Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, untuk melaksanakan perintah berkurung seperti yang dilakukan di negara maju termasuk New Zealand, bukan perkara mudah dan banyak cabaran perlu dilalui.
Katanya, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah kajian yang mendorong remaja berkenaan suka keluar malam sama ada disebabkan institusi keluarga itu sendiri atau tarikan di luar seperti warung atau kedai makan yang beroperasi sehingga 3 pagi.
“Itu yang perlu kita tahu terlebih dahulu dan pada masa sama mungkin kerajaan negeri buat kajian sama ada perlu atau tidak warung beroperasi selepas 11 malam, kecuali bagi lokasi tertentu seperti stesen bas atau klinik serta hospital saja yang dibenarkan.
“Kita tidak boleh mengawal remaja tanpa mengetahui punca mereka berbuat demikian kerana tindakan seperti itu boleh menyebabkan mereka memberontak.
“Cadangan yang dikemukakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Kerajaan Negeri, Mumtaz Md Nawi ketika penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini ada kewajarannya, namun selepas mendapat maklumat cukup hasil kajian, barulah kita melihat langkah seterusnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyampaikan kuliah mingguan di Kota Bharu, hari ini.
Sebelum ini dilaporkan, Mumtaz memaklumkan kerajaan negeri bersedia mengkaji pelaksanaan perintah berkurung terhadap remaja pada waktu malam bagi mengatasi masalah gejala sosial di negeri itu.
Katanya, sekurang-kurangnya tujuh negara sudah menjadikan perintah berkurung terhadap remaja dan kanak-kanak sebahagian daripada peruntukan undang-undang.
“Kebanyakan negara menetapkan remaja berusia 16 tahun ke bawah tidak boleh keluar rumah selepas 10 malam, manakala bagi remaja bawah 18 tahun pula, larangan adalah tidak melebihi 12 tengah malam,” katanya semasa membuat penggulungan Belanjawan 2019 di DUN Kelantan,” katanya.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan