikat itu," kata Thomas. "Saya tidak percaya ia masalah juruterbang atau pesawat," katanya. Jika pesawat itu ditemui dalam keadaan terhempas, penyiasat akan mensasarkan rakaman data penerbangan, yang mengukur pergerakan enjin, haidraulik dan petunjuk teknikal dan rakaman suara kokpit Untuk mengenalpasti punca nahas, kata akhbar tersebut. Professor Bishop berkata insiden berkenaan berlaku ketika jumlah penumpang yang meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. "Kebiasannya rakyat Australia terbang 2.5 kali setahun, dan peningkatan seperti ini meningkat diseluruh dunia. Jadi prinsipnya sama dengan peningkatan jumlah kereta di jalan raya, secara statistiknya akan berlaku lebih banyak kemalangan," katanya. Pakat komunikasi krisis dan penerbangan, Hamish McLean berkata, dengan lebih 5,000 unit pesawat di udara pada satu-satu masa, kehilangan pesawat adalah perkara yang pelik dan mengejutkan kerana ia dimiliki syarikat penerbangan terkenal. "Ada terdapat banyak kemungkinan yang berlaku, dan masalahnya, ia sekadar spekulasi yang memberi tekanan kepada keluarga mangsa penumpang," katanya.

Dua tompokan tumpahan minyak dikenalpasti di perairan Vietnam

{baca lagi klik butang papar ... }
KUALA LUMPUR: Pesawat Jabatan Penerbangan Awam Vietnam mengesan dua tumpahan minyak yang besar dipercayai daripada pesawat MH370 yang hilang pada Sabtu. Menurut satu kenyataan, tumpahan minyak itu dengan masing-masing sepanjang 10 kilometer (km) dan 15 km, dengan jarak 500 meter, ditemui kira-kira 140 meter dari pulau Tho Cu, selatan Vietnam. Kenyatan itu berkata, tumpahan itu dilihat seperti yang ditinggalkan sebagai bahan api daripada pesawat yang terhempas.

kronologi kehilangan pesawat MH 370

Berikut ialah garis masa yang menjelaskan kronologi peristiwa-peristiwa sekitar kehilangan pesawat MAS MH370 yang sehingga kini belum ditemui. 12:41 am : Penerbangan MAS) MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA). Kapalterbang Boeing 777-200 itu membawa 239 orang, termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal. 38 orang daripadanya dilaporkan adalah rakyat Malaysia. 2:40 am : Menurut MAS, penerbangan MH370 putus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang jam 2.40 pagi ini di ruang udara Vietnam. Pesawat itu belum memasuki ruang udara dikawal oleh China dan tidak membuat hubungan dengan pengawal udara di China. {baca lagi klik butang papar ... }
6:40 am: Penerbangan dijadualkan tiba di Beijing , China. 10:15 am: laporan palsu tentang MH370 penerbangan membuat pendaratan kecemasan di Nanning , China diterbitkan. Didedahkan sebagai tidak benar dalam beberapa minit. 11:55 am : laporan palsu pihak penerbangan Vietnam menerima isyarat pesawat diterbitkan. Laporan dibukti palsu dalam beberapa minit. 12:00 pm : Dalam satu sidang akhbar di Sepang MAS Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Jauhari Yahya berkata, penumpang penerbangan MH370 adalah 14 negara yang berbeza. Penumpang termasuklah 153 warga China, 38 rakyat Malaysia, 12 warga Indonesia, enam warga Australia , tiga Perancis, empat rakyat Amerika , dua dari Ukraine, New Zealand dan Kanada masing-masing setiap satu dari Rusia, Taiwan, Itali, Belanda dan Austria. Penerbangan ini adalah merupakan satu rancangan perkongsian dengan China Southern Airlines. 12.30 pm: MAS berkata tkali terakhir hubungan penerbangan MH370 adalah kira-kira 120 batu nautika timur Kota Baru di Laut China Selatan 12:50 pm : Seorang pegawai penyelamat Vietnam menafikan ada isyarat pesawat Malaysia MH370 yang hilang telah dikesan. 1.00 pm : China menghantar dua kapal penyelamat maritim ke Laut China Selatan untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 yang hilang. 1:10 pm : Kedutaan Besar Malaysia di Beijing mengatur talian hotline bagi semua soalan yang berkaitan dengan kehilangan penerbangan MH370. Semua panggilan yang berkaitan dengan kejadian itu boleh ditujukan kepada +86 10 6532 2531 /2/ 3. 1:30 pm: Satu kenyataan yang disiarkan di laman web rasmi kerajaan Vietnam berkata bahawa pesawat itu terputus hubungan berhampiran ruang udara wilayah Ca Mau apabila ia telah bersiap untuk memindahkan kawalan trafik udara ke Ho Chi Minh. Pemindahan itu tidak berlaku 2:00 pm : Senarai penumpang semua kapalterbang didedahkan kepada umum. ke Ho Chi Minh 2:20 : Laporan tidak Rasmi di media Vietnam dan China telah memetik Tentera Laut Vietnam sebagai berkata penerbangan MH370 berada di Laut China Selatan. Kapal Penyelamat telah dihantar ke kawasan itu, kata Al -Jazeera. 3:00 pm : Tentera Laut Malaysia berkomunikasi dengan rakan sejawatannya dari Vietnam untuk mengesahkan laporan melihat bahawa bangkai penerbangan MH370 dieksani berhampiran sebuah pulau di sebelah selatan negara ini. MAS meminta dua keluarga terdekat setiap penumpang berada di KLIA pada pukul 6 petang hari Sabtu. 4:20 p, : Vietnam kerajaan mengesahkan bahawa penerbangan MH370 hilang di ruang udara Vietnam. Kehilangan Pesawat MAS MH370 Jadi Liputan Utama Portal Berita Seluruh Dunia Kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang sedang dalam perjalanan dari sini ke Beijing awal pagi Sabtu telah mendapat liputan meluas pelbagai agensi berita antarabangsa dan dunia. Ini termasuklah portal berita nombor satu dunia, The Mail Online (www.dailymail.co.uk) yang memaparkan kisah kehilangan pesawat MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu sebagai berita utama mereka. Dengan judul 'Fears 239 may have died in air crash as Boeing 777 mysteriously vanishes over Vietnam two hours after taking off from Malaysia', portal itu membuat laporan dari pelbagai sudut termasuk mendapatkan pandangan beberapa pakar penerbangan dan pesawat. Menurut The Mail Online, jika benarlah pesawat itu hilang, ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Ini termasuklah malapetaka kegagalan enjin, juruterbang cuba mengelak pesawat berkenaan daripada bertembung dengan pesawat lain atau pun mungkin juga disebabkan oleh letupan. Menurut portal berita itu lagi, pesawat MAS MH370 itu tidak mengeluarkan isyarat kecemasan sejurus sebelum ia dilaporkan hilang dari radar. Jika ini benar, ia memberi indikasi yang pesawat itu ditimpa malapetaka tanpa sempat memberi amaran atau isyarat kecemasan. Untuk jarak penerbangan dari Kuala Lumpur-Beijing, kata portal berita itu lagi, pesawat berkenaan mempunyai bahan api yang memadai untuk bertahan tujuh jam di udara tanpa mengisi semula. Tetapi memandangkan ia masih belum ditemui sehingga kini, logik menyatakan yang ia sudah pasti kehabisan bahan api jika tidak mendarat sekarang. Agensi berita China, Xinhua melaporkan yang pesawat itu disahkan hilang sebelum ia sempat memasuki ruang udara China. Ia membawa 153 orang penumpang warga China. Sementara itu portal berita BBC World turut melaporkan tragedi ini sebagai berita utama mereka. Dengan tajuk 'Contact lost with Malaysia Air plane' BBC turut memaparkan laporan sidang akhbar Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berhubung kejadian itu dan juga laporan wartawan mereka secara langsung dari Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing. BBC juga memetik Perdana Menteri China, Li Keqiang sebagai berkata yang beliau telah mengarahkan pihak berkuasa China untuk memulakan prosedur kecemasan dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam dalam usaha mencari dan menyelamat. Sementara itu koresponden BBC di Beijing, John Sudworth melaporkan yang jadual ketibaan pesawat MH370 itu telahpun dikeluarkan dari senarai papan tanda elektronik Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing selepas ia memaparkan status 'Tergendala' sejak beberapa jam yang lalu. Sebuah lagi portal berita popular Britain, The Guardian (www.theguardian.com) turut menjadikan berita kehilangan pesawat MAS itu sebagai berita utamanya dengan judul 'Malaysia Airlines lose contact with plane – live'. Malah portal berita ini membuat kemaskini secara langsung dari Beijing dan juga Malaysia. -mstar -thestar

Pegawai Miti sah dalam pesawat MH370

{baca lagi klik butang papar ... }
LUMPUR - Pegawai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Sofuan Ibrahim, disahkan berada di dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing. Senarai nama terkini yang dikeluarkan Malaysia Airlines mendapati Sofuan merupakan antara 227 penumpang pesawat yang masih belum dikesan itu. Terdahulu, seorang pegawai komunikasi korporat kementerian itu, Rashid Omar berkata Sofuan mempunyai tugasan rasmi di Beijing. "Beliau mempunyai tugasan rasmi dan tidak melaporkan diri hari pertama bertugas di Beijing seperti yang dikhabarkan di media sosial," katanya kepada Bernama. "Itu sahaja maklumat yang boleh saya berikan setakat ini. Sebagai rakan sekerja saya amat mengharapkan beliau selamat," katan

Pesawat MH370 Belum Dapat Dikesan - Hishammuddin

“Kita telah menggerakkan agensi yang berkaitan untuk pergi ke kawasan terakhir dilaporkan hilang (garisan bujur 065515 utara dan 1033443 timur) di perairan Laut China Selatan. Kali terakhir pusat kawasan mendapat isyarat ialah pada 1.30 pagi,” katanya dalam sidang media di sini, Sabtu. {baca lagi klik butang papar ... }
SEPANG: Operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines yang dilapor hilang masih diteruskan dengan setakat ini masih belum ada sebarang tanda penemuan. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan Malaysia juga telah menghubungi pihak berkuasa Vietnam bagi mengesahkan laporan kononnya pesawat itu terhempas ke dalam laut iaitu 246 kilometer dari laut pantai pulau Thoa Chu di Vietnam. Ini berikutan beberapa media asing memetik kononnya pesawat MAS yang membawa 239 penumpang dan 12 krew dilaporkan terhempas ke dalam laut iaitu 246 kilometer dari luar pantai pulau Tho Chu di Vietnam dengan menamakan Laksamana Vietnam Ngo Van Phat mengarahkan pasukannya bergegas ke lokasi berkenaan. “Operasi mengesan dan mencari masih berterusan dan masih belum ada sebarang penemuan atau kesan. Wisma Putra dan Jabatan Penerbangan Awam juga belummenerima sebarang laporan yang mengatakan pesawat tersebut terhempas, semuanya spekulasi. “Kita telah menggerakkan agensi yang berkaitan untuk pergi ke kawasan terakhir dilaporkan hilang (garisan bujur 065515 utara dan 1033443 timur) di perairan Laut China Selatan. Kali terakhir pusat kawasan mendapat isyarat ialah pada 1.30 pagi,” katanya dalam sidang media di sini, Sabtu. Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan juga telah menggerakkantentera udara dan tentera laut termasuk Majlis Keselamatan Negara dan AgensiPenguatkuasaan Maritim Malaysia untuk membantu operasi. Hishammuddin berkata, Malaysia juga sedang bekerjasama dengan negara China, Filipina dan Vietnam dalam operasi mengesan dan mencari yang dipergiatkan ketika ini dan negara terbabit juga belum mempunyai sebarang maklumat atau kesan. “Kita akan lakukan yang terbaik untuk bekerjasama dengan negara-negara terbabit selain menggerakkan agensi kita yang berkaitan. Apa sahaja usaha yang kita boleh lakukan, kita akan lakukan dengan terbaik,” katanya. Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai spekulasi atau membuat spekulasi berhubung insiden itu. Sebuah pusat koordinasi utama sedang beroperasi di Hotel Sama-Sama di sini untuk melaporkan perkembangan terkini setiap dua jam. "MAS juga telah menghubungi 80 peratus keluarga penumpang pesawat termasuk kru untuk memberikan laporan terkini sebagai tanggungjawab menjaga kebajikan dan keperluan anggota keluarga terbabit," katanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mas, Ahmad Jauhari Yahya berkata insiden itu tidak menjejaskan penerbangan MAS yang lain dan semua penerbangan beroperasi seperti biasa. - BERNAMA

MH 370 dilaporkan terjunam ke dalam Laut China Selatan oleh Tentera Vietnam

Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc. {baca lagi klik butang papar ... }
Tentera laut Vietnam mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan, lapor akhbar utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News. Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc. Sementara itu, satu laporan lain menyebut tentera laut China telah mengerahkan dua kapal penyelamatnya ke Laut China Selatan untuk membantu operasi menyelamat. Laporan ini sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini kononnya pesawat Boeing 777-200 itu membuat pendaratan cemas di Wilayah Nanning di selatan China. Agensi berita Xinhua sebelum ini melaporkan pesawat berkenaan tidak memasuki ruang udara China dan tidak membuat sebarang hubungan dengan pusat kawalan trafik negara itu. -astroawani

Anak saudara Ketua Polis Kuching penumpang MH370

"Saya diberitahu oleh kakak saya bahawa anak saudara saya bernama Suhaili Mustafa antara penumpang dalam pesawat MAS yang hilang itu. Mohon doakan semoga semuanya selamat," katanya. {baca lagi klik butang papar ... }
KUCHING: Anak saudara Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad disahkan antara 227 penumpang yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilapor hilang awal hari ini. Roslan ketika dihubungi Bernama berkata perkara itu dimaklumkan oleh kakaknya Rohani yang tinggal di Shah Alam, Selangor. "Saya diberitahu oleh kakak saya bahawa anak saudara saya bernama Suhaili Mustafa antara penumpang dalam pesawat MAS yang hilang itu. Mohon doakan semoga semuanya selamat," katanya. Menurut Roslan beliau akan Kuala Lumpur petang ini bagi menemani kakaknya yang juga ibu tunggal selepas kematian suami. "Saya ambil cuti kecemasan dan balik ke Kuala Lumpur petang ini untuk memberi sokongan moral kepada kakak dan bantu apa yang patut," katanya sambil menambah kakaknya kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menunggu perkembangan terkini. Menurutnya sepanjang ketiadaan beliau tugas akan dipangku oleh Timbalannya Supt Fauzilan Abdul Aziz. Penerbangan MH370 ke Beijing itu yang membawa 227 penumpang dari 14 negara selain 12 anak kapal dilapor terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi tadi ketika berada di antara ruang udara Malaysia dan Vietnam. Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. - Bernama

24 Perwakilan Dari China Sebahagian Penumpang Dalam Pesawat Hilang

PETALING JAYA: Rombongan yang terdiri daripada 24 artis dari China yang menghadiri pameran seni bertemakan "Chinese Dream: Red and Green Painting" di Kuala Lumpur adalah antara 227 penumpang penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang. {baca lagi klik butang papar ... }
Mereka adalah dari bandar-bandar di Beijing dan Shanghai dan wilayah seperti Jiangsu, Shandong, Sichuan dan Xinjiang. Mangsa-mangsa daripada delegasi tersebut yang dikenal pasti termasuk Meng Gaosheng, Wang Linsi dan Liu Rusheng. Berikut adalah sebahagian daripada senarai penumpang yang berada dalam pesawat yang gagal dikesan sehingga kini. Fariq Ab. Hamid Zaharie Ahmad Shah Foong Wai Yueng Goh Sock Lay Gomes Patrick Francis Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan Junaidi Mohd. Kassim Andrew Nari Ng Yar Chien Tan Ser Kuin Tan Size Hiang Wan Syaid Wan Ismail Anne Catherine Daisy (Malaysia) Bai Xiaow (Kanada) Beherey Usage Waitrelos Laurence Arlet (Perancis) Biby Nazli Mohd. Hassim (Malaysia) Brooskii Nikolath (Rusia) Burrows Rooney (Australia) Chan Huan Peen (Malaysia) Chen Weihoing (Malaysia) Chew Kar Mooi (Malaysia) Chng Mei Ling (Malaysia) Chuang Hsiu Ling (Taiwan) Chustrak Oleg (Ukraine) Deineka Sergii (Ukraine) Dina Mohamed Yunus Ramli (Malaysia) Maria Mohamed Yunus Ramli (Malaysia) Gu Naijun (Australia) Guan Hua Jin (Malaysia) Huang Tianjui (China) Hue Pui Heng (Malaysia) Jee Jing Hang (Malaysia) Jiang Cuiyun (China) Koh Tiong Meng (Malaysia) Kolekar Chetana Vinod (Indonesia) Kolekar Vinod Suresh (Indonesia) Kozel Christian (AUT) Lawton Catherine (Aaustralia) Lawton Robert (Australia) Lee Kah Kin (Malaysia) Lee Sew Chu (Malaysia) Li Hongjing (China) Li Yuan (Australia) Lim Por Chua (Malaysia) Lui Ching (China) Maraldi Luigi (Itali) Meng Leoinf (USA) Meng Nicole (USA) Mohamad Sofian Ibrahim (Malaysia) Mohd. Khairul Amril Selamat (Malaysia) Muhammad Drazahan Zamani (Malaysia) Mukherjee Muktesh (Kanada) Muzi Yusop (Malaysia) Ng May Li (Malaysia) Noorida Mohd. Hashim (Malaysia) Nor Fadzillah Mat Rahim (Malaysia) Norliakmar Hamid (Malaysia) Ramlan Safuan (Malaysia) Sharma Chandrika (Indonesia) Shirsath Kranti Pralhad (Indonesia) Sim Keng Wei (Malaysia) Siregar Firman Chandra (IND)
38 rakyat Malaysia dilaporkan dalam penerbangan, selebihnya rakyat negara lain. Penumpang lain ialah dari China (152), Indonesia (12), Australia (6), Perancis (3), Amerika (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1).

