Rabu, 17 Oktober 2018

Siapa ahli parlimen yang 'kantoi' merokok dalam parlimen?

Seorang ahli Parlimen merupakan antara lapan individu yang menerima kompaun kesalahan merokok selepas bangunan Parlimen diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

BAHAGIAN Penguatkuasa Kementerian Kesihatan melakukan rondaan di sekitar Dewan Rakyat bagi memastikan Ahli Parlimen dan orang ramai mematuhi larangan merokok di Bangunan Parlimen, hari ini. - UTUSAN ONLINE/SAIFUL BAHARI ASHARI

Ketua Sektor Kawalan Tembakau Kementerian Kesihatan, Dr. Ariana Hassan berkata, pihaknya melaksanakan pemantauan ketat di tiga kawasan dalam bangunan Parlimen iaitu ruang telaga udara, tempat rehat ahli Dewan Rakyat dan kafeteria.

“Semalam merupakan hari pertama kita keluarkan lapan kompaun kesalahan, pagi ini belum ada lagi kes.

“Kami pantau di tiga zon merokok sepanjang Parlimen bersidang,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Menurutnya, warta peraturan tersebut berkuat kuasa semalam.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: