Isnin, 3 Disember 2018

Isu Tabung Haji: UMNO dan PAS tak nak demo?

Lembaga Tabung Haji didakwa memalsukan buku akaun untuk menunjukkan prestasi yang baik untuk mewajarkan pembayaran dividen 6.25 peratus yang diumumkan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 sudah dibuat, lapor Singapura Straits Times.

Laporan itu memetik pegawai kanan yang berkata Tabung Haji "memalsukan akaun tahun lalu untuk menunjukkan bayaran dividen".

Dividen berjumlah RM2.7 bilion - dari keuntungan bersih RM2.8 bilion - dibayar tiga bulan sebelum PRU pada 9 Mei lalu.

Laporan itu juga menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedang mempertimbangkan cara untuk menguruskan dana simpanan berkenaan.

Turut dinyatakan bahawa sebanyak RM4 bilion kurang daripada RM64 bilion yang dimasukkan pendeposit.

Dakwaan terbaru itu timbul ketika lembaga pengarah Tabung Haji membuat laporan polis terhadap bekas penerajunya dengan mendakwa RM22 juta telah disalahgunakan untuk tujuan politik.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama kebimbangan berhubung dana Tabung Haji timbul.

Pada 2016, pemimpin PKR Rafizi Ramli mendakwa Tabung Haji berdepan kekurangan aset RM3 bilion berbanding jumlah yang didepositkan.

Hai hai hai ..

Ini isu Islam.

Ini isu tentang umat Islam

Ini isu duit rakyat yang menabung untuk buat ibadah Islam

PAS kenapa tak jadi juara?

Ini bukan dari salah satu tuntutan Islam?

Sudah sudahlah wahai PAS.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

6 respon:

Tanpa Nama berkata...

PAS berpendirian selagi tak di dapati bersalah, seseorang itu tidak boleh di hukum. Bagi PAS buat masa ini, tak salah curi duit penabung yang ingin pergi ke Mekah, walaupun siasatan dalaman mendapati ada kehilangan Wang.

Apabila wang dalam akaun penabung lesap samada di curi oleh individu lain, mereka tetap di pertanggung-jawabkan. Pendakwaan ke atas mereka ialah pecan amanah tak kira lah jika duit tersebut di guna kan untuk tujuan kebaikan yang lain. Sama lah seperti kes zahid hamidi.

Boleh percaya ke jika di beri wang royalti kepada PAS di Kelantan? Jika wang royalti untuk pembangunan dan bantuan pendidikan, sebagai contoh, digunakan untuk di salurkan ke Palestin?

Pasti tujuan lain ia lah untuk me mudah kan wang tersebut ke akaun lain.

Tanpa Nama berkata...

Tak perlu Berden.

Jika di dapati benar, PAS desak semua harta penyamun wang penabung TH di rampas.

Penyamun sebenar ia lah UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Satu-satu le. Mula-mula demo ICERD, kemudian baru la demo Tabung haji pulak. Kerajaan PH jangan ingat kami tak ada akal...boleh bodahkan. Semasa BN perintah tak pulak sibuk pasal ICERD...bila PH menang mula cuit isu diskriminasi pulak. Kaum minoriti jangan diberi banyak jawatan...ikut peratusan. Cuma aku hairan dalam banyak-banyak MP pakatan, kenapa dia lantik senator jadi menteri penuh. Lebih-lebih lagi yang sangat berjasa jadi pengkhianat kepada Malaysia di luar negara. APA AGENDA MAHATHIR NI ???????????NAK HANCURKAN MALAYSIA KE?????

Tanpa Nama berkata...

SEMBAHKAN KEPADA YDP AGUNG...
khianat Melayu dan Islam ni..

Tanpa Nama berkata...

lebai malu la nak demo...lobai dah pueh hati...jangan diharap an laie kek lobai...tunjuk je buku budak tadika 1-10 tu, lebai kata betul dah akaun tabunga haji ngan 1mbd ni...

p/s: orang bangang nak jadi hero...senang kena mainnya...bodo punya mahkluk...pastu jangan harap lebai nak ngaku salah...nanti dia kuar statement spin la tu...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah pas. Jangan sokong mungkar macam ph.