Isnin, 23 Julai 2018

PAS 'rayu' ahli sokong UMNO di Sungai Kandis

PAS Selangor menafikan sebarang kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) walaupun bersetuju UMNO meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Bagaimanapun, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir meminta penyokong PAS memberikan kemenangan kepada pembangkang dalam pilihan raya itu untuk menguatkan peranan semak dan imbang.

Beliau berkata, keputusan PAS memberi laluan kepada BN yang meletakkan Datuk Lokman Noor Adam sebagai calon pada PRK ini, hanya melalui persefahaman antara kedua-dua parti.

Persetujuan PAS itu, katanya, tidak membayangkan sebarang isyarat untuk mengadakan kerjasama politik dengan BN.

“Memandangkan kedua-dua parti (BN dan PAS) kini dalam blok pembangkang, maka kami (PAS) bersetuju menjadi ahli yang baik dalam keadaan ini.

“Di Sungai Kandis, kami mahukan pertembungan satu lawan satu, dan kami meminta untuk PAS dibenarkan bertanding. Bagaimanapun, tuntutan UMNO untuk merampas kerusi itu lebih kuat, maka kami bersetuju.

“Ia menunjukkan kami hanya bekerjasama sebagai satu blok pembangkang yang longgar. Ini jelas bukan satu kerjasama politik. Kami tidak akan terbabit dalam kempen BN walaupun kami memberi laluan kepada mereka untuk bertanding,” katanya kepada NSTP, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka hadapan akhbar New Sunday Times yang membayangkan UMNO serta PAS boleh bekerjasama dalam pertandingan di PRK DUN Sungai Kandis.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata, beliau berharap kedua-dua parti boleh terus bekerjasama pada masa hadapan.

PRK Sungai Kandis diadakan selepas kematian wakil rakyatnya, Mat Shuhaimi Shafiei dari PKR pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Mat Shuhaimi memperoleh 23,998 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518 undi), Mohd Yusof Abdullah dari PAS (7,573 undi) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hanafiah Husin (76 undi).

PRK SUngai Kandis menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Lokman Noor serta calon Bebas, K Murthy.

Roslan berkata, walaupun tidak turun berkempen untuk BN pada PRK ini, PAS Selangor akan menyakinkan ahli dan penyokongnya di Sungai Kandis untuk memberikan peluang kepada pembangkang memenangi pilihan raya itu.

Katanya, ia dilakukan melalui beberapa program PAS untuk mendekati ahli dan penyokong yang akan diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

“Kami akan menjelaskan kepada mereka bahawa Pakatan Harapan (PH) sudah menang majoriti dua pertiga, justeru memberikan kemenangan satu kerusi itu tidak akan memberi sebarang perbezaan. Bagaimanapun, kami akan memaklumkan kepada mereka ada perbezaan daripada segi semak dan imbang jika satu lagi kerusi diberikan kepada pembangkang.

“Adalah menjadi harapan kami supaya ahli PAS tidak memperkukuhkan kekuatan PH tetapi memberi peluang kepada pembangkang untuk memenangi kerusi itu,” katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

12 respon:

Tanpa Nama berkata...

Alasan semak dan imbang untuk memberi kemenangan kepada UMNO satu sebab yang longgar.

SPRM SPR dan lain-lain telah di letak di bawah parlimen.

Dialog dan kebebasan akhbar semakin bertambah baik.

Sekarang kerja pembangkang bukan lagi membangkang tetapi menambah baik kan lagi kerja-kerja dan usaha kerajaan dengan menyumbang idea dan memperbaiki kelemahan yang tidak di lihat oleh kerajaan PH.

Banyak perubahan berlaku dalam PRK selepas PH menubuhkan kerajaan. Jika UMNO dan PAS masih tidak menghargai perubahan ini, rakyat akan tolak pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

penin'penin' kepala aku,semasa pr14 pas menentang pembangkang yg lainya!semasa bn jadi kerajaan! pelik lagi memelikkan di sg kandis tak mahu bertanding bila ph jadi kerajaan....takiyudi kata undi melayu & islam..ustad zawawi tu apa?

nick berkata...

Rayuan pemimpin2 PAS supaya ahli2nya menyokong UMNO bukanlah disebabkan demi mempertahankan Islam mahupun Melayu bahkan hanyalah sifat2 dengki khianat apabila PAS Selangor ditendang keluar oleh rakyat Selangor. Dulu PAS sibuk menyuruh rakyat melantik orang2 yang kuat agama dan berkelulusan agama sebagai pemimpin dan wakil rakyat tetapi kali ni PAS menyeru ahlinya melantik seorang pengadu domba dan pelampau perkauman dari UMNO dan menolak sorang Ustaz? Dah jelas PAS ni cakapnya, prinsip dan cita2nya dah tak boleh pakai. Mencari redha Allah dengan mempermainkan agama dan mencari permusuhan kaum? PAS dibawah Hj Hadi tidak sama dengan PAS dahulu yang dipimpin oleh Almarhum TGNA. Jika TGNA masih hidup, perkara PAS tidak bertanding malah menyokong UMNO tak akan berlaku. PAS sekarang adalah PASCIA. ABAH Kau!

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...

dlm ph yg berkuasa bkn melayu atau Islam

kamu tk blh kalahkan pribumi dgn senjata tp tapi kamu boleh kalahkan mrk jika mrk bertelagah sesama sendiri

lee kuan yew

Tanpa Nama berkata...

jgn penin bro.. islam hnya tunggangan pas saja. pas hnya mempilkudakn agama utk politik takiyyah mereka.

Tanpa Nama berkata...

Dgn megahnya aku akan undi umno, kata walaun. Dah lama mengidam nak pangkah umno. UG dah terbongkar

Tanpa Nama berkata...

pkr memang dijangka menang...tp ahli pkr juga akan undi calon umno
sebabbbb calon pkr yg ada ikut saluran pintu belakang!!!

Tanpa Nama berkata...

Dulu hadi kata lawan umno itu jihad. Kalau mati dapat syahid. Undi pas saja masuk syurga. Tapi sekarang dah berubah walaupun sifat umno masih tak berubah.

Tanpa Nama berkata...

Di pantai barat pas dah tak ada kekuatan lagi. Pas sudah hancur dan menunggu pupus. Kalau masuk calon pun rugi sebab gerenti kalah.

Tanpa Nama berkata...

Apo malu sangat Ulama Pas nak cakap ahli Pas semua pangkah Lokman Nor Adam. Ahli Pas yang tak pangkah Lokman Nor Adam maka Ulama Pas boleh jatuhkan hukum masuklah kamu ke dalam api neraka. Kan biasa Ulama Pas cakap macam tu?

Tanpa Nama berkata...

Pas jd budak suruhan umno ke...mana blh jd ni...parti kita suci dan murni...sampai dlm kubur pun nombor keahlian pas laku..umno parti perkauman...

IrWrWs berkata...

Masih harapkan magic org dah tiada ke? Simpati buat PAN