Perceraian di antara pasangan berusia 32 dan 23 tahun itu dilafazkan di hadapan Hakim Zahari Mohd Yusoff mengikut Seksyen 47 Permohonan Perceraian Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kelantan 2002.
Sebaik keluar daripada mahkamah suasana kecoh apabila berlaku perbalahan di antara pasangan berkenaan dan ditenangkan oleh polis serta ahli keluarga.
Bapa tiga anak yang mahu dikenali sebagai Atiq, 32, berkata dia sendiri yang menangkap isterinya sedang berkhalwat dengan lelaki lain di sebuah hotel di utara tanah air pada 25 Oktober lalu dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Atiq mengakui luluh hatinya apabila melihat isteri yang dikahwini selama tujuh tahun sanggup menduakannya walaupun sudah mempunyai tiga anak berusia antara setahun hingga enam tahun.
"Saya bersama kawan, pejabat agama dan polis ke hotel itu selepas diberitahu oleh rakan yang kereta milik saya diletakkan di hadapan hotel berkenaan.
"Sebaik masuk ke sebuah bilik, saya lihat isteri bersama dengan lelaki lain dan ia menguji kesabaran saya sebagai seorang suami.
"Saya tekad membawa pulang anak ke Kota Bharu dan melafazkan cerai kerana tidak sanggup melihat kecurangan isteri daripada terus berlaku," katanya ketika ditemui di Mahkamah Syariah di Tunjong, di sini, hari ini.
Lelaki yang bekerja swasta di Ipoh, Perak, berkata selama ini dia bersabar kerana memikirkan tiga anak yang masih kecil.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan