Rabu, 29 Ogos 2018

PH boleh membina ECRL dengan hanya RM10 billion?

Memandangkan Putrajaya sedang mempertimbangkan pilihan terhadap projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan pentadbirannya telah menerima tawaran membinanya dengan kos serendah RM10 bilion.

"Ada juga yang mengatakan mereka boleh membina ECRL dengan RM10 bilion dan bukannya RM55 bilion. Ada syarikat China, ada juga syarikat tempatan.

"Kami perlu berbincang dengan mereka sekiranya ada kemungkinan untuk mengurangkan kos daripada RM55 bilion menjadi RM10 bilion. Bodohlah, kalau kami tidak menerimanya.

"Tetapi kami perlu mengkaji jika kamu memang boleh mengurangkan kos sebanyak itu," katanya dalam wawancara bersama The Malaysian Insight, hari ini.

Menurut Dr Mahathir, kerajaan tidak mampu menanggung anggaran awal kos bernilai RM55 bilion untuk membina ECRL, yang akan menghubungkan Kelantan ke Pelabuhan Klang.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sanggup membayar lebih daripada RM10 bilion.

"Membayar RM55 bilion untuk sesuatu yang anggaran kos paling tingginya hanya mencecah RM30 bilion tidak baik untuk kedudukan kewangan negara," katanya, petik laporan itu.

ECRL masih dikaji

Awal bulan ini, Mahathir membuat lawatan rasmi ke China bagi merundingkan ECRL dan projek saluran paip gas (TSGP) oleh SSER.

Perdana menteri berkata beliau memberitahu China, pentabirannya tidak mampu untuk menanggung projek berkenaan.

"“Apa yang saya katakan ialah jika kita boleh kita akan membatalkan projek atau menangguhkannya atau mencari cara lain melakukannya tanpa perbelanjaan wang yang banyak,” katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: