Selasa, 16 Oktober 2018

Teksi atau Grab, anda pilih?

Satu lagi syarikat teksi menyuarakan bantahan terhadap cadangan Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua untuk menjadikan Grab sebagai pengganti perkhidmatan bas pengantara di stesen MRT dan LRT.
Presiden Pertubuhan Pemandu Dan Pengusaha Teksi/Limosin Dan Kereta Sewa Malaysia (Pertekma), Mohd Syahrir Abd Aziz mempersoalkan tujuan Pua berbincang hanya dengan Grab.
Sedangkan katanya, teksi dan syarikat e-hailing lain turut menyediakan perkhidmatan di stesen-stesen MRT dan LRT.
"Banyak lagi syarikat e-hailing di negara ini, kenapa nak buat hanya dengan Grab?
"Jangan ingat dia (Grab) ada duit, dia boleh buat segala-galanya. Itu zaman kerajaan lama, ini kan zaman kerajaan baharu, takkan masih begitu?
"Sebab itulah semua orang (pemandu teksi) marah. Sebab itulah pemandu teksi hendak berdemo," katanya kepadaMalaysiakini, hari ini.
Esok satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan di hadapan bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya yang didakwa akan dihadiri lebih 3,000 pemandu teksi bagi menyatakan bantahan terhadap Pua.
Perhimpunan itu dianjurkan penasihat syarikat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail yang turut memberi amaran akan menganjurkan perhimpunan kedua di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan ketiga di hadapan rumah Pua seandainya perbincangan menemui jalan buntu.
Bagaimanapun Syahrir berkata beliau berpegang kepada pendirian bahawa demonstrasi bukanlah jalan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut.
"Kami di Pertekma, dari dulu kami tak pernah buat demo. Kami tak percaya bahawa dengan berpiket dan melaung-laung di jalanan dapat menyelesaikan masalah.
"Kenapa nak susahkan orang lain? Ia hanya akan buatkan orang lagi marah pada pemandu teksi, sedangkan kami kena cari makan. Saya sokong bantahan terhadap Pua, tapi saya tak menggalakkan demostrasi," tambahnya.
Di bawah Kementerian Pengangkutan
Beliau turut menegaskan urusan pengangkutan awam seperti MRT dan LRT adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan, bukannya Kementerian Kewangan.
"Mungkin juga Pua hanya bercakap ikut suka dia, tetapi nanti yang buat keputusan akhir tetap menteri pengangkutan (Anthony Loke)," katanya lagi.
video
video

Main
Tukar Kedudukan
-0:31Bisu
Tetapan Visual Tambahan
HD
Masuk Skrin Penuh
Buka dalam tab baru
What is Malaysiakini to you?
Dikirim oleh Malaysiakini
41,417 Paparan
app-facebook
Mainkan Video
Ditanya penggunaan aplikasi e-hailing bagi pemandu teksi, Syahrir memberitahu Pertekma tidak menolak cadangan tersebut, malah sedang di fasa akhir dalam membangunkan aplikasi e-hailing sendiri buat pemandu teksi.
"Kami telah meterai perjanjian persefahaman dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) untuk membangunkan aplikasi itu bersama-sama.
"Insya Allah hujung bulan ini akan saya dedahkan, tetapi kami dah buat pelancaran tempoh hari," tambahnya.
49 KOMEN
'Kalau Tony Pua jantan, turun berdepan demo kami esok'
Najib: Ada pemandu teksi minta maaf pada saya
Blue Taxi mahu anjur demo bantah k'jaan promosi Grab
click xai=AKAOjsvms2KZUWe0A98c…
You Might Also Like
Meet the Cheap Drone with HD Camera, Taking Malaysia By Storm.
breakthroughtrend.com
This Cheap Drone Is The Most Amazing Invention In Malaysia, 2018
simplediscountfinder.com
World’s Most Expensive Home Hits Market for €1 Billion
Mansion Global
Leonardo DiCaprio Buys Malibu Beachfront Home from one of Trump’s Cabinet Picks
Mansion Global
Free delivery for purchases more than RM100 with Guardian
Free delivery for purchases more than RM100 with Guardian
Saleduck

Ben Carson Snaps up D.C.-Area Home for a Discount
Mansion Global
Who Needs Air Conditioning When You Have This Smart Device
Air Cooler
Mourinho at United: If he's not winning, what's he good for?
ESPN Soccer
Cristiano Ronaldo returns on the cover of FIFA 19 -- and is joined by Neymar
ESPN Soccer
Recommended byoutbrain.com
49 komen
Susun mengikut
Teratas

nur.adha
Nur Adha
Salam,
"Taxi & Grab."
Siapa menentukan seseorang nak duduk taxi atau grab?
Adakah Tony P?
Tanya 10 orang mengapa tak duduk taxi duduk grab,
Kalian teka apa jawapan orang bagi.
Periuk nasi tak mahu jaga baik2,
Lepas itu salahkan orang.
SukaBalas291j
saumin
Lee Sau Min
Betul. Sya balik2 kena tipu. Blk2 pura2 tanya ikut jln mana. Lepas tu mnta tambah bayaran.
SukaBalas21j
100012999211124
Jebon Harbi
Dari KLIA & KL Sentral sepatutnya guna sistem kupon seperti biasa. Guna sistem kupon boleh menipu ke? Guna e-hailing ambil penumpang di KLIA menyesakkan airport aje. Setakat hantar aje ok la. Dulu2 teksi bermeter cuma boleh hantar penumpang ke airport sebab nak jaga kebajikan teksi airport. Kesian pemandu2 teksi beratur panjang2 nak cari makan, tiba2 aje teksi sapu potong queue ambil penumpang. Bukan salah pelanggan nak tambang yang termurah tapi kerajaan kena lah adil & saksama & Grab pun bukannya selalu murah.
SukaBalas31j
feedback app_id=120753558639&c…
Emir Khairil Ahmad
Teksi sembelih passenger. Harga ikut suka mak bapak dia je. Jangan salahkan orang lain tapi salahkan diri sendiri.
SukaBalas31j
Show 4 more replies in this thread
Nantha
Solar Heater
Cancel lesen company tersebut. Ini Bukan cara. grab is upgraded transport. If taxi services do the same of course he can servive. But what is the real story??? Worst. Taxi drivers, taxi vehicles all worst. Ini masalah company tersebut. Noting with government .
SukaBalas346m
100007762154339
Albert Disosa
Ini pengalaman saya sendiri, bila panggil teksi banyak alasan yg diberi ,jln sesak sekiranya pergi semasa balik tak ada penumpang. Biasanya alasan yg diberi hampir kebanyakan pemandu teksi sama, sejak tu senang panggil grab dtg depan rumah hantar pun sama. Terpulang pada individu mana yg nak dipilih tak ada, paksaan. 👌👍
SukaBalas151j
100022018204159
Abu Amir
sokong 100%, penumpang yg tentukan nak naik apa? Org yg naik ni bukan kaya-raya dan asyik kena sembelih dgn teksi aje. Ada meter kenapa tak guna?
SukaBalas81j
razziarmansur
Kang Razzi Armansur
Betul. "Balik kosong." "Sana jammed" "Tak payah meter." Sekarang bila Grab dah maju, meroyan pulak
SukaBalas91j
feedback app_id=120753558639&c…
Wan Ahmad Jailani
Selagi pemandu teksi bersikap sambil lewa tentang kepuasan pelanggan, selagi tu demand on you guys makin menurun. Kualiti kereta yg hampir ranap, tp charge premium mcm naik keta usia 2, 3 tahun.. tu x campur lg dgn menipu charge.. belum kira tipu pelancong asing lg..
SukaBalas101j
can.bee
Can Bee
Kat Msia tiada kejujuran dan keikhlasan lagi itu puncanya penyakit tu turun ke satu pihak ke satu pihak.
SukaBalas11j
saumin
Lee Sau Min
Pemandu teksi byk menipu. Pura2 tanya penumpang tanya d mana tmpat yg d tuju. Klu penumpang tak tau, pura2 pusing2 cari tmpt. Lepas tu mnta tambah bayaran. Baik naik grab, dia terus hantar tmpt yg d tuju.
SukaBalas51j
Dmas969
Mohd Asni
Dri rumah t.rinting ke senai airport teksi antara rm 60-rm 75..grab rm38..agak2 mau pilih yg mana..
SukaBalas41j
kudingking
Kudingking Lumeeng
Mohd Asni ..... Klu aku ada rm2.6b pun aku pilih grab rm38 😂😂😂
SukaBalas131m
hmuz
Hmuz Apai
Jgn layan t3ksi ni...60 tahun m3nipu plangan..dah ada grab gelabah skrg..
Toksah dok layan..3000 je tu...pengundi umno je tak jejas kan PRU...
SukaBalas41j
mohd.abdullah
Mohd Abdullah
aku setuju sangat
SukaBalas141m
feedback app_id=120753558639&c…
Amir Ds
teksi ni jika pengguna tahan ditepi jalan susah nak berhenti,10 yg lalu sebuah yg berhenti,sudah berhenti tak mau pergi destinasi yg diminta sbb alasan jem.bila malam kena tambang lebih,meter rm30 bayar rm50..teksi salah jalan,penumpang kena bayar,sudah jalan jauh baru tanya mau pegi mana,bayar lagi..adanya grab mudah,col saja,tunggu sampai terus hantar destinasi tambang tetap sama..semua ini salah driver teksi sendiri,dulu bolehlah sbb pengguna tiada pilihan..
SukaBalas41j
azahar.syed
Syed Azahar
Jgn salah drebar teksi. Salahkan sykt teksi, tekan hidup pemandu teksi. Haram jadah ni semua dapat berpuluh dan beratus permit teksi untuk parti haram jadah bn.
SukaBalas2m
dewpa
Omkara Ruthra Sweetie
Nak demo demo lah you siapa nak bagi amaran pada menteri teksi kan banyak sekarang ubah perangai dulu
SukaBalas51j
azahar.syed
Syed Azahar
Hapuskan permit syarikat dan keluarkan permit persendirian. Satu permit rm100 setahun tapi di caj rm600 sebulan oleh syarikat.
SukaBalas1m
johari.shamsuddin
Johari Shamsuddin
..aku x kisah nak demo apa ke sbb dah mcm jd trend di malaysia..jgn lupa jemput maharaja demo..lokman dan permaisurinya..ellie..jamal jamban mgkn dah ke dalam..
SukaBalas251m
cassidychang
Cassidy Chang Han Boon
Memang betul masaalah perangai tak maju...
SukaBalas136m
barath
Ryan Radz
Wise choice..who is tony pua..just PA je..bkn menteri kewangan, PM atau menteri pengangkutan...bravo...nail it brader..i sokong pendirian anda..and i admire logic anda akhirnya...

Usah demo..tapi bila menteri berkenaan kuar statement ni jgn gentar turun mempertahankan hak anda..yg tu mmg wajib dibuat..

Setakat ni cukup memyuarakan protest mengunakna kuasa media..salute.
SukaBalas137m
Load 10 more comments
Plugin Komen Facebook
447626
SHARES
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email
Addthis

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: