Ahad, 7 Oktober 2018

Senjata makan tuan

Setelah 9 Mei, kerajaan PH mengamalkan prinsip rakyat bebas bersuara. Media diberi kebebasan untuk melaporkan apa sahaja selagi tidak melanggar undang-undang. Media tidak terkongkong seperti dahulu harus menunggu 'wahyu' dari kerajaan memerintah. Malah kerajaan ttelah memberi ruang yang secukupnya kepada pembangkang untuk keluar di dalam media arus perdana.

Tidak seperti UMNO yang mengamalkan amalan kuku besi, mencantas dan tidak memberi ruang kepada suara pembangkang. Kelakar pulak kalau diimbas zaman PH jadi pembangkang dulu.

Itupun UMNO dan PAS masih tidak bersyukur. Jika hendak dibandingkan dengan akhbar Malaysia Kini dengan Harakah Daily. Rasanya Malaysia Kini lebih demokratik kerana memberi peluang rakyat untuk mengulas di dalam ruangan komen. Tengok Harakah Daily. Hahahahaha. Inilah kebebasan suara ala PAS.

Semenjak dari itu juga kita lihat pembangkang sekarang telah menggunakan kesempatan untuk memfitnah kerajaan. Terbaru media The Star telah memutar belit kenyataan Mujahid Rawa. Lokman Noor Adam, AMT UMNO telah cuba memfitnah Anwar Ibrahim dan banyak lagi untuk kita perincikan satu persatu..

Untuk kerajaan PH. Bukankah senjata lama yang dicipta oleh UMNO / BN masih wujud? Gunakan sahaja Akta Berita Tidak Benar ke atas mereka.

Biar mereka tahu Akta yang mereka gubal itu bagus untuk mereka.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

mahligaiseni berkata...

Lokman Noor Adam (bukannya Lukman Hakim. Heheee).

bunbinban berkata...

Ada sesuatu yg bakal meletup di hari2 akhir berkempen. Ibarat silap mata. Teruja tapi itulah politik melayu. Kamu tak akan pasti siapa lawan siapa kawan. Tapi aku tetap berharap ianya hanya sekadar kabar angin. Samada ianya menjatuhkan atau melonjakkan lagi anwar ibrahim.

tajnur berkata...

Bukan saja media dan cybertrooper bersepah masih dikuasai oleh BN, malah kakitangan kerajaan dan pekerja kontrak yang hendak diserapkan ke jawatan tetap oleh kerajaan PH masih hutang nyawa pada BN..