Jumaat, 19 Oktober 2018

Penyokong Zahid Hamidi bengang hehehehe

Sebahagian daripada 300 penyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, cuba berarak masuk ke lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas tidak berpuas hati dengan tindakan polis menutup pintu pagar masuk ke kompleks berkenaan.

Bagaimanapun cubaan kumpulan berbaju merah diketuai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, itu berjaya dihalang oleh sepasukan anggota polis yang berkawal di luar pagar kompleks berkenaan.

Lokman kemudian menenangkan semua penyokong dan meminta mereka duduk di tengah laluan ke pintu pagar masuk kompleks.

Beliau memberi kata dua kepada pihak berkuasa, sama ada membenarkan semua penyokong masuk atau mereka akan terus duduk di situ sambil mendengar ucapan beliau serta beberapa pemimpin UMNO dalam kalangan mereka.

Kumpulan itu turut dikatakan tidak berpuas hati kerana kenderaan membawa Ahmad Zahid menggunakan laluan lain untuk masuk ke perkarangan lobi kompleks berkenaan sedangkan penyokong menunggu di laluan utama.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

tu belum diorang tahu ada orang UMNO yang di pujuk oleh Madey untuk jadi sekutu dia sebab nak lawan tak nak bagi Anwar jadi PM seluruh Malayisa dah tahu, siap tawaran juta juta beb !!! kalau ada orang yang tak tahu dan tak nak ambil tahu buka salah orang lain dah

Tanpa Nama berkata...

itu belum lagi diorang tahu berapa ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang cuba dipikat oleh Madey untuk bersekutu dengan dia bagi melawan supaya Anwar tak dapat jadi PM, seluruh malaysia dah tahu siap dengan tawaran berjuta-juta lagi !! siapa yang tak tahu dan tak nak ambil tahu bukan salah orang lain sebab memang orang bodoh tak nampak benda yang betul

Tanpa Nama berkata...

Ellie tak ada ka? Selepas lihat video dia terpekik2 aku bersyukur sgt dia menyokong najib dan umno. Nasib baik dia tak sebelah kerajaan.....