Laporan awal MH 370 hilang

SEPANG: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan bahawa penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang pada pukul 2.40 pagi, Sabtu. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, Penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac 2014. {baca lagi klik butang papar ... }
MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. Penerbangan itu membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal. Penumpang-penumpang dalam pesawat tersebut terdiri daripada 13 warganegara berbeza. Sementara itu, 'Reuters' melaporkan bahawa pesawat terputus hubungan radar di ruang udara yang dikawal oleh Vietnam, memetik laporan awal pagi agensi berita China, Xinhua. Pesawat itu dilaporkan tidak memasuki ruang udara yang dikawal oleh China dan tidak berhubung dengan pusat kawalannya. MAS berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mencari pesawat. Syarikat penerbangan itu akan menyediakan kemas kini perkembangan keadaan dari masa ke semasa. Sementara itu, orang ramai boleh menghubungi +603 7884 1234 untuk maklumat lanjut. INFO TAMBAHAN > Pesawat B777 dianggap sebagai ‘permaisuri di langit’ apabila diperkenalkan pada 1997. > MAS telah merancang menggantikan 15 pesawat itu yang dianggap telah berusia menjelang 2018. > MAS belum pernah kehilangan pesawatnya sama ada kerana kemalangan atau dirampas dalam sejarah perkhidmatannya melainkan insiden sebuah pesawatnya meletup di ruang udara Tanjung Kupang, Johor pada 4 Disember 1977 mengorbankan kesemua anak kapal dan penumpang. > Syarikat penerbangan itu mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang termasuk rekod penyelenggaraan pesawat.

Senarai nama anak kapal pesawat #MH370 yang hilang

Berikut adalah senarai nama anak kapal yang dipercayai hilang:
Terdapat 38 rakyat Malaysia dalam pesawat MAS yang hilang itu. Penumpang lain ialah dari China (152), Indonesia (12), Australia (6), Perancis (3), Amerika (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1). Anak-anak kapal yang berada dalam pesawat malang itu dikenal pasti sebagai Zaharie Ahmad Shah, Farid Ab Hamid, Patrick Francis Gomes, Andrew Nari, Goh Sock Lay, Tan Ser Kuin, Wan Swaid Wan Ismail, Junaidi Mohd Kassim, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, Ng Yar Chien, Foong Wai Yueng dan Tan Size Hiang. sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Kalau saintis telah mencoba teknologi mereka dalam pencarian MH370, saya cadangkan khidmat bomoh digunakan bagi membantu pencarian MH370. Bomoh bukannya semua mengamalkan ilmu sirik. Sekarang tibalah pula masanya kita
menggunakan khidmat bomoh di setiap negara.