Selasa, 21 Ogos 2018

Akhirnya Musa Aman sudah kembali di Malaysia

Pesawat membawa Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman selamat tiba dan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang hari ini.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali, berkata pesawat berkenaan dari Seletar, Singapura. mendarat di LTSAAS lebih kurang jam 6.45 petang.

"Pemeriksaan imigresen diberikan kepada beliau (Musa) dan penumpang yang menaiki pesawat terbabit. Bagaimanapun, Musa tidak dapat hadir ke kaunter pemeriksaan imigresen atas sebab kesihatan.

"Dokumen penumpang telah diperiksa dan direkodkan ke dalam Sistem Komputer Jabatan Imigresen. Pemeriksaan dokumen kepada Musa dan penumpang lain selesai lebih kurang jam 7 malam.

"Imigresen sudah memaklumkan pergerakan berkenaan kepada pegawai penyiasat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mustafar, tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan penumpang memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pegawai bertugas.

Sebelum ini satu mesej dihantar menerusi aplikasi WhatsApp tular di media sosial memaklumkan Musa akan mendarat di Singapura sebelum memasuki Malaysia melalui Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang atau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Musa dikehendaki berikutan laporan polis atas dakwaan membuat ugutan jenayah terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu pada 26 Jun mengesahkan beliau berada di United Kingdom atas urusan perubatan dan peribadi serta telah meninggalkan Malaysia secara sah pada 16 Mei lalu.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: