Marina tegur pendirian Wan Azizah tentang isu LGBT yang didakwa haram
PETALING JAYA: Aktivis sosial Marina Mahathir menegur kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai mereka yang menyokong komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Anak sulung kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat teguran itu melalui Twitter apabila Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata dalam satu temu bual bersama pihak stesen radio BFM bahawa dia tidak akan membiarkan gaya hidup masyarakat LGBT, sambil menambah bahawa ia adalah haram.
Marina menulis: "Kepada @drwanazizah, adakah anda memanggil ramai orang termasuk saya yang telah menunjukkan sokongan kepada mereka yang terpinggir oleh masyarakat itu haram?
Beliau turut berkongsi pautan di Twitter tentang artikel yang disiarkan Nikkei Asian Review yang memaparkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai berkata: "Masyarakat Malaysia mesti hidup dengan kepercayaan dan cara hidup yang berbeza; dan harus menghormati mereka yang berbeza, termasuk golongan gay, biseksual dan transgender."
"Bagaimana sekarang @drwanazizah?" tanya Marina.
Marina sebelum ini turut menegur Dr Wan Azizah yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada tindakan akan diambil ke atas lelaki Kelantan berusia 41 tahun yang mengahwini gadis 11 tahun di Thailand. -
The Star
article end
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
9 respon:
tak tutup aurat tu haram la.
nak haram macamana lagi dah buat kerja haram setiap masa (buka aurat)jadi mana nak nampak haramnya.sbb memang dah haram.
jgn malukn ayahanda awak.. jgn jd blacksheep dlm kluarga
tak tau la cik marina ni semua kena mengena dgn agama dia tak suka.
macamla dia pandai sangat dalam semua hal.
kata omputeh *jack of all trades,master of none*.
mentang2 bapa dia pm dia macam besaq kepala.
Oh marina, marina! dalam soal makan pun kena ada had, tak boleh berlebihan nanti mudharat...so dalam soal kebebasan diri pun sama laa marina ooii kena laa ada had..
marina oh marina, dalam soal makan pun kena ada had, tak boleh ikut nafsu, so dalam soal kebebasan pun sama laa marina oooiii..kena laa ada batasan...
NGO hak asasi manusia memang tugas dia begitu. Cuba minta Marina Madey wakil NGO PPIM tugas wakil akan jadi lain skopnya. Skop dia bukan wakil LGBT, GRO, pelacur, PATI, ahli agama atau pendosa tapi dia bercakap atas hak asasi manusia.
Yang wakil agama dan siasah politik Islam pula kalau tak faham skop tugas sendiri, lagi jahanam. Habis semua benda di LGBT sampai wujud istilah Negeri Selangor Darul LGBT.
memang haram jadah
Sokong LGBT bukan saje haram dah level anak haram.
Siapa yg tak tahu lgbt tu haram mmg tak pernah baca quran atau pun baca tp tak ambil tahu maknanya. Quran itu wahyu Allah. Perintah Allah kekal tak berubah hingga ke hari kiamat. Cuma org yahudi, kristian, dan terkini hindu yg berani ubah perintah dan larangan tuhan ttg lgbt. Siapakah kita utk pandai ubah perintah Allah
Catat Ulasan