Sabtu, 17 November 2018

Biar PH kalah di DUN Rantau sekali lagi!

Aku mohon berbeza pendapat dengan rakan-rakan Pakatan Harapan mengenai perkembangan PRK DUN Rantau di Negeri Sembilan.

Biarpun Mohamad Hassan telah dibatalkan kemenangannya dalam PRU 14, aku harap kali ini PH tumbang!

Kenapa ..?

Ini untuk 'memberi pengajaran' kepada golongan penesak yang ada dalam PH.

Seperti artikel aku yang terdahulu mengenai GOLONGAN PENDESAK yang ada di dalam Pakatan Harapan, wajarlah kekalahan PH di Rantau menjadi kayu ukur untuk PH muhasabah diri.

Benar, cabaran ekonomi dan kewangan itu bab lain, tetapi menyentuh beberapa perkara yang melibatkan orang melayu. Siapa yang berlapang dada untuk memembenarkannya. ICERD, PTPTN dan isu sensitif melayu dan Islam kenapa buat lebih kurang?

Aku konsisten dengan perjuangan menentang UMNO dan BN dari tahun 2000 lagi. Tapi ini bukan beerti aku akan ikut sahaja PH bulat-bulat.

Yang betul kita kata betul, yang salah kita kata salah. Secara total aku tak kata PH salah 100%, tetapi dimana kematangan politik untuk menarik lebih ramai pengundi melayu melekat dengan PH?

Golongan pendesak yang rasa tinggi diri kena faham. Kemenangan PH tidaklah sekuat mana. Kecenderungan politik melayu akan berubah jika sentimen ini tidak diatasi dengan cara paling cermat.

So sekali lagi, PH kena bekerja keras kalau nak menang di DUN Rantau. Sekali sekala biar PH pula gigit jari.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

14 respon:

Carlos Santiago berkata...

Setuju dengan pendapat tuan. Bagi pengajaran, rakyat boleh mengubah jika gagal mentadbir. Golongan pendesak ni perlu diberi erti pengajaran penyesalan

pemerhati berkata...

setuju,,, kuat sgt ke kumpulan pendesak dlm ph ni?? ramai sgt ke dorg ni?? saya setuju,, kasi kalah kot satu kali,, baru pendesak ni boleh tersedar kot,,,

Unknown berkata...

Setuju bebenor

Unknown berkata...

Pendapat Bodoh.. msk umno laa camtu

5sal berkata...

Setuju sesangat dengan admin....Bagaimana dengan janji yang lain...admin perasan dengan janji kpd para peneroka tanah felda tak tau siapa yang sebenar pengurusi felda la ni...Sebelum ni Tun M banyak turun ketanah peneroka tu la ni tak nampak pun sesekali jengoklah sama depa2 tu...Kesian depa2 tu....

5sal berkata...

Setuju sesangat dengan admin....Bagaimana dengan janji yang lain...admin perasan dengan janji kpd para peneroka tanah felda tak tau siapa yang sebenar pengurusi felda la ni...Sebelum ni Tun M banyak turun ketanah peneroka tu la ni tak nampak pun sesekali jengoklah sama depa2 tu...Kesian depa2 tu....

Mat Karung Guni berkata...

Setuju 100%..... Dalam hal ni, kasi ajaq sikit PH...

I berkata...

Saya tak setuju langsung nak bagi peluang kt puak2 macam ini.... 60 tahun memerintah bukan nak gagah kan Islam dan melayu sebaliknya yang berlaku... biarlah umbi tu terus berkubur...

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju kerana nampak dalam PH sekarang, kumpulan pendesak mencabar Melayu di Tanah Melayu ini.

bot tunda berkata...

aku pun setuju. Golongan pendesak ni wajib di beri pengajaran dan kesedaran, isu yg terkait dgn melayu, islam adalah isu yg teramat sensitif. jgn nnt kerajaan PH tumbang gara2 golongan pendesak yg lupa betapa isu2 begini ibarat menjolok sarang tebuan. Kadang2 aku terpikir, bebal sgt ke golonga pendesak ni nak faham realiti politik malaysia ni.

Tanpa Nama berkata...

Yup...setuju...hantar isyarat kat diorang yang semakin naik lemak...kitorang bukan macam macai pas & bn yang ikut membuta tuli...yang salah tetap kena lawan...

promote kalah di dun rantau...

nurin jazlina berkata...

sy jugak bersetuju dengan pendapat tuan. Harapan saya semoga PH dikalahkan dlm PRK Rantau...Lebih baik hilang 1 kerusi utk muhasabah diri daripada PH hilang kerajaan pada GE15.

mahligaiseni berkata...

Bukan kali ini, tuan. DUN Rantau buka wadah percubaan. Ingat, kes DUN Rantau ini kes penganiayaan ke atas Dr. Streram dan kita perlu melihat perkara ini melebihi aspek "pengajaran" yang tuan katakan itu. Harap maaf, saya berbeza pandangan dengan tuan kali ini. Sungguhpun begitu, kita tetap sahabat.

Tanpa Nama berkata...

betui ka ada pendesak yg kuat sgt atau hanya omongan... yg duk mainkan sentimen adalah umno dan pas... mereka yg terlebih-lebih...