Ia apabila Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menggunakan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes itu sebagai rujukan bagi menolak saman Tan Sri Musa Aman untuk mendapatkan pengisytiharan sebagai ketua menteri yang sah.
Menurut Bernama, Hakim Datuk Yew Jen Kie berkata berdasarkan keputusan kes Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menentang Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, jelas apabila Kabinet Sabah termasuk ketua menteri dilihat melepaskan jawatan, ia membuka jalan untuk Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin melantik Shafie sebagai ketua menteri.
Beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan untuk kes di Perak menunjukkan penentuan majoriti ADUN yang menyokong ketua menteri tidak semestinya ditentukan menerusi undi tidak percaya dalam dewan undangan negeri (DUN) tetapi boleh dibuat di luar dewan.
"Pada 11 Mei 2018, defendan pertama (Juhar) menerima enam pengisytiharan berkanun yang disahkan enam ADUN BN, bagi mengisytiharkan sokongan kepada defendan kedua (Shafie) untuk dilantik sebagai ketua menteri.
"Sama ada pelantikan defendan kedua (Shafie) tidak mengikut perlembagaan, tidak sah dan terbatal, adalah tidak," katanya ketika menyampaikan ringkasan penghakiman, seperti dipetik.
Krisis di Perak bermula apabila empat wakil Pakatan Rakyat ketika itu keluar daripada kerajaan negeri.
Pada 4 Februari 2009, Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) mengisytiharkan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN, manakala Datuk Nasaruddin Hashim - ketika itu baru saja menyertai PKR - kembali bersama BN.
Seminggu kemudian, Nizar kemudian mengambil tindakan undang-undang dengan memohon pengisytiharan mahkamah bahawa beliau adalah menteri besar yang sah.
Selepas berlanjutan selama kira-kira setahun, Mahkamah Persekutuan pada Februari 2010 mengisytiharkan Zambry sebagai menteri besar.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
semua orang kenal siapa Jamaludin Radzi & Osman Jailu tu ... dan begitu juga si Nyonya Hee Yit Foong (the bad breath) yang tak tau apa-apa tentang tugas dan tanggungjawab dia manakala si Nasaruddin Hashim tu bapak segala munafik dan dosa dia ditanggung bersama oleh orang-orang Bota yang memilih dia menjadi wakil rakyat dulu
Catat Ulasan