Jumaat, 12 Oktober 2018

Apa hal pulak dengan Najib Razak ni?

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta pembantunya untuk membuat laporan polis terhadap dirinya esok. (hari ini)

Najib berkata, tindakan itu bagi membolehkan satu penyiasatan polis di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijalankan membabitkan dakwaan beliau terbabit dalam kes pembunuhan beberapa individu termasuk model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang dilihat gagal menggesa pihak berkuasa membuka semula kes terbabit.

“Kit Siang 'berpusing-pusing' cuba mengelirukan penyokongnya, kononnya saya menulis (di Facebook), beliau pernah berkata tiada keperluan untuk kes berkenaan disiasat lagi.

“Walhal saya sendiri berulang kali mahu kes itu disiasat semula memandangkan PH kini adalah kerajaan.

“Semua kenyataan saya mencabar Kit Siang ada di laman Facebook saya. Tak susah sebenarnya untuk anda periksa sendiri adakah saya pernah kata Kit Siang isytihar tiada keperluan membuka kes terbabit semula.

“Untuk kali kelima, saya mendesak Kit Siang memenuhi apa yang beliau mahu minggu lalu iaitu membuka siasatan khas untuk semua kes ini, tetapi saya rasa ini membuang masa saja untuk melayan beliau,” katanya menerusi Facebook rasminya, malam ini.

Mengulas lanjut, Najib mempersoalkan kenyataan Kit Siang awal hari ini yang disifatkan sebagai pembohongan berhubung isu berbangkit.

“Amat mudah untuk saya lihat Kit Siang secara terang berbohong begitu saja.

“Hari ini Kit Siang keluarkan kenyataan lagi mendakwa saya yang seperti berikut.

“Penipuan terbarunya (Najib) adalah dakwaan beliau semalam bersetuju membuka semula kes kematian termasuk Altantunya, Kevin Morais, Hussain Najadi (Pengasas Kumpulan Arab Malaysian Bank) dan Teoh Beng Hock (Setiausaha Politik kepada EXCO Selangor).

“Kit Siang yang mengatakan tiada keperluan untuk membuka kes itu semula. Bila masa pula saya berkata demikian?,” soalnya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: