Jumaat, 10 Ogos 2018

CD apa yang diberi pada Najib?

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka membuat permohonan di mahkamah esok untuk mendapatkan dokumen perbicaraan di bawah Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah.

Dokumen berkenaan sebelum ini diserahkan kepada pihak pendakwaan dalam bentuk cakera padat (CD).

Sumber berkata, pasukan peguam bela melihat perkara itu secara serius apabila mereka hanya dibekalkan CD yang didakwa mengandungi dokumen perbicaraan semalam.

Mereka berkata demikian selepas pasukan pendakwaan yang diketuai Ketua Unit Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Mohd Hanafiah Zakaria memberikan "alasan" di mahkamah bahawa dokumen berkenaan belum siap.

"Seorang anggota pasukan pendakwaan telah menyerahkan CD yang ditandakan dengan huruf 'A' kepada pasukan peguam bela semalam.

"Terdahulu di mahkamah, mereka mendakwa dokumen itu belum siap," kata sumber.

Sumber terbabit juga menyatakan penyerahan dokumen dalam bentuk CD itu bukan amalan biasa dan jelas adalah 'salah'.

"Ia sepatutnya dalam bentuk dokumen yang mesti disediakan mengikut indeks yang mesti ditandatangani oleh penerima. Dokumen mestilah dalam bentuk hard copy," katanya sambil menambah Najib juga bingung dengan penyerahan CD berkenaan.

Sumber itu berkata pasukan peguam bela yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bimbang dokumen-dokumen dalam CD itu mungkin tidak lengkap dan akan melambatkan persediaan mereka.

"Mereka perlu melihat dokumen-dokumen lengkap supaya mereka dapat menilai betapa kuatnya kes ini, dan ini termasuk melihat bagaimana saksi-saksi itu boleh dipercayai."

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: