Selasa, 30 Oktober 2018

Rakyat Kelantan tak rasa terhina ke dengan pendedahan ketua pembangkang DUN Kelantan?

DUN KELANTAN | Antara sedih dan malu, Ketua Pembangkang Datuk Md Alwi Che Ahmad nampaknya terpaksa pasrah apabila melihat bagaimana sesetengah penduduk Kelantan menjadikan aktiviti pesawat udara di lapangan terbang negeri itu sebagai hiburan mereka.

Kata Md Alwi tahap pembangunan pusat-pusat rekreasi di Kelantan pada ketika ini sangat menyedihkan.

Ketika bangkit mengemukakan soalan tambahan hari ini beliau menyatakan, tidak ada negeri di dunia ini menjadikan kawasan lapangan terbang sebagai tempat 'hiburan' seperti di Kelantan.

"Kalau kita mengembara ke seluruh dunia, semua bandar ada taman.

"Contohnya di London, New York, Kuala Lumpur pun ada taman-taman, dan ini perkara yang amat diperlukan oleh penduduk.

"Tetapi apabila datang ke Kelantan saya kadang-kadang sedih, kadang-kadang malu pun ada, tapi nak buat tak mampu," katanya.

ADUN Kok Lanas itu mendakwa ketika ini masih ada penduduk di Kelantan "pergi berhibur" bersama anggota keluarga di sekitar lapangan terbang.

Boleh berehat lepas pencen

"Masih ada (rakyat) petang-petang (bawa) keluarga pergi berhibur di lapangan terbang, tengok kapal terbang turun, kapal terbang naik.

"Tidak ada dah dalam dunia ini penduduk mana-mana negeri yang bawa keluarga tengok kapal terbang turun dan naik," katanya.

Md Alwi berkata demikian pada sesi soal jawab mengenai belanjawan negeri itu.

Terdahulu Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob menjelaskan Kelantan kini menumpukan usaha meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan kehijauan kawasan bandar dan luar bandarnya.

"Kita berusaha untuk menanam pokok-pokok, itulah antara keutamaan," katanya.

Sementara itu Md Alwi yang berkata, pihaknya mengalu-alukan hasrat kerajaan negeri sekali gus berharap lebih banyak taman rekreasi diwujudkan di negeri itu.

Katanya, ia akan menjadi destinasi rakyat untuk beriadah berbanding lapangan terbang.

"Tetapi apa nak buat itulah taman yang besar dan yang ada boleh dilihat.

"Saya mengalu-alukan rancangan kerajaan negeri dan kalau bolehlah, di Kota Bharu ada sebuah taman yang bagus boleh bawa anak-anak.

*ketua pembangkang DUN Kelantan ni orang BN. Orang UMNO yang PAS nak bekerjasama sekarang. Jika dibaca dari ulasan di atas memang seolah - olah menhina. Lebih teruk dari pendedahan Lim Guan Eng Nak tengok apa respon pemimpin PAS.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

Rakyat kelantan dan pas sama2 biol. Mrk msg2 melengkapkan antara satu sama lain. Marriage made in heaven.....ha ha hadi

Tanpa Nama berkata...

aku sebagi orang bukan kelantan tetapi selalu mempunyai urusan di Kota Bharu, Machang, Ketereh sampai ke Tumpat pun terasa sedih (atpi tak rasa malu) sebab biarlah keadaan sederhana kalau nak dibandingkan daripada tempat-tempat yang nampak mewah dan gah tapi akhirnya terbiar dan menjadi sesuatu yang mendatangkan pembaziran seperti beberapa Taman Rekreasi yang ada dinegeri lain.
Sedikit sebanyak kesempitan ekonomi negeri kelantan tu rasanya ada hubung kait dengan sekatan peruntukan yang dibuat oleh BN sejak Zaman Mahathir dulu dan kami rakyat biasa pun tahu bagaimana penindasan dan ketidakadilan pihak Kerajaan Pusat kepada negeri pembangkang. (ini satu fakta yang pastinya mahathir tak mampu menafikan )
Sumber hasil bahan petroleum milik Negeri Kelantan pun tidak di pulangkan secara adil dan tentunya ketua Pembangkang Negeri Kelantan pun lebih tahu hal ni atau adakah Ketua Pembangkang ni menjadi buta mata hati dan telinga bila bersama mahathir dan tak nampak hakikat sebenar

Tanpa Nama berkata...

kami dinegeri lain pun terasa terhina seperti mana negeri kelantan yang ditindas sejak Kerajaan PAS memerintah kelantan dulu dan kami tahu Dendam Mahathir pada kelantan macamana busuknya. Kitorang yang bukan rakyat kelantan pun tahu bagaimana hasil petroleum kelantan dan negeri pembangkang di Semenanjung begitu juga negeri Sabah dan Serawak yang di kaut habis oleh Kerajaan Pusat BN sejak zaman Mahathir menjadi PM dulu. Allah maha mengetahui dan malaikat sentiasa mencatit perilaku kezaliman mahathir dan Kerajaan BN ke atas pihak yang tidak mahu menjadi barua dia ( kalau mahathir nak menafikan pun itu bukan oerkara yang mengejutkan sebab mahathir sentiasa lupa akan tingkah laku dan perangai buruk dia yang terdahulu ) dan begitu juga kalau ketua pembangkang kat kelantan pun tak mengaku keburukan Kerajaan mahathir memang dah boleh di jangka sebab manusia menjadi buta hati bila menjadi barua menyokong keburukan