Jumaat, 27 Julai 2018

Siapa penceramah bebas popular yang ditahan polis kes rogol gadis umur 20an di Seremban?

Penceramah bebas suspek kes rogol


PENCERAMAH bebas yang juga pengerusi pertubuhan agama dicekup polis, kelmarin, selepas dipercayai merogol gadis berusia 20-an di Seremban.


Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, tangkapan dilakukan terhadap suspek berusia 30-an antara 3 hingga 7 petang.

Katanya, tangkapan dilakukan sebaik pihak polis menerima laporan yang dibuat mangsa pada 9 Mac lalu.

"Suspek ditahan selepas kita menerima laporan yang dibuat mangsa dan setakat ini siasatan masih dijalankan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, lelaki itu direman tujuh hari sehingga 29 Julai ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sementara itu sumber berkata, suspek didakwa membawa mangsa ke rumahnya pada hari kejadian untuk makan tengah hari ketika anak dan isterinya tiada di rumah.

Katanya, suspek sebelum itu menonton televisyen bersama mangsa sebelum merogolnya di ruang tamu.

"Sebaik laporan diterima, pihak polis memburu lelaki yang membuat ceramah agama di seluruh negara itu. Pada petang kelmarin, polis berjaya menahannya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Julai 2018 @ 2:50 PM

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI