Rabu, 3 Oktober 2018

Anwar dan Mahathir saling bermaafan

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah meminta permohonan maaf daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, kata Anwar, beliau sudah memaafkan Dr Mahathir dan berpuas hati bekerjasama dengannya.
“Saya tidak pernah mengharapkan permohonan maaf daripada Dr Mahathir. Saya puas hati dapat bekerjasama dengannya.

“Malah saya juga sudah maafkan Datuk Seri Najib (Razak) atas kapasiti peribadi tetapi beliau perlu menghadapi dakwaan berhubung skandal penyalahgunaan dana awam.

“Dengan Dr Mahathir pula, saya tidak perlu mengulas lanjut kerana beliau sudah berjaya melaksanakan agenda reformasi, malah menerima saya sebagai rakan.

“Dalam hal ini, itu sudah cukup,” katanya seperti dilapor The Star.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir dalam wawancara BBC yang menjelaskan bahawa beliau tidak pernah memohon maaf secara rasmi kepada Anwar berhubung pemecatan presiden PKR itu sebagai timbalan perdana menteri pada 1998.

"Saya tak pernah minta maaf dengan dia (Anwar), orang lain yang kata kerana mereka mahu saya memohon maaf. Tetapi saya tidak pernah memohon maaf secara rasmi kepadanya,” kata Dr Mahathir.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Tun m dah berjaya menyucikan reputasi dia bila dia berjuang bersama PH utk jatuhkan umno/bn. Skrg dia telah dihormati oleh majoriti masyarakat. Beliau bakal tinggal legasi yg disanjungi. Tun tlg JANGAN kotorkan semula reputasi anda dgn bermain politik kotor. Anda tidak ada byk masa utk memperbaikinya semula

Tanpa Nama berkata...

Bagus sekali jawapan Anwar. Matang dan bijak. Harap kedua-dua mereka dapat memercukan negara ke tahap yang lebih puncak.