Tertuduh yang juga Ahli Parlimen Arau berusia 67 tahun itu mengangguk faham setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Johari Hassan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Shahidan didakwa melakukan amang seksual dengan menyentuh tangan hingga ke bahu seorang kanak-kanak berusia 15 tahun dalam sebuah kereta Toyota Harrier di tepi jalan perkarangan Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar pada jam 11.30 malam, 20 Oktober lalu.
Oleh itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak lebih dari 10 tahun serta sebatan.
Tertuduh dalam rayuannya meminta pihak mahkamah menarik balik notis waran tangkap ke atasnya memandangkan dia tidak pernah diberikan notis untuk hadir ke mahkamah pada 9 November lalu.
Malah, dalam rayuannya juga dia berkata, pada tarikh dia dikehendaki hadir ke mahkamah, dia masih berada di Makkah bagi menunaikan ibadat umrah.
SHAHIDAN hadir di Mahkamah Sesyen atas kes pertuduhan cabul gadis bawah umur dan dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM25,000 dengan dua penjamin. -
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Thalia Rohana Abd Latiff, Zuhair Ahmad Zakwan dan Syed Muhammad Anwar Syed Lokman.
Mohd Nordin pula dalam hujahannya memohon mahkamah supaya menahan pasport milik tertuduh bagi memastikan Shahidan tidak melarikan diri ke luar negara semasa perbicaraan berlangsung.
Selain itu, pihak pendakwaan juga memohon mahkamah supaya tertuduh tidak boleh menghampiri atau menghubungi mangsa sepanjang perbicaraan berlangsung selain meminta mahkamah mengenakan jaminan yang tinggi kepada tertuduh.
Sementara itu, Thalia Rohana yang mengetuai barisan peguam yang mewakili Shahidan dalam hujahan balasnya pula berkata, adalah tidak wajar bagi mahkamah menahan pasport tertuduh memandangkan tertuduh adalah ketua delegasi dalam parlimen yang harus ke luar negara bagi memenuhi jemputan penyelesaian beberapa isu.
Selain itu, tertuduh yang juga pernah menjadi Menteri Besar Perlis sering memberikan kerjasama tidak berbelah bagi kepada polis ketika siasatan dilakukan.
Malah, sebagai anak jati Perlis yang menetap di negeri itu adalah tidak relevan untuk tertuduh yang diletakkan sebagai ‘flight risk’ sebagai satu cubaannya untuk melarikan diri ketika perbicaraan dilakukan.
Thalia Rohana memberi jaminan bahawa anak guamnya akan hadir dalam setiap perbicaraan yang berlangsung.
Mahkamah kemudian menetapkan RM25,000 sebagai bon jaminan dengan dua penjamin kepada tertuduh dan kes akan disebut semula pada 8 Januari depan.
Anak dan menantu tertuduh, Ameer Shafiq Shahidan dan Muhamad Lukman Abdul Rashid bertindak sebagai penjamin bagi tertuduh.
Sementara itu, perkarangan mahkamah dipenuhi dengan penyokong Shahidan yang ingin memberi sokongan kepada pemimpin berkenaan serta mengikuti prosiding kes berkenaan.
Malah, Shahidan tiba di perkarangan mahkamah jam 8.20 pagi sambil ditemani isterinya, Datin Seri Shamsiah Md Yassin serta ahli keluarganya yang lain.
Laluan di hadapan kompleks mahkamah turut dikawal oleh anggota trafik bertugas.
.. Najib dalam serangan balas dalam facebook banyak mempertahankan dirinya ketika memerintah Malaysia.
Antara kata dia 1MDB hanyalah modal politik PH untuk menjatuhkan BN dan dirinya.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan