Sejak 1998, anda adalah insan malang.
Merengkok dalam penjara sebanyak 2 kali. Tapi masih ada manusia yang simpati, mempertahankan DS.
Kemudian setelah sekian kali dibebaskan. DS diberi pengampunan. Diberi harapan untuk menggapai awan.
Malang.
Sungguh malang nasibmu.
Tatkala usia semakin merangkak senja. DS ditipu dan dikhianati.
Ditipu dan dikhianati kawan dan lawan.
Sudah suratan. Anda bukan PM ke 8. Mahupun ke 9 pun belum pasti.
Yang berjanji pun tidak seikhlas hati untuk menyerahkan jawatannya pada DS. Kalau ikhlas hati sudah tentu tuan jadi PM ke 8.
Tuan ditipu atau dikhianati. Tapi berserahlah jiwa dan raga pada Yang Esa. Mohon ampun dan kasih sayang dariNya.
Istirehatlah ..
Banyak hikmah diatasnya.
Berehatlah, undur bukan bererti kalah.
Serahkanlah pada anak muda.
Undurlah dalam keadaan bermaruah. Kami lebih mengenali tuan dari mereka.
Bukan MENANG sia-sia. tanpa jiwa yang bermaruah.
Asalnya tidak suka pintu belakang.
Tapi bila kuasa sudah dalam gengaman.
BULAN jatuh ke riba.
Pintu belakang jadi pilihan.
Maruah diletak tepi.
Jawatan Menteri menanti.
Slogan politik matang hanya sandiwara.
Maka berteriaklah riang para sang pendusta.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
5 respon:
Anwar anda bakal PM ke 9, jangan pedulikan kata orang, Anda Bakal PM....
tak habis-habis nak salahkan org lain, inilah budaya PH. cubalah cermin diri pulak (biar ikhlas dan jgn menipu diri sendiri)dan disitu ada jawapannya.
Bukan malang tapi bodoh
Ni bukan malang. Penulis gagal mencapai tahap makrifat perjuangan tulen. Penulis hanya nmpk matlamat perjuangan tanpa melihat kesan2 baik sepanjang perjuangan berlangsung. Istikomah, amanah, prinsip, jati diri, kebijakan menyokong. Ini bkn shj utk anwar, tapi ujian utk tahap kesedaran rakyat, menilai guna akal waras, yg akhirnya adakah kita memilih penyamun asalkn melayu. Atas kedangkalan ini, penulis hanya nampak awar wajar bersara. Sejarah Islam meriwayatkan bhw kebanyakkan pemimpin Islam yg baik mati dibunuh. Jadi, perjuangan tiada persaraan sehingga akhir hayat.

Catat Ulasan