Sabtu, 24 Oktober 2020

KEPUTUSAN DARURAT

  • Mungkin kalau ada yang berpendapat ahli politik hanya menyusahkan rakyat. Terutama pembangkang yg diketuai oleh DS Anwar Ibrahim. Eloklah baca artikel di bawah.
  • Haramkan semua parti pembangkang. Haramkan dan sumbat semua ahli politik pembangkang dalam pintu besi. NO PEMBANGKANG HABIS CERITA.
  • Kalau tak ada yang membangkang kan senang.
  • Kalau TAK ada rakyat yang membangkang, buat la apa hangpa suka. Sebab tu korea utara dapat 100% undi.
  • PILIHANRAYA KOREA UTARA CECAH 100% MENGUNDI 1 NAMA
  • Tak kisah dari mana pun darjat hangpa. Hangpa ada kuasa. Sapa lagi mau halang hangpa buat apa saja.
  • Tak kalut hangpa nak istihar darurat ka, genjatan politik ka. Tak pening kepala. Tak pening nak runding dan mesyuarat bagai.
  • Profesor kangkung pun tak la menampakkan sangat 'kebodohan' mereka sebab dah tak ada apa nak ulas lagi.
  • Demi kuasa hangpa sanggup buat apa saja. Lebih baik NO PEMBANGKANG!
  • Pemimpin PN bersorak riang ria. PAS lagilah. nak gelak besar tapi kena cover. Maju bersama Islam. Malu orang kata. Tapi apa boleh buat. demi kuasa ...
  • PAS: aku relakan jua walaupun aku tahu keputusan "darurat" untuk ahli politik satu entuk kezaliman tersembunyi. Aku halalkan politik begini untuk terus memegang kuasa.
  • Tak sanggup aku dicop Menteri lapan bulan. malu wei
  • Tahniah PAS. Tahniah PN. Tahniah semua yang terlibat, Hangpa jawab di satu tempat yang hangpa tak boleh buat darurat lagi..

Ahad, 11 Oktober 2020

Bodo, bangang atau fobia hilang kuasa?

Sebut sahaja tentang 13 Oktober 2020. Satu tarikh keramat yang sangat ditakuti oleh gerombolan tebuk atap. Maka COVID - 19 dan memulihkan ekonomi negara menjadi pemanis mulut dan lidah untuk berbicara bohong sepanjang zaman.

PANAS

Diri mula kepanasan. Anwar tidak main-main. Warkah mohon mengadap Agong sudah dicanang. Istana sudah keluarkan kenyataan rasmi. Anwar dibenarkan mengadap 13 Oktober. Maka melompatlah gerombolan tebuk atap.

desprados

Terbaru ada pemimpin gerombolan tebuk atap kata Anwar 'desprados' dan paling bodoh sekali bila kata Anwar guna taktik kotor heret pihak istana.

Mandat rakyat

diberi pada Pakatan Harapan. Bukan UMNO dan PAS. Tidak sama sekali. Itu fakta. Fakta juga menyebut, UMNO dan PAS menempek pada PN untuk membentuk kerajaan. Melalui istana. itu fakta. Dan jika Anwar mengadap Agong untuk mempersembahkan majoriti melalui istana. Di mana yang dikatakan taktik kotor?

Bodoh atau fobia kehilangan kuasa?

Isu ini nampak sama tapi beza. Beza kerana Anwar akan cuba kembalikan hak rakyat. MANDAT RAKYAT melalui pru 14. Tapi PAS bukan melalui pilihanraya. Jadi Menteri melalui "pengkhinatan" beberapa ahli politik. Itu fakta. Jom kita kira, berapa bulan jadi Menteri? 22 bulan dengan 7 bulan mana lebih lama?

KUASA

Inilah yang sangat ditakuti oleh pemimpin tebuk atap. Takut kehilangan kuasa. Kalau benar sayangkan rakyat. Benar-benar pedulikan rakyat kerana covid 19. Lepaskan kuasa secara aman. Muhyiddin tak perlu nak cadang bubar parlimen. Jadi tiada la pilihanraya. Tiadalah risiko covid 19. Anwar kata dia dpat majoriti. Habis cerita. Tapi sayang. bila dah peluk jawatan .. mana mungkin PAS akan sayangkan rakyat. sanggup pilihanraya .. betul kan?

BUBAR PARLIMEN

Percayalah, sikit masa lagi bila Anwar sudah buktikan ahli parlimen yang menyokong beliau. Nada perang covid 19 akan bertukar, tukar kepada bubar parlimen. Siapa sebenarnya pengkhianat rakyat? Yang boleh berfikir, sila berfikir. Yang bodoh biarkan dengan kebodohan itu.