Khamis, 18 Oktober 2018

Pelajar perempuan ketakutan, aksi dalam tandas dirakam

KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar perempuan hidup dalam ketakutan selepas menyedari aksinya sedang mandi di dalam tandas di sebuah resort di Batu Burok, di sini, di rakam individu tidak dikenali, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, mangsa berusia 17 tahun itu menginap di resort berkenaan selama tiga hari bermula Selasa kerana mengikuti aktiviti anjuran sekolahnya.

Menurut sumber, mangsa ke tandas untuk mandi sebelum terdengar bunyi sesuatu di bahagian atas sebelum ternampak sebuah telefon bimbit berwarna biru melalui jeriji aluminium.

“Tanpa berlengah, remaja itu terus memberitahu beberapa rakannya sebelum mereka sama-sama pergi membuat pemeriksaan dan ternyata terdapat sebuah telefon bimbit di jeriji tandas.

“Ketika itu juga, salah seorang rakan remaja itu ternampak kelibat seorang lelaki tidak dikenali sedang menghisap rokok di kawasan berhampiran,” katanya.

Sumber berkata, tanpa membuang masa, mereka terus memaklumkan kejadian dan kehadiran lelaki tersebut yang masih berada di belakang kawasan tandas wanita kepada guru bertugas.

“Sejurus dimaklumkan, guru terlibat sambil ditemani salah seorang kakitangan resort terus bertemu lelaki itu dan meminta menyerahkan telefon bimbitnya yang didakwa sengaja diletakkan di kawasan itu.

“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut di dalam telefon bimbit jenama Oppo gagal menjumpai sebarang video berkaitan dipercayai sudah dipadam,” katanya.

Namun, yakin aksinya sudah dirakam dan sengaja dipadamkan, mangsa nekad membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya kerana bimbang video itu akan disebarkan pada masa akan datang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, laporan kejadian sudah diterima dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 292 dan 509 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah dan mengaibkan kehormatan.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: