Ahad, 21 Oktober 2018

Kecoh: Pemilihan Perlis dicemari gangguan pihak luar

Pengerusi PKR Perlis, Mohammad Faisol Abd Rahman berang dengan tindakan pihak luar yang cuba mengelirukan pengundi pada proses pemilihan di negeri terbabit hari ini.

Beliau yang juga calon Timbalan Ketua Cabang Arau, berkata tindakan menampal pelekat gambar calon tertentu di kertas senarai nama calon adalah tidak beretika sama sekali.

Katanya, berikutan itu berlaku sedikit ketegangan pada proses pemilihan PKR Cabang Arau pagi ini, namun keadaan dapat ditenangkan petugas.

“Kami tidak kisah jika mereka datang untuk berkempen atau memasang poster calon tertentu sebesar mana pun di kawasan mengundi ini.

“Tetapi janganlah sampai menampal pelekat calon tertentu di kertas yang dipegang pengundi,” katanya ketika ditemui di pusat pemilihan di Bangunan Perniagaan Asri Mat Isa, di sini, hari ini

Mohammad Faisol sebelum itu dilihat menegur dan menasihatkan beberapa anggota PKR yang dipercayai dari Kedah yang menampal pelekat gambar calon tertentu.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: