Sabtu, 16 Februari 2019

Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...

Ramai bertanya kepada saya, latar belakang audio YB Nik Mohamad Abduh (UNA) menerima duit UMNO. Tentu sahaja orang yang hadir sahaja yang tahu latar belakangnya dan tujuan pertemuan tersebut.

Banyak dakwaan songsang berkenaan audio tersebut. Ada yang mengaitkan dengan kes Sarawak Report. Padahal kes Sarawak Report hanya masuk mahkamah pada 21 April 2017.

Ada pula dakwaan mengatakan tujuan pertemuan itu adalah untuk menjatuhkan UNA. Ini pun tak betul kerana tujuan pertemuan kami ialah majlis perpisahan untuk bersemuka dengan pemimpin tertinggi PAS Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi (Tantawi) dan YB Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri (Takiri).

Lebih jauh tersasar ada yang kata, ini mesyuarat sulit UNA dan Ustaz Zaharudin Muhammad (UZM) sehingga semua yakin dan menuduh UZM yang rakam dan sebar. Justeru, hanya mereka berdua sahaja dalam pertemuan itu.

Yang sebenarnya, pertemuan malam itu adalah majlis perpisahan team "Lawan Jebon" daripada seluruh Malaysia. Pertemuan malam tu ada 2 dua grup. Satu grup di bawah pengaruh Takiri, dan satu grup lagi di bawah pengaruh UZM.

Waktu itu kami tak tahu, antara sebab team lawan Jebon dibubarkan adalah kerana pendedahan UZM berkenaan beberapa individu yang terlibat mengambil duit UMNO. Hanya malam itu, baru kami tahu sebab pembubaran.

Apa yang kami tahu sebelum itu, team ini dibubarkan dengan tuduhan kami adalah “jemaah dalam jemaah”. Malam itu baru kami tahu isu sebenar, dan barulah kami faham, kami dibubarkan sebab team uzm telah mendedahkan perbuatan 2-3 individu ini berkaitan dengan dedak.

Kami tidak dimaklumkan kedatangan UNA kerana beliau tiada kaitan dengan kami tetapi kebetulan Takiri dan Tantawi datang daripada Parlimen, jadi UNA join sekali. Walaupun beliau tidak diundang, tetapi pengakuan dan emosinya pada malam itu (sebagaimana yang terdapat dalam audio tersebut) sangat mengejutkan kami dan di luar pengetahuan kami.

Kandungan ucapan UNA bukan sesuatu yang kami harapkan kerana perjumpaan tersebut merupakan Majlis Perpisahan dan Pembubaran Team Lawan Jebon.

Biarlah orang nak kata apa tetapi kedatangannya sebenarnya tidak dialu-alukan. Saya bertanya kepada UNA, “Dari mana ni?”. Dia bagi jawapan bahawa dia dari parlimen dan tumpang kereta Takiri untuk datang ke sini.

Kedatangan UNA, tiada apa-apa manfaat untuk kami kerana soalan-soalan yang kami ingin tujukan hanya kepada Tantawi dan Takiri. Bahkan kedatangan UNA merosakkan majlis perpisahan kami apabila UNA melenting dengan memperakui menerima duit UMNO. Apabila UZM membacakan dalil, UNA melenting lagi dan meminta berhenti. UNA turut menyebut kepada UZM, "kalau anta (UZM) tak setuju terima duit UMNO, teruskan. Ana (UNA) dengan pendirian setuju terima duit UMNO". Kemudian, UNA angkat punggung dan keluar dengan amukan. Majlis berakhir dengan kebingungan.

Sekalipun UNA datang tanpa diundang, tetapi kenyataannya itu jelas menunjukkan Tantawi dan Takiri menipu kami bahawa konon-kononnya mereka mempertahankan team ini, tetapi akhirnya UNA sendiri mendedahkan mereka berdua ini termasuk dalang pembubaran. Malah, tujuan kami bertanyakan kepimpinan tertinggi mengenai sebab kami dibubarkan juga tidak kesampaian.

Kesimpulan majlis perpisahan pada malam itu, 3 individu ini suka berbohong dan mereka ambil duit UMNO atas nama parti tetapi tanpa pengetahuan Parti. Disebabkan keborosan mereka mendedak, Sarawak Report terus mendapat nafas menangguhkan dengan bukti bukti perbuatan mereka termasuk audio tersebut. Kesannya ahli terpaksa tampung kos dan akhirnya selesai luar mahkamah akibat tidak mampu menanggung kos untuk jangka panjang.

Dr. Muhammad Atiullah Othman

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

mahligaiseni berkata...

...dan tiga nama itulah antara pemimpin PAS yang selalu bercakap kepada media yang mesra dengan BN/UMNO dengan suara yang berbau LONGKANG. Kepada penyokong PAS yang berhati bersih, fikirkanlah perkara ini dan sedarlah bahawa PAS sekarang sarat dengan kebobrokan. Sahabat, mahukah anda bersama-sama PAS lagi?

Tanpa Nama berkata...

Satu persatu Allah balas perbuatan rti.
Nik abduh jadi juara bohong semalaysia... dia tarik sama hj hadi dan lain2 'ulama' top pas
Tantawi juara pay per view... nun di germany
Takiri dgn q7 utk bini muda....
Bohong dalam pas tak berdosa kerana dia bukan bohong, cuma tak cakap benar.... kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Sekarang Melayu Islam baru kenal The PIG yang sebenarnya. UMNO terpaksa merayu-rayu sokongan kaum bukan Melayu. Kalau boleh jilat lagi cukong yang mereka bela sejak merdeka dulu.

Perpaduan Melayu Islam apa nak diharap kepada mereka? Masing-masing ikut kepala sendiri tak bersatu? Perangai The PIG UMNO takkan berubah. Tamak haloba dan korupsi. Kalau Melayu Islam tak nampak lagi tak tahu nak cakap apa dah